Friday, 30 October 2015

Survival tips ketika kapal terbang terhempas

October 30, 2015 6


Hi geng traveller sekalian. 

Korang mesti selalu naik flight kan samada untuk terbang ke luar negara mahupun domestik aje. Meskipun flying is actually one of the safest medium to travel, disebabkan procedure keselamatannya yg ketat, TETAPI, kemalangan boleh berlaku di mana2 aja kan? Jom baca artikel yg aku dh karang khas bagi menyelamatkan diri di saat2 berlaku kemalangan sewaktu naik kapal terbang.

Sebelum tu nak cite sikit, aku ni suka naik kapal terbang, dalam masa yang sama aku suka tengok documentary pasal "WHY PLANES CRASH" or "AIR CRASH INVESTIGATION". 

Uishhh syok dia tak terkata! Antara yang aku dpt pelajari drpd tengok cerita2 camtu dan a bit of research is :

1. Tahu FIVE ROW RULE



Kenapa dgn rule ni? Okay rule ni nak cerita la kebarangkalian untuk survive sewaktu plane crash tinggi mengikut pemilihan tempat duduk. If possible, cari seat yang berdekatan dengan pintu KELUAR. 5 baris yang berdekatan dengan pintu keluar lebih tinggi survival rate dia berbanding dgn yang jauh dgn pintu keluar.

Selain itu, lebih bagus kalau korang dapat seat yang bersebelahan dgn aisle (laluan untuk berjalan di dalam plane tu), sebab sekiranya berlaku apa2, korang boleh lari dulu berbanding orang yg duduk di sebelah tingkap. Yeah, usually orang prefer untuk duduk sbelah tingkap sbb dpt tengok pemandangan cantik2 kan. huhu

Jadi pemilihan seat sebenarnya penting semasa korang beli tiket flight, but most of us choose to ignore sbb klu cm airasia kena extra charge kan. 

2. Pakai pakaian yg selesa

Memang tengah nak bercuti kita cenderung nak pakai yang cantik2 demi gambar yg menarik di Instagram. Or maybe time tu nak pergi honeymoon so nak acah2 ayu, pergi pakai skirt pulak naik plane.

Memang okay, tak kisah pun, pilihan masing2. Tapi seandainya berlaku apa2, ni SEANDAINYA k, kalau plane tu crash di tengah laut, kau pulak nak berpaut pada serpihan2 kapal terbang, *macam cerita TITANIC*, pastu kau pulak pakai skirt. Dah tentu menyukarkan pergerakan korang untuk berenang, dan silap2 kain tu pon dengan bahagianya ternaik ke atas menampakkan kaki korang itu. But totally it's up to you what you decide to wear.

Another thing is kasut korang. Make sure tak pakai high heels. Kalau pakai pon confirm nanti kena bukak semasa emergency landing



3. INGAT PLUS 3 DAN MINUS 8 RULE!

Ini antara important lesson yang aku belajar juga. Kebanyakan plane crash berlaku dalam time frame iaitu antara 3 minit selepas perlepasan, dan antara 8 minit semasa pendaratan. Memang 80% plane crash berlaku waktu ni



Jadi, dalam time frame ni, sangat2 penting untuk korang :

1. JANGAN TIDUR!
2. JANGAN TANGGALKAN KASUT.
3. MAKE SURE PAKAI SEAT BELT
4. SIAP SEDIA SEBELUM PLANE CRASH

4. Pastikan anda baca pamplet keselamatan yang ada di hadapan kerusi korang. 


Yup, memang kita sentiasa naik flight, and 'pernah' baca, emm u know, probably once for a lifetime? heii itu teruk! Make sure lepas ni, setiap kali korang naik flight, baca siap2. Sebab safety card ni dia update mengikut perkembangan semasa dan berbeza mengikut jenis airlines. Jadi sila baca!

5. Tengok, dengar, bagi perhatian dan fahami semasa 'Safety talk'.

 Alaa yang masa pramugari2 berbaris kat aisle and tunjuk langkah2 keselamatan.


 Haa bagi perhatian ye. Sebab di sini ada info penting macam :
1. Cara pakai life vest
2. Cara pakai seat belts
3. Nearest exit doors
dan lain2 which korang KENA DENGAR!
 Jangan asyik duk usha pramugari mana yg cun.

6. Brace for impact



I'm not really sure what it means in Malay, tapi sekiranya berlaku kecemasan or terbakar, dan peramugari jerit "EVERYONE BRACE NOW!" , korang cepat2 buat keadaan badan korang macam dalam gambar atas tu.

