Friday, 30 October 2015

Survival tips ketika kapal terbang terhempas



Hi geng traveller sekalian. 

Korang mesti selalu naik flight kan samada untuk terbang ke luar negara mahupun domestik aje. Meskipun flying is actually one of the safest medium to travel, disebabkan procedure keselamatannya yg ketat, TETAPI, kemalangan boleh berlaku di mana2 aja kan? Jom baca artikel yg aku dh karang khas bagi menyelamatkan diri di saat2 berlaku kemalangan sewaktu naik kapal terbang.

Sebelum tu nak cite sikit, aku ni suka naik kapal terbang, dalam masa yang sama aku suka tengok documentary pasal "WHY PLANES CRASH" or "AIR CRASH INVESTIGATION". 

Uishhh syok dia tak terkata! Antara yang aku dpt pelajari drpd tengok cerita2 camtu dan a bit of research is :

1. Tahu FIVE ROW RULE



Kenapa dgn rule ni? Okay rule ni nak cerita la kebarangkalian untuk survive sewaktu plane crash tinggi mengikut pemilihan tempat duduk. If possible, cari seat yang berdekatan dengan pintu KELUAR. 5 baris yang berdekatan dengan pintu keluar lebih tinggi survival rate dia berbanding dgn yang jauh dgn pintu keluar.

Selain itu, lebih bagus kalau korang dapat seat yang bersebelahan dgn aisle (laluan untuk berjalan di dalam plane tu), sebab sekiranya berlaku apa2, korang boleh lari dulu berbanding orang yg duduk di sebelah tingkap. Yeah, usually orang prefer untuk duduk sbelah tingkap sbb dpt tengok pemandangan cantik2 kan. huhu

Jadi pemilihan seat sebenarnya penting semasa korang beli tiket flight, but most of us choose to ignore sbb klu cm airasia kena extra charge kan. 

2. Pakai pakaian yg selesa

Memang tengah nak bercuti kita cenderung nak pakai yang cantik2 demi gambar yg menarik di Instagram. Or maybe time tu nak pergi honeymoon so nak acah2 ayu, pergi pakai skirt pulak naik plane.

Memang okay, tak kisah pun, pilihan masing2. Tapi seandainya berlaku apa2, ni SEANDAINYA k, kalau plane tu crash di tengah laut, kau pulak nak berpaut pada serpihan2 kapal terbang, *macam cerita TITANIC*, pastu kau pulak pakai skirt. Dah tentu menyukarkan pergerakan korang untuk berenang, dan silap2 kain tu pon dengan bahagianya ternaik ke atas menampakkan kaki korang itu. But totally it's up to you what you decide to wear.

Another thing is kasut korang. Make sure tak pakai high heels. Kalau pakai pon confirm nanti kena bukak semasa emergency landing



3. INGAT PLUS 3 DAN MINUS 8 RULE!

Ini antara important lesson yang aku belajar juga. Kebanyakan plane crash berlaku dalam time frame iaitu antara 3 minit selepas perlepasan, dan antara 8 minit semasa pendaratan. Memang 80% plane crash berlaku waktu ni



Jadi, dalam time frame ni, sangat2 penting untuk korang :

1. JANGAN TIDUR!
2. JANGAN TANGGALKAN KASUT.
3. MAKE SURE PAKAI SEAT BELT
4. SIAP SEDIA SEBELUM PLANE CRASH

4. Pastikan anda baca pamplet keselamatan yang ada di hadapan kerusi korang. 


Yup, memang kita sentiasa naik flight, and 'pernah' baca, emm u know, probably once for a lifetime? heii itu teruk! Make sure lepas ni, setiap kali korang naik flight, baca siap2. Sebab safety card ni dia update mengikut perkembangan semasa dan berbeza mengikut jenis airlines. Jadi sila baca!

5. Tengok, dengar, bagi perhatian dan fahami semasa 'Safety talk'.

 Alaa yang masa pramugari2 berbaris kat aisle and tunjuk langkah2 keselamatan.


 Haa bagi perhatian ye. Sebab di sini ada info penting macam :
1. Cara pakai life vest
2. Cara pakai seat belts
3. Nearest exit doors
dan lain2 which korang KENA DENGAR!
 Jangan asyik duk usha pramugari mana yg cun.

