Tuesday, 7 March 2017

Backpack Europe : Athens, Greece

Assalamualaikum dan hi semua. Seperti yang dijanjikan semalam, post ini ialah sambungan bagi kisah saya di Eropah.

Again, nak tahu bajet saya dan itinerary saya sepanjang di Eropah, boleh ke link di bawah :


Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :



So harini kita akan ke Athens, Greece! Kalau ada masa yang lebih, memang teringin sangat nak pergi Santorini. Nanti lah in sha Allah one day. 

ATHENS : TAK PERLU VISA

Jadi sebelum kita tengok apa best di Athens, marilah kita tahu serba sedikit tentang Athens, Greece.


Greece terletak bersebelahan negara Turkey, maka sebab itulah destinasi kami seterusnya ialah Athens. Athens merupakan bandar terbesar di Greece dan turut menjadi ibu negara Greece. Zaman dulu, Athens ni kira hebat lah sebab Athens merupakan antara bandar tua di seluruh dunia. Kira-kira 7000 tahun dah orang pernah duduki Athens! 


Departed from Istanbul at 10.45 am. Arrived in Athens at 11.05 am their time. 



Yeay dapat cop dari Athens. Di airport Athens, kami macam agak keliru, nak naik bas ke nak naik train. Sebab kalau google, memang tak banyak info sangat pasal Athens ni. Jadi berdasarkan pengalaman saya, saya sarankan anda untuk mengambil bas X95 dari airport menuju ke Syntagma station. Harga €6 sehala. 

Bas X95 ----> Syntagma Station

Tapi masa ni tak tahu lagi, so kitorang plan untuk naik train je. Untuk ke train station, boleh lah ikut signboard yang tulis 'Trains' tu.



Kita exit dari airport and teruskan mencari signboard Train. Kalau nak naik bas pun kena exit sini jugak dan tunggu bas di luar sini.




Bas X95 yang memang ada di luar menunggu. Kalau tiada tu, anda perlu tunggu dia la. Hihi






Naik escalator tu untuk ke train station



Ikut je signboard



Okay dah sampai train station dia.






Masa tengah pening-pening tengok tiket apa nak kena beli, tiba-tiba ada orang bagi tiket dia free kat saya. Dia cakap dia dah tak sempat sebab dah nak kena naik flight dah. Mula-mula cam musykil tapi orang dah bagi kita ambil je. Hahaha

Bila ke kaunter tiket, terkejut beruk bila dapat tahu harga tiket €10! Perghhh awat mahal bebeno. Tapi, kelebihan tiket ini, boleh guna 90 minit unlimited so boleh keluar masuk mana-mana station selama 90 minit free. Tapi sebab mamat tu dah bagi saya tiket free, kesian juga kat kawan kalau kena beli tiket harga €10. Jadi caranya, beli je satu lagi, tapi bahagi 2 la harganya. So sorang bayar € 5.

Ambil train / metro (sama je), dan berhenti di Monastiraki. 

Airport -----> Monastiraki





Arrived at Monastiraki. Take the exit to Athina sebab situ akan ada banyak exit.

Exit and turn left to go to Zeus Hostel. 



Walk until u see a market (macam gambar di atas) on the right because you will turn left. Walk about 20m until u see Zeus Hostel sign.


Tadaaa dah sampai..


Semasa tiba di hostel, kami disambut baik oleh staf dia. Dah dapat WiFi mestilah ralit tengok handphone kan. So alang-alang tu dia cerita la yang dulu, negara diorang pernah mengalami kemerosotan ekonomi yang sangat teruk. Jadi, duit diorang yang dipanggil 'drachma' telah digantikan dengan duit Euro pada tahun 2001. Sekarang diorang dah tak guna lagi dah duit dia. Cuba bayangkan if Malaysia macam tu suatu hari nanti. Sedihnyaa



Hostel ni comel sebab banyak lukisan-lukisan yang menunjukkan zaman dulu-dulu diorang.





Inilah bilik kami. Bilik yang memuatkan 4 orang. Okay dah cukup, jom kita jelajah Athens pula! So cara dia, ikut je jalan menuju ke Metro kita sampai mula-mula tadi tu. Sebab kalau kita keluar je station tu, ke kiri kita menuju ke hostel, ke kanan, kita menuju ke kawasan-kawasan tarikan dia. Memang dekat-dekat je.




Korang jalan je sampai nampak dataran macamni, maksudnya anda berada di jalan yang benar. Haha




Jalan ke depan sikit, kita akan nampak tarikan pertama kita. Memang peninggalan ni semua berada di tengah-tengah bandar jadi memang cantik.



Kitorang pun beli Mixed ticket yang berhaga €30 dan valid untuk 2 hari. Jadi petang tu juga kitorang pergi muzium. Esok baru plan nak pergi Acropolis. Tapi, seriously tak berbaloi. Yela saya cerita ni berdasarkan pengalaman. Hahaha. Kalau nak pergi Acropolis je, u can buy it for only €10. 



Kenapa saya cakap tak berbaloi untuk ambil Mixed ticket? Okay tengok dulu gambar-gambar saya k!










