Assalamualaikum dan hi semua.
Again, nak tahu bajet saya dan itinerary saya sepanjang di Eropah, boleh ke link di bawah :
Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :
Agak berat hati juga sebenarnya nak meninggalkan London sebab saya sangat merindui London. Tapi yela, it's time to move on so our next destination is gonna be Amsterdam!!
Kami tiba di Schiphol airport, Amsterdam. Agak gloomy airport dia tapi cantik with lampu-lampu.
Dalam airport tu sendiri, ada train untuk ke city centre, tapi kitorang gunakan perkhidmatan bus je untuk lebih jimat. So, untuk naik bus, anda boleh keluar dari airport dan take bus 197 to city centre. Tambang €5 je. Better gunakan Wifi airport untuk tengok u kena stop kat mana.
Our hostel is the last stop. Nama stop is Amsterdam, Leidseplein. Pastu kena jalan about 5 minutes ke hostel. Perjalanan dari airport ke hostel ambil masa dalam 40 minutes.
So ini la hostel kami and reception dia. Kena bayar deposit €2 untuk dapatkan kunci. Balik tu dia akan pulangkan. Don't worry.
Tangga dia sangat tinggi and berpusing. Haha dahsyotttt
Toilet dia macam dalam kapal terbang lak. Hahaha. Tapi sangat bersih dan selesa
Ini bilik-bilik hostel. Nampak cam kecik dari luar...
Bilik masuk dalam, tadaaaaa. Jadi inilah bilik kami. Not bad. Apa yang bestnya hostel ni ialah, dia sangat berdekatan dengan tarikan-tarikan utama dia. Jalan kaki je pon boleh. Cara mudah dia, macam biasa, guna je google map siap-siap menggunakan Wifi hostel. Pastu jalan berpandukan map tu je, sebab map once kita dah buka map dia, kita tak perlu connect kt wifi dah.
Dari hostel, akan jumpa Vondel Park terlebih dahulu on your right. So park ni antara yang terbesar di Amsterdam. Tapi tak singgah pon untuk tengok. Haha
Our first destination is, Hard Rock cafe! Yup, kami jalan kaki je dari hostel. About 5 minit berjalan.
Nak ke Hard Rock, akan nampak statue of liberty tenggelam dalam air ni. Maksudnya anda di jalan yang benar. Hahahaha
Inilah Hard Rock Amsterdam
Kota Amsterdam sememangnya terkenal dengan canal, dan jika anda berminat untuk cuba menaiki cruise di Amsterdam, berhampiran Hard Rock ada boothnya.
Keluar je dari Hard Rock, jalan ke jalan besar tadi balik dan ke kiri. Straight je sampai nampak bangunan besar ni. Ini ialah Rijksmuseum! Tahukan papan tanda amsterdam tu? Haaa bendanya ada kat sini.
Kita masuk je laluan gerbang dia tu
Di dalam laluan gerbang ni, boleh la kalau anda nak tengok muzium dia.
Okay, keluar-keluar je, terus nampak papan tanda Amsterdam ni. So boleh ambil gambar puas-puas tapi ramai gila manusia yang amat.
Tengok betapa ramainya. Dengan budak-budak sekolah lagi. Hahaha. So kita ambil gambar hanya untuk cukup syarat. Haha. Van Gogh Museum pon terletak berhampiran, and boleh nampak je dari sini, tapi kami tak pergi sebab tak berapa minat. Haha
Teruskan perjalanan anda. Sekarang ni nak pergi shopping! Hahaha. So destinasi kita ialah Kalverstraat Shopping street.
Kat sini memang syurga shopping. Macam-macam kedai ada.
Tahu tak ni apa? Haa, Amstedam ni famous dengan Cannabis / weed / ganja la nama melayu nya. Sini memang legal, dan boleh makan. Tapi korang la berani ke tak berani nak cuba. Tapi saya tak cuba la, cuma ambil gambar je sebab first time tengok. Hahahhaa
Jadi, tempat nak shopping ialah kat Primark je sebenarnya. Ada beza harga Primark sini ngn di UK. Contoh kat UK harga dia 1 pound, sini harga dia 1.50 Euro. Haa camtu
Kalau korang minat Madame Tussaud, kat sini pon ada. Next time datang Amsterdam nak pergi. Hihi
Sini banyak tram dalam city dia.
Apa yang best kat Amsterdam ni, macam-macam jenis museum ada tau! Ripleys Believe It or Not! pon ada!!! Masa kecik ni favourite tau! So mesti lah kena masuk. Tapi tengok takat mana free jela. Bahahaha
Ni manusia tertinggi di dunia (although ni replica patung dia jela).
