Warm Blanket Hostel, Nusajaya

09:05:00

Hi guys.. Nak share review harini mengenai Warm Blanket hostel. Hostel ni terletak area Legoland la. 

Satu bilik double room RM 52 (book guna Agoda so termasuk charge banks semua) 

So satu bilik aku share 3 org dengan girls so sorang about RM 18



Cara nak ke tempat ni, korang cari je signboard Horizon Hill. Memang dah dekat sangat la. Dalam 5 min je ke Legoland (kalau tak sesat) Hahaha.

Hostel ni actually rumah kedai je. Tapi dijadikan hostel la. Tempat ni bagi aku strategic sbb mmg dekat. 

Cuma disebabkan namanya pon hostel, dan murah pulak tu kan, tak boleh expect too much la. Bilik dia pon tak banyak. Tapi yang kelakarnya, kitorang boleh dengar orang sebelah cakap en sbb dinding dia plywood kot. Entoh. So rasa cam agak tak selamat jugaklahh haha


Camni je rupa bilik dia. Takde apa pon. Cuma nasib baik ada aircond. Toilet dia pulak toilet share. Kiranya semua orang akan pergi ke toilet tu untuk mandi or membuang.



Haa gituhh. And nak cerita je, sini ramai bangla2 juga. So please tutup aurat masa nak ke toilet tu. Yela taknak lah tetiba lain pulak jadinya kan.

Kat sini pon ada shared washing machine, so boleh basuh baju for free. Dalam toilet dia sabun disediakan.

So far hostel ni, emmm. Kalau nak bajet memang okay sangat lah. sbb bersih, hotel pon dekat je ngn legoland, staff baik, tempat dekat ngn kedai2 so boleh je nak makan anytime.  Cuma seram sikit sbb dinding dia boleh dgr org lain bercakap, toilet pulak share laki perempuan.

Okay itu je nak share, adios di amigos 

Related Post

0 comments