Okay itu muzium yang pertama.The library of Hadharian.

Jom tengok muzium kedua pula. Roman Agora








Okay cukup setakat itu untuk petang ini melawati muzium, nampak tak kenapa saya cakap tak berbaloi? Sebab takde apa pun. Semua ini ialah hasil peninggalan yang memang dah musnah. Jadi bagi saya, lebih baik beli yang €10 untuk Acropolis je sebab itu pun dah mewakili semua dah. Hahaha

Tapi secara jujurnya, memang cantiklah kawasan peninggalan dia di sini. Jadi pada yang suka fotografi, rasanya tak rugi pun ambil mixed ticket €30 tu.




Tu haa Acropolis. Atas gunung tu. Esok kita nak mendaki ke atas tu okay!


Selepas itu, macam biasalah, mestilah kena singgah Hard Rock Cafe Athens. Berdekatan je semua ni. Boleh jalan kaki je. Memang dekat!





Lagi sekali ralit duduk di HRC sebab ada WiFi. Hahaha. Password dia sama je sepanjang saya berada di Eropah. Walaupun WiFi dia ni bukan public, kiranya memang kena ada password la, saya perasan bila saya di Paris, London (di kemudian hari) dia automatic connect. Pelik kan? Haha

Malam dah semakin menghampiri, kitorang pun pulang ke hostel dan tidur dengan lenanya. 



Keesokan harinya, kami dah bersedia untuk ke Acropolis! Yahoo. Untuk ke Acropolis, memang kena mendaki bukit / gunung ye! Jadi jalan dia bertangga banyaklah. Ikut je signboard 'Acropolis' in sha Allah sampai.



Sebelum sampai ke Acropolis, tiba-tiba ternampak sebuah bukit. (Dahlah tengah mendaki bukit, ada bukit lagi? Haha)

Kitorang pun mendaki la bukit tu sebab saje nak tengok apa best.



Memang ternyata berbaloi pendakian 10 langkah itu. Haha. Nampak seluruh Athens. Cantik sangat!









Ecewah nampak macam tak sejuk, tapi sejuk tau walapun ada cahaya matahari! 

Okay dah cukup-cukup posing, jom ke Acropolis. Sikit lagi tu, dah nak sampai dah






Tadaa dah sampai. Tunjuk je tiket semalam and terus dapat masuk.






Di dalam perkarangan Acropolis dah ni. Tempat ni sangat besar! Jap tahu tak Acropolis ni apa? Acropolis ni ialah bandar lama yang terletak di puncak pergunungan. Namanya sendiri datang daripada perkataan Greek, dan Acro bermaksud puncak tertinggi, manakala polis bermaksud bandar. Jadi kita ni nak pergi tengok dan membayangkan kehidupan mereka zaman dahulu la ni.


Okay, di Istanbul kan kucing dia sombong kan? Kat Athens ni, majority kucing semua manja! Serious! Best. Panggil je datang, siap boleh usap-usap lagi. Dahlah gebu je. Geram!





Pertama sekali, anda akan lihat Theatre of Dionysis. Ini merupakan panggung orang zaman dulu-dulu, tetapi di bina oleh batu! Ini panggung pertama yang dibina daripada batu tau! Hebat tak hebat depa ni dulu. Jadi banyak lah persembahan Greek Klasik yang di persembahkan di sini.





Kucing lagi. Hihi
Untuk lihat sendiri tapak Acropolis, kita kena menaiki tangga-tangga di atas.

Nak naik atas ni memang mencabar sebab kena mendaki bukit. Tapi selepas pendakian, ternyata berbaloi usaha penat lelah mendaki. Cantik tempat ni. Bila datang sini rasa macam amazed dengan kehebatan orang zaman dulu untuk buat bangunan sebegini di atas bukit.. Acropolis merupakan salah satu UNESCO World Heritage dan kerja-kerja pembikinanmasih giat dilakukan.
Bendera negara Greece berkibar dengan bangganya

The Parthenon.


Kerja-kerja pembikinan yang boleh dilihat.




Ini juga tempat mereka melihat persembahan. Tetapi tak ingat pula namanya. Haha
Ala kesian dia takde tangan..




Ada kucing lagi. Tengok ni bukti kucing-kucing sini sangat baik dan manja. Tak kisah pun kita usap-usap dia. Best!




Dah habis pusing Acropolis, kami menuju ke muzium seterusnya iaitu Olympieion Hadhrian's Gate. Ini agak jauh sikitlah dalam 15 minit perjalanan sebab nak kena turun bukit kan. Haha



Kita akan jumpa dulu Arch of Hadhrian di luar ini. 

Pintu masuknya dan tunjukkan tiket.






Jadi apa itu Olympeioin of Hadharian ni? Nama lainnya ialah Temple of Olympian Zeus dan merupakan temple ancient yang terbesar.

Betapa lamanya tempat ini sampai tiang dia pun jatuh berderai into pieces. Dah bosan dengan muzium, kitorang pun decide untuk pusing-pusing Athens je.



Memang ternyata bandar Athens ni sangat cantik dan menenangkan. Best sangat!