Sebab apa? As I said earlier, aku suka tengok AIR CRASH INVESTIGATION kan? Jadi dia ada buat simulasi tentang keadaan sebenar. Apabila berlaku kebakaran dalam plane, api akan marak dan lalu di atas kepala dan di aisle jadi penting untuk brace kalau tak nak kepala kita terkena api yang marak tu. Sebab bila brace, sekurang2nya kerusi kita dapat jadi penghadang daripada api terus mara. Sorry kalau tak faham sbb takde gambar untuk tunjukkan how. 



Nampak tak, rentung kapal terbang ni di bahagian mana? Di bumbung dan laluan kan? Tapi antara kerusi tak teruk sangat kan? Haa sbb tula pentingnya brace lagi2 masa kebakaran.

Jadi brace for impact ni penting bagi mengelakkan kita dripada hangus kebakaran, terhidu asap dan mengurangkan kejutan pada bdn kita ketika rough impact semasa emergency landing la.

 JUST DO IT dan JANGAN BANYAK TANYA KENAPA. 

7. Jangan kembungkan lifevest korang semasa di dalam cabin!



Maybe di waktu tengah cemas, dan panik, kita akan fikir, Oh my god, What if aku tak boleh berenang. Damn! I need to wear my life vest cepat dan mesti kembungkan cepat untuk selamat. 

DO NOT EVER DO THAT!!!!

Sebab apa? Bila plane crash dalam laut, air akan penuhi ruangan di dalam plane tu. Jadi, bila korang dah kembungkan *inflate* the lifevest, korang akan terapung dan di tolak ke bumbung plane. Bila dah jadi camni, memang susah untuk korang lepaskan diri sebab angin tu menyukarkan pergerakan dan akhirnya, air akan terus masuk dalam cabin dan penuhi cabin. In the end, ramai yang mati lemas disebabkan kesilapan mereka sendiri.


If korang tak kembungkan lifevest korang tu, at least korang boleh escape thru the EXIT DOOR, dan bila dah exit tu, baru kembungkan untuk terapung. Time tu, korang dah ada di  laut dan tak perlu risau sebab tiada apa2 yang menyekat korang, dan korang pon telah selamat melepaskan diri keluar dari cabin (plane) tu.

8. TINGGALKAN BARANGAN ANDA!

Walau macamana pun, di waktu kecemasan, barang berharga pon dah tak jadi berharga sbb yang berharga ialah DIRI KORANG. Jadi, tinggalkan je, yang penting, selamatkan diri korang dulu!

9. Lari sejauh yang boleh daripada bangkai kapal terbang

Sekiranya anda berjaya keluar daripada pesawat, jangan berhenti di situ. Make sure korang dah lari sejauh yang boleh  daripada wreckage tu sebab kapal terbang biasanya akan meletup. *Macam movie orang putih la, finishing touch dia mesti ada benda yang meletup kan*

Even ramai dh berjaya melepaskan diri dari pesawat, tapi ramai juga yang mati kerana terbakar dalam letupan.

********************

Okay setakat itu jelah uols apa yang aku boleh kongsikan. Ini adalah berdasarkan apa yang aku faham drpd tontonan dan research aku la. Maafkan atas ayat aku yang tunggang langgang, sbb aku tulis ni berdasarkan point of view aku dan bertujuan untuk baca santai2 je. 

Gambar pulak, aku ambil dari google dan yahoo, bagi membantu korang utk lebih faham.

So, ingat semua tu okay dan selamat bercutiii~

Warm Blanket Hostel, Nusajaya

October 30, 2015 0
Hi guys.. Nak share review harini mengenai Warm Blanket hostel. Hostel ni terletak area Legoland la. 

Satu bilik double room RM 52 (book guna Agoda so termasuk charge banks semua) 

So satu bilik aku share 3 org dengan girls so sorang about RM 18



Cara nak ke tempat ni, korang cari je signboard Horizon Hill. Memang dah dekat sangat la. Dalam 5 min je ke Legoland (kalau tak sesat) Hahaha.

Hostel ni actually rumah kedai je. Tapi dijadikan hostel la. Tempat ni bagi aku strategic sbb mmg dekat. 

Cuma disebabkan namanya pon hostel, dan murah pulak tu kan, tak boleh expect too much la. Bilik dia pon tak banyak. Tapi yang kelakarnya, kitorang boleh dengar orang sebelah cakap en sbb dinding dia plywood kot. Entoh. So rasa cam agak tak selamat jugaklahh haha


Camni je rupa bilik dia. Takde apa pon. Cuma nasib baik ada aircond. Toilet dia pulak toilet share. Kiranya semua orang akan pergi ke toilet tu untuk mandi or membuang.