Menarik Amsterdam ni, kedai pelik-pelik pon ada. Haha Lembu atas ceiling. Cool!
Masa on the way balik tu, kitorang macam confused tau, sebab bangunan dia lebih kurang je semua, and jalan pon lebih kurang. Kebetulan pula tak dapat Wifi terdekat untuk balik, so memang redah je. Redah punya redah, tetiba ada lalu di kawasan gelap, lampu merah. Tengok orang-orang dia pun macam lain macam je.
Terus pegang tangan Eira and kitorang berpaut sesama sendiri sambil berjalan. Tengah jalan-jalan tu...
Okay memang lain macam je tempat ni. Hampir sepanjang perjalanan ni semua berunsurkan porno, dan siap ada live porn show okay!
Tengah jalan-jalan tu, ternampak la perempuan berdiri di tingkap. Serious mula-mula ingat patung. Tetiba bila sekelompok lelaki lalu, 'patung-patung' tu bergerak and lambai 'mari datang mari datang'. Tanjat boboi tengok patung tu bergerak. Manusia rupanya.
Kesian itik ni berenang di lembah kemaksiatan.
Tengah jalan punya jalan, dah nampak segala macam, tetiba dapat Wifi. Maka, kembalilah kami ke jalan yang benar. Alhamdulillah..
That night tak makan kat luar pon, masak je guna bahan-bahan free yang disediakan di kitchen. Hahaha. Maka dapat la saya masak spaghetti. Jimat duit makan malam. Haha
Esoknya, bawak bag turun sebab dah nak check out. Tapi boleh tumpang bag kat reception dia free. Jadi itulah bag yang saya guna sepanjang 14 hari trip. Bag saiz 45 L + 10 L je. Saya sarankan jangan bawa bag besar-besar sebab kebanyakan airport tak lepas untuk backpack yang besar benar.
Dah letak bag tu, kemudiannya of course shopping! Time ni cam dah tak kisah sangat habiskan duit sebab dah nak balik dah kan. Hahaha. Dan of course, semua perempuan suka pergi drugstore, dan Etos ni antara drugstore di Amsterdam yang murah kalau nak shopping barang makeup. (Ini pon sebab ada orang order, so kita belikan je)
Destinasi hari ini ialah shopping, jadi kita menuju ke Kalverstraat Shopping street. Alang-alang tu, macam best pula bergambar kat sini. Hahaha
Kat sini famous untuk cycling. Boleh cuba. Harga dalam 12 euro ke atas untuk 1 hari sewa basikal. Tapi saya tak berani nak cuba, sebab kita tak familiar dengan tempat dia, kang parking, pastu tak jumpa-jumpa dah basikal macamana? Huhu
Tengah jalan tu ada jumpa kedai jual souvenirs. Apa yang menarik perhatian saya ialah magnet-magnet kartun ni. Jangan main beli je, kena cek betul-betul sebab.....
Mostly ialah gambar porn. Hahaha
Time ni perut dah lapar, so singgah la kat kedai kebab. Peliknya diorang ni buka kedai pukul 12 tengahari. Aduh. Haha
Jadi inilah brunch saya.
Kemudiam kami shopping di Primark lagi, 'shop till you drop' and pulang ke hostel untuk ambil bag.
Tunggu di station yang sama masa kita mula-mula sampai dan naik bas yang sama ke airport.
Bas 197, tambang 5 Euro
Jangan risau, ada screen yang tunjukkan kita dah kat stop mana.
Dah sampai airport dah..
Inilah bas 197 tu.
Dah beranak pinak dah bag Eira. Dia beli bag tarik kat sini. Hehe
Jadi, itu sahaja pengalaman di Amsterdam..
⚜️ AMSTERDAM, NETHERLANDS
*€5 Take bus 197 to city centre for hostel
*€3.25 Lunch Mcd
*€10.50 lunch
*€5 bus 197 to airport
Total = € 23.75 = RM 111.15
Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :
alhamdulillah...best plak byk citer dear...hihi
ReplyDeleteThanks dear :)
ReplyDeletehi missdae, ada guna amsterdam city pass tak?
ReplyDeletekenapa tak cuba weed? hahaha
ReplyDeletehi kak, kalau pergi shopping akak naik tram or jalan kaki?
ReplyDeletesabung ayam bangkokwa
ReplyDeleteThey all have distinctive USPs, from the preferences for medium-term visits, climbing packs, camera backpacks , trekking backpacks, Voyaging backpacks and numerous different utilities. If all else fails, inquire.backpacks for girls
ReplyDelete