Tengah jalan-jalan, tetiba nampak sesuatu. Nampak tak ada apa tu? Huhu



Kesian, anjing tu entah macamana boleh naik atas, tapi tak berani turun. Kesian sangat. Tapi ada orang tengah nak tolong ambilkan dia tu. Yeayy

Perut dah lapar, kitorang pun plan nak pergi makan. Ada satu kedai halal betul-betul depan Hard Rock Cafe, siap ada sijil halal Indonesia. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar restorannya.


Di sini memang dapat free roti, sapu dengan zaitun yang dah dikisar. Sedap!




Restoran dia pun cantik sangat
Makan brunch untuk €9.50 tapi kongsi 2 orang haha

Malam tu kami bersiap-siap untuk ke airport sebab esoknya flight kami ke Rome. Kami akan menaiki RyanAir, dan nasib dah tanya orang siap-siap. Diorang cakap yang RyanAir, kita kena check in online dan print tiket siap-siap, sebab kalau tak, kena cas dalam €10 kalau check in di kaunter. 

Dahlah dia tak bagi check in at least 7 hari awal masa kita kat Malaysia. Nak jugak menyusahkan kena cari printer di sini. Tapi nasib hostel ada sediakan komputer dan printer, jadi print di sini sahaja. Yang lawaknya, rupanya semua yang pernah duduk di hostel itu print tiket RyanAir berdasarkan files yang di save. Hahaha

Sekarang nak ke airport, kami bertekad untuk mencuba bas X95. Untuk ke sini, anda perlu menaip "Syntagma square" di Google Map / Waze siap-siap sementara ada WiFi. Sebab maps ni, apabila kita takde wifi selepas itu, dia still berjalan macam biasa, jadi jangan risau.


Sampai di Syntagma Square. Take bus X95 to airport €6 per person. 





Dah beli tiket, kena validate di mesin yang akan ada di dalam bas tu ye. Bas tiba pada pukul 7 malam. 



Kami tiba di airport pada 8 malam.

Rare betul papan display dia. Haha

Airport Athens ni bagi saya best sebab macam-macam ada.




Ada Children's Play Area, jadi budak-budak boleh main dalamnya.





Ada muzium dalam airport tau!




Ada art programme


Prayer room pun ada. Kitorang tidur situ je. haha. Tapi memang sejuk sangat, takde heater.

Cuma masa dah masuk tu, antara yang tak best ialah masa kena check luggage, dengan scan kita tu. Di sini siap dia suruh kita buka tudung la untuk check. Tapi dia sangat menghormati dan minta cek di dalam bilik khas. So okla huhu

Review Athens International Airport 

Pros :
- Pekerja dia bekerja dengan efficient
- Tiada imigresen, so tiada cop-cop passport. Masuk dengan scan tiket je
- Macam-macam tarikan ada di airport
- Boleh tidur di surau
- Staff baik

Cons :

Takde kot. Haha




Dah board plane so sekian sahaja lah pengalaman di Athens. Memang best! Rasa nak repeat lagi haha

BAJET DI ATHENS

€ 30 mixed ticket (a total waste when u can buy     
         for €10 only for Acropolis)
€ 5 lunch
€5 train to Monastiraki
€6 bus X95 to airport

Total = €46
+ Hostel = RM 40

TOTAL BAJET DI ATHENS  = RM 215


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :


14 comments:

  1. Wahh bestnya Misz Dae dapat tengok negara orang..btw cantik!

    ReplyDelete
  2. Hi, so basically you makan apa for dinner ya? tak beli any foods / water dekat convenience store?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang ada bawak bekal dari Malaysia.. Sebab tak banyak halal food so banyak makan bekalan je 😊😊

      Delete
  3. missdae ..kalau tak keberatan boleh share itinerary.. maslina.nor@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Missdae..

    Lepas tido esoknye check out hostel siap2 ke? Letak barang kat mana utk gi jln2

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Saya dn seorg rakan now di Marrakesh, Moroko. Jam 7 pagi esuk in sha Allah kami akan berlepas ke Athens. Hnya 1 mlm shj di Athens, lusa kami akan ke Istanbul, in sha Allah.

    Blog miss dae ni kami jadikan panduan.

    Tq sekali lg.

    Assalaamu 'alaikum

    ReplyDelete
  6. Remove your business side and settle on a fantastic supper at a little diner and remain back at a motel that does not have a place with a chain of universal lodgings.clubzak mykonos greece

    ReplyDelete
  7. Salam miszdae,
    Seronok baca blog miszdae..sy ade plan nk ke turkey and terus ke greece..insya Allah..cuma sy nak tanye..mase smpi di turkey and greece ade ke nak kena isi arrival card dlm flight or masa dkt dlm airport?
    Tq miszdae..

    ReplyDelete
  8. Salam missdae... berapa malam tu kt athens? Total bajet tu mcm x all in semua je?

    ReplyDelete
  9. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. Get Visa canada short term

    ReplyDelete
  10. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. Get Visa canada short term

    ReplyDelete
  11. Hi kak miszdae, kak pernah tak kena pickpocket kat athens

    ReplyDelete