Haa gituhh. And nak cerita je, sini ramai bangla2 juga. So please tutup aurat masa nak ke toilet tu. Yela taknak lah tetiba lain pulak jadinya kan.

Kat sini pon ada shared washing machine, so boleh basuh baju for free. Dalam toilet dia sabun disediakan.

So far hostel ni, emmm. Kalau nak bajet memang okay sangat lah. sbb bersih, hotel pon dekat je ngn legoland, staff baik, tempat dekat ngn kedai2 so boleh je nak makan anytime.  Cuma seram sikit sbb dinding dia boleh dgr org lain bercakap, toilet pulak share laki perempuan.

Okay itu je nak share, adios di amigos 

Taman Herba YPL, Jalan Pantai

October 30, 2015 0




PERSATUAN PENGKAJI HERBA TRADISIONAL
NEGERI SEMBILAN

PUSAT PERTANIAN PANTAI BARU

Jalan, Pantai Batu 7, 71700 Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Danny: 012 - 308  3453
Alvin: 016 - 666 6516
Tel & Fax06-677 0867

Email : tiang@yikpohling.com.my

Hi guys. Nak cerita sikit, kalau korang nak buat benda berpaedah kalau datang Negeri Sembilan, boleh la datang Taman Herba di Jalan Pantai. Actually kitorang ada lawatan ke sini, haha *yela budak masih belajar kan*. Nak masuk tompek ni free jo. Kalau datang dalam 30 org, dia bagi talk tentang herba2 di sini for free.

Sampai2 je, dia bagi kita jamah la telur dadar tapi digoreng dgn bunga kertas and air teh. Tapi... aku waswas dan terasa syubhah so aku tak makan. 



Lepas makan, ktorang dgr talk dia pulak. Mostly promoting dia punya products la. dan ada juga dia cerita kebaikan Snake grass, daun pecah bling and others.

Dia jual daun snake grass tu *can't remember what it's called in malay* for RM 25 satu kotak besar.




Then kitorang di bawa sekeliling taman herba untuk tengok pokok2 herba la kan. Kitorang kemudian naik 4WD uncle tu untuk ke kawasan ternakan cacing. Sebenarnya boleh je jalan kaki, tapi malassss.



Cengginila orang yang berani pegang cacing. aku amik gambar je hahaha


Ini namanya pokok tetek kambing. hahahha lawak gila namaaaa.

So far itu jela antara aktiviti dia. tak dela bnyak sangat aktiviti, but benda free, seronok je. hahaha. and kalau korang nak beli herba2 dia, boleh la beli. *Sorry I tak nak buat iklan di sini dan I don't promote things for free. Nak tahu dia jual apa kena la google k! hahaha

El-Azzhar Camp, Banting

October 30, 2015 0
Assalamualaikum ya ahli kubur! Nak cerita sikit, kalau korang nak camping kan, ada satu tempat ni baik punya untuk korang cuba. Bukan hanya camping, tapi tidur di chalet pon bisa.

First of all, nak cerita, 1 bilik chalet tu RM 120. Kalau book 5, dpt free 2. So kalau nak bawak rombongan sekolah, students tidur di Khemah, cikgu tidur di hotel. *of course*. hahaha

So masa first2 masuk bilik, honestly I am not really impressed. I mean for RM 120, dan ghoman eh camtu. I was like pissed off jugaklah. Tapi takpe, kita datang untuk bersuka riaaa.






Dalam 1 bilik, ada 1 Queen sized bed, 1 single bed. So kalau datang anak beranak, memang boleh sangat sumbat dalam ni.

Rupanya, yang bilik kitorang dapat tu ialah bilik blok lama. My sisters dapat bilik blok lain, and bilik dia vavavoomm. Baru la syok sikit nak stay kan.





ni bilik dia. Better la dari kitorang punya. hmm

Moving on, kat sini ada macam2 aktiviti untuk buat. Some of the activities that we can do are :

1. High ropes
2. Jungle trekking
3. Flying Fox
4. Bina rakit dan kemudikannya

and macam2 lagi la yang aku pon tak habis explore.




Ini gadget2 dia la untuk naik high ropes. Keselamatan mesti diutamakan.


Flying fox dia 


Tasik dia.


Di sebabkan aku dah tak sabar nak coba, jadi aku pon main high ropes dia cecepat. First time aku tak gayat weh! Awesome baybehh


Anak buah aku power. hahaha.




Flying fox best giler. Yang ambikkan gambar2 kitorg ni abang yg in charge of high ropes ni. sangat baik orangnya!