6. Brace for impact



I'm not really sure what it means in Malay, tapi sekiranya berlaku kecemasan or terbakar, dan peramugari jerit "EVERYONE BRACE NOW!" , korang cepat2 buat keadaan badan korang macam dalam gambar atas tu.

Sebab apa? As I said earlier, aku suka tengok AIR CRASH INVESTIGATION kan? Jadi dia ada buat simulasi tentang keadaan sebenar. Apabila berlaku kebakaran dalam plane, api akan marak dan lalu di atas kepala dan di aisle jadi penting untuk brace kalau tak nak kepala kita terkena api yang marak tu. Sebab bila brace, sekurang2nya kerusi kita dapat jadi penghadang daripada api terus mara. Sorry kalau tak faham sbb takde gambar untuk tunjukkan how. 



Nampak tak, rentung kapal terbang ni di bahagian mana? Di bumbung dan laluan kan? Tapi antara kerusi tak teruk sangat kan? Haa sbb tula pentingnya brace lagi2 masa kebakaran.

Jadi brace for impact ni penting bagi mengelakkan kita dripada hangus kebakaran, terhidu asap dan mengurangkan kejutan pada bdn kita ketika rough impact semasa emergency landing la.

 JUST DO IT dan JANGAN BANYAK TANYA KENAPA. 

7. Jangan kembungkan lifevest korang semasa di dalam cabin!



Maybe di waktu tengah cemas, dan panik, kita akan fikir, Oh my god, What if aku tak boleh berenang. Damn! I need to wear my life vest cepat dan mesti kembungkan cepat untuk selamat. 

DO NOT EVER DO THAT!!!!

Sebab apa? Bila plane crash dalam laut, air akan penuhi ruangan di dalam plane tu. Jadi, bila korang dah kembungkan *inflate* the lifevest, korang akan terapung dan di tolak ke bumbung plane. Bila dah jadi camni, memang susah untuk korang lepaskan diri sebab angin tu menyukarkan pergerakan dan akhirnya, air akan terus masuk dalam cabin dan penuhi cabin. In the end, ramai yang mati lemas disebabkan kesilapan mereka sendiri.


If korang tak kembungkan lifevest korang tu, at least korang boleh escape thru the EXIT DOOR, dan bila dah exit tu, baru kembungkan untuk terapung. Time tu, korang dah ada di  laut dan tak perlu risau sebab tiada apa2 yang menyekat korang, dan korang pon telah selamat melepaskan diri keluar dari cabin (plane) tu.

8. TINGGALKAN BARANGAN ANDA!

Walau macamana pun, di waktu kecemasan, barang berharga pon dah tak jadi berharga sbb yang berharga ialah DIRI KORANG. Jadi, tinggalkan je, yang penting, selamatkan diri korang dulu!

9. Lari sejauh yang boleh daripada bangkai kapal terbang

Sekiranya anda berjaya keluar daripada pesawat, jangan berhenti di situ. Make sure korang dah lari sejauh yang boleh  daripada wreckage tu sebab kapal terbang biasanya akan meletup. *Macam movie orang putih la, finishing touch dia mesti ada benda yang meletup kan*

Even ramai dh berjaya melepaskan diri dari pesawat, tapi ramai juga yang mati kerana terbakar dalam letupan.

********************

Okay setakat itu jelah uols apa yang aku boleh kongsikan. Ini adalah berdasarkan apa yang aku faham drpd tontonan dan research aku la. Maafkan atas ayat aku yang tunggang langgang, sbb aku tulis ni berdasarkan point of view aku dan bertujuan untuk baca santai2 je. 

Gambar pulak, aku ambil dari google dan yahoo, bagi membantu korang utk lebih faham.

So, ingat semua tu okay dan selamat bercutiii~

6 comments:

  1. thanks for info..tp saya still takut nak naik flight yg berjam-jam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe in sha allah Allah selamatkan hamba-hambanya..

      Delete
  2. Ya allah bestnyeee..teringin sangat nk ke overseas

    ReplyDelete
  3. Wonderful blog! Do you have any tips and hints for aspiring writers? Because I’m going to start my website soon, but I’m a little lost on everything. Many thanks! https://thesurvivallife.com

    ReplyDelete
  4. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. lost ways review

    ReplyDelete