Review Dubuyo Urban Korean Food

11:21:00





Hi semua. Ape khabar?

So hari ni iols nak share pengalaman makan di Dubuyo. Kalau nak try makan makanan Korea yang halal, Dubuyo ni yang i recommend sebab murah and diyakini halal. (Dia pon ada display logo Halal, so boleh makan tanpa ragu-ragu).

Dubuyo ni dulu kalau korang pernah dengar, nama dia Dubu-Dubu. Sekarang ni dia dah tukar nama kebada Dubuyo, baru la bunyi cam Korean gittuwww kan. Haha

Kalau korang perasan, i memang suka, suka dan suka makan kat Dubuyo. Jadi, apa yang best sangat Dubuyo ni? Jom baca review kat bawah ni.



So ini lah rupa Dubuyo. I would say yang Dubuyo ni akan ada in most major malls la. So boleh choose an outlet to try. Macam this time, I makan di Dubuyo, The Mines, sebab tak ramai orang haha.




This is how it looks like from the inside. Oklah, the ambience is spacious, nice and comfortable.

So, first thing first, bila duduk je kat meja, benda pertama kita nak is of course.... Menu. So usually the staff akan handout kan menu dan promotions yang diorang tengah ada.


Di atas ni ialah promo yang Dubuyo adakan setiap masa tak kira pagi, petang, malam, hari minggu, hari kerja, memang akan ada set ini.


Di atas ni pulak, promo yang dibuat hari bekerja dan pada waktu lunch sahaja, harga dia pon jauh lebih murah berbanding harga yang ada di dalam menu-menu dia.








Ini pula merupakan menu-menu dia la. So korang boleh decide whether nak amik set meals, or ala-carte or nak order yang promo je. 

Usually orang yang baru first time nak try makanan Korea, dia akan confuse nak order apa, sebab... nama makanan dia pelik-pelik. Haha, yela bahasa korea kan. So, my suggestion is, for first timers, i sarankan ambil yang promo set meals for 2 or for 4 macam di bawah ni.


Since I selalu makan berdua je, usually i akan order meal set for 2 yang berharga RM 56.85 tu. Kita boleh dapat 2 jenis lauk, including nasi, side dish, air, sup and desserts. So bila I dah kira-kira buat perbandingan kalau order satu2 dari menu biasa, harga promo ni jauh lebih murah dari order satu2 menu yang exactly the same.

Kalau perasan kat menu dia, dia ada bagi kita pilih nak apa. Macam contoh :

Soondubu Jigae (Seafood, Beef, or Chicken)
Honey Garlic Bulgogi (Chicken or Beef) OR korean spicy wings or Honey Mustard Wings


So menu yang biasa I order ialah :

Soondubu Jigae Seafood
Honey Garlic Bulgogi

Selebihnya ialah ikut set yang diberi. Tapi terpulang la korang suka apa, tapi yang tu yang i suka la. Hahaha.




Tadaa dah sampai semua. Sorry my bad gambar tak cantik, tak kena angle, sebab ada makhluk di sebelah yang suka kacau-kacau time kita ambil gambar hahaha. So masa menunggu di dubuyo usually memang tak lama la. Dalam 10 minit dah boleh dapat semua.



Honey Garlic Bulgogi



Soondubu Jigae Seafood



Nasi

Side dish dia yang kita boleh refill sebanyak mungkin.

Yang I terlupa ambil gambar is sup dan dessert dia. Dessert dia cam Tau Fu Fah yang kita beli kat pasar malam tu tapi ada rasa lemon sikit. 


Roasted Barley Tea
Air ni rasa dia memang cam hangus, tapi itulah rasa dia. Usually air dia bagi memang tawar hebeh, so korang kena order air gula sekali. Jangan takut-takut, order jeeee. Memang air gula dia bagi free of charge. Haha

To be honest, makanan di Dubuyo takdela rasa authentic macam makan di Korea sana tu. Tapi kena la dengan tekak kita orang Melayu ni. Takdela terkejut sangat haha. Maybe masakan dia dah di Malaysia kan untuk sesuai dengan tekak kita ni. 

Rata-rata kawan yang i bawak kat sini, yang tak pernah makan makanan korea, usually dia akan start suka makan di sini sebab kena dengan tekak dorang. Tapi my suggestion is, start with promo meal set tu (sebab makanan dia berlauk) instead of try order menu dia yang kome sendiri tak tahu nak nyebut, takut terkejut pastu terus tak suka dah. Huhu 

Dah baca apa yang menarik so this is my review la

Pros :

- Waiting time yang sekejap
- Sedap 
- Friendly staff
- Reasonable price
- Side dish boleh refill sebanyak mana kita nak
- Tak kedekut air gula 

Cons :

So far takde kot. Cuma hopefully ada lebih banyak promo hahaha

Boleh pergi ke website diorang untuk info / promo lebih lanjut :


Kalau nak try makanan korea halal yang lain, boleh baca review i di bawah :








You Might Also Like

1 comments