Sunday, 5 March 2017

Backpack ke Eropah Murah bawah RM 3000 : Itinerary and Budget


Assalamualaikum dan hai semua. 

Nak tahu camne nak backpack ke Eropah serendah RM 3000? Okay, hari ini, saya nak kongsikan cara untuk backpack ke Eropah murah (mengikut cara saya lah). Juga boleh digelar sebagai trip bajet ke Eropah, ikut lah mana-mana yang korang suka haha

WARNING : POST PANJANG!

Dah lama saya tak update. Saya baru sahaja pulang dari Europe trip secara backpack selama 14 hari, ke 7 buah negara, dan total bajet saya ialah RM 2889 untuk segala tiket penerbangan, tempat tinggal, makan, segala tambang perjalanan sepanjang di sana. 

Antara route / negara yang saya cover sepanjang 14 hari itu ialah :

KLIA2 --> Tehran, Iran --> Istanbul, Turki -->Athens, Greece --> Rome, Italy --> London, United Kingdom --> Amsterdam, Netherlands --> Paris, France  --> Tehran, Iran --> KLIA2

Nak share dulu gambar-gambar kat sana. Hihi






Okay, okay cukup dah sneak peak. Haha. Haaa, siapa kata nak pergi Europe kena bawak duit yang banyak? Saya telah membuktikannya, jadi awak semua pun boleh! Jadi macamana saya boleh dapat bajet begitu murah? Tak percaya? Jangan risau, saya akan guide step by step cara nak dapat semurah itu okay? 

SEBELUM ITU, NEGARA-NEGARA SAYA PERGI INI TIDAK MEMERLUKAN VISA


Tip 1 : Dapatkan tiket penerbangan murah.

Ada banyak cara untuk menerokai Europe, dan antara cara yang famous ialah melalui penerbangan ataupun keretapi. Sekiranya anda mempunyai masa yang banyak, maka eloklah naik keretapi untuk menikmati keindahan Eropah. Tetapi kerana saya mengejar masa, maka, penerbangan la cara paling mudah (dan memandangkan saya obses dengan kapal terbang, maka sudah tentunya penerbangan pilihan hati saya)

Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM 404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah la, kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain. Ini digelar sebagai Multiple Flights, dan sebab itu juga harganya murah.

Jadi, saya nak ajar satu tips macamana nak plan untuk multiple flights ni.

1. Pertama sekali, buka Kiwi.com. 

Bagi saya, ini adalah website paling terbaik jikalau anda mahu menerokai Eropah secara penerbangan. 

Website ini membolehkan anda untuk plan dari destinasi A --> destinasi B --> destinasi C dan seterusnya dan mengetahui harga tiket penerbangan pada hari yang kita pilih itu.

Sebagai contoh di bawah yang Miszdae cuba survey semasa plan ke Eropah.


Plan A 


Website ini juga menunjukkan dengan jelas route yang kita akan lalui dengan anak panah yang berwarna warni. Selain itu, website ini juga menunjukkan syarikat penerbangan yang kita akan naiki menurut route yang telah kita tetapkan itu. 



Plan B


Rumusan penerbangan secara kasar plan A yang akan dilakukan di kemudian hari. Website ini turut menawarkan perkhidmatan booking untuk segala penerbangan yang telah anda pilih. Namun, saya lebih sarankan anda book direct ke website airlines yang dinyatakan.

Sebagai contoh, jika kita lihat di kiwi.com, penerbangan dari Tehran -> Istanbul, syarikat penerbangan termurah ialah menerusi Pegasus. 

Maka, kita harus booking terus di website Pegasus seperti di bawah :


Istanbul --> Athens melalui Aegean




Rome --> Paris melalui RyanAir




Semua di atas hanyalah contoh sahaja yang Miszdae ingin tunjukkan tetapi ketika screenshot dilakukan, itu bukanlah plan final kami. Setelah dirancang dengan teliti bersama rakan backpack akhirnya di bawah merupakan final penerbangan yang telah di book :


Total penerbangan : RM 1762.88

Tip 2 : Gunakan pass sepanjang di sana
Bagi Miszdae, One day pass atau segala jenis pass merupakan penyumbang utama untuk save budget sepanjang di sana. Di bawah ini, saya akan kongsikan segala pass yang telah saya gunakan sepanjang si Eropah.

ISTANBUL, TURKEY

Di Istanbul, tiada pass yang Miszdae gunakan, tapi Miszdae sarankan anda untuk membeli IstanbulKart. Apa itu IstanbulKart?


  • Berperanan sebagai TouchNgo seperti di Malaysia
  • Boleh dikongsikan seramai 3 orang menggunakan kad yang sama. Kira boleh pass-pass je selepas digunakan
  • Harga kad ialah 6 TL.
Boleh didapati di bahagian Metro di airport.



ATHENS, GREECE

Di Athens, kami tidak menggunakan day pass kerana hostel kami terletak berhampiran tempat-tempat menarik, maka kami bersepakat untuk berjalan kaki sahajar sepanjang di sana. 

Namun, kami ada mengambil Mixed tickets untuk memasuki 8 Museums di Athens yang berharga €30 tapi saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil tiket ini kerana Muzium dia agak menghampakan. Pass ini boleh didapati di mana-mana muzium di Athens.


Jadi, saya sarankan anda untuk membeli tiket untuk ke Acropolis sahaja kerana harganya €10 dan Acropolis juga telah merangkumi semua Muzium yang ada di Athens. 

ROME, ITALY

Di Rome, kami telah mendapatkan Roma Pass 48 hours yang berharga €28. Kelebihan mengambil pass ini :

  • Boleh naik turun metro sepuas hati selama 48 jam (memandangkan pengangkutan utama di Rome ialah menerusi Metro)
  • Boleh memasuki 1 muzium dan sudah tentu kami memilih Collosseum. 
  • Boleh didapatkan di airport, di bahagian Arrivals 

LONDON, UNITED KINGDOM

Di sini, saya telah mendapatkan Oyster card yang turut berperanan sebagai Touch n Go. Harga kad ini ialah >£5


Kelebihan :

  • Boleh dapat harga lebih murah berbanding beli one way ticket.
Oyster visitor card vs. Oyster card = sama je. Mana-mana boleh

AMSTERDAM, NETHERLANDS

Tidak mengambil sebarang pass

PARIS, FRANCE

Terdapat one day pass di Paris, tetapi kami tidak mengambilnya kerana terlalu mahal. Sebenarnya, semasa di Paris, kami ada mengenali rakan Malaysia yang telah tiba dahulu di sana. Mereka kata mereka membeli