Bina rakit dari tayar hahaha


Campsite dia

Kat sini pon ada dewan, dan surau. Kalau nak cari kedai makan pulak, terdekatnya ialah mamak, tapi itu pon tak sedap. Kalau nk makan masakan thai, korang kena keluar simpang dan cari jalan Kampung Tali Air. Dalam 10 min drive, baru jumpa deretan kedai makan.

Overall, aktiviti kat sini best, tp bilik yang aku dpt tak best so I'm not happy with it. Korang kena bawak barang2 mandian sendiri sbb mmg tak disediakan. Selain itu, cadar dia quite dirty and disgusting. So better bawak alas sendiri. Ini kalau korang dapat blok lama la. Kalau dpt blok baru best ahh untung ahh. Cuma tak kisah la blok baru ke lama ke, kebersihan itu penting ye dak?

Sorry, bila I'm writing a review, I write honestly untuk bagi korang baca. Aku ni sangat menilai kebersihan di tempat2 yang aku pergi, jadi I can be quite moody dpt tempat kotor. So for those yg nak buat hotel tu, sila maintain kebersihan okay!

d4e942d46605e68ad57f3e3e8ec16e956beeea54565340ae83

Review Langit Langi Hotel, Port Dickson

October 30, 2015 2
Hi guys. Nak promote sikit ahh, kalau korang g PD, and nak cari hotel murah2, boleh cuba Hotel Langit Langi Port Dickson. Sebab apa? Sebab dia murah. RM 77 per night je utk double room. So kalau kongsi 2 org, sorg bayar around RM 33.50 je hahahahaha.. Jimat kan???

Selain murah, yang best gila tentang Langit Langi Hotel ni is that, for a cheap price, you can get everything that an exclusive hotel has to offer ; swimming pool, breakfast, amenities in room. Oh ye, nak habaq sikit naa, hotel ni, actually cam rumah kedai je. Tapi not bad la kan, rumah kedai but ada pool bagai. Awesome babeyh.

Aku book hotel ni through Agoda je, setelah dibandingkan antara agoda, booking.com and some other websites which is the cheapest. So I decided to use Agoda sbb dpt lagi murah disamping boleh dpt diskaun 5% dri CIMB.

Pastu location dia pon strategic juga. Kalau nak ke pantai teluk kemang, kena drive around 10 mins jugak la. Kalau nak persisiran pantai biasa2 je, ada je berdekatan, tapi still kena drive la. Haha.

So di bawah ini serba sedikit gambar2 yg aku ambil. Sorry kalau uols rasa tak cantiks. 





Ini lobby dia. Korang just print je voucher Agoda tu and tunjuk. Dia haritu minta IC aku untuk check sama ke tak en, so korang just tunjuk IC jela nnt.


Ada towel and TV. Siap ada ASTRO okayhh.


Ini bilik yang aku dpt.



Ini toilet dia. Okla, siap ada sabun, berus gigi semua.


Ini kat luar dia.. So nak lepak2 dgr bunyi kicauan burung boleh la haha







Haa, ni time breakfast. Best sbb ada free breakfast kan. Hahaha. Ada nasi lemak, sosej, baked beans, roti2, sup cendawan, cereals, air sejuk and susu. 


Ini pool dia. Meskipun PD tu ada pantai, tapi aku mandi swimming pool. Oleh itu berendam kat sini sampaii tangan kecut. Hahahaha. 


Yang bagusnya, naik je pool boleh terus lari ke bilik persalinan. Siap ada toilet in case korang nk terkencing ke apa kan. Jangan kencing dlm pool sudah!

Overall, for a budget hotel, aku mmg berpuas hati la with the services. The staffs were very friendly, the place is super clean, the breakfast was not bad, cuma sbb nasi lemak dia podeh, den tak tahan podeh, ada pool siap, the location is strategic too. In fact some ada Jacuzzi, cuma maybe kena tambah a few ringgit la.  

Oh ye, Langit Langi Hotel ni berdekatan ngn mahkamah syariah and some other islamic centre. Takde apa, saje nak bagitahu for those yg naughty hahahaa.

Eh jap, asyik cerita kebaikan je, takkan takde keburukan kan?

So far, aku mmg berpuas  hati ngn tempat ni. Cuma aku dpt bilik sebelah tingkap, so bunyi kereta lalu lalang tu bising jugakla. But I don't mind bising, sbb aku ni penakut orangnya, so suka bunyi yg bising2. In fact tidur pon buka TV sbb yela mana la tahu dgr bunyi pelik2 ke. So aku suka bising2 tu hahahaha.

Okay setakat itu saja. Adios de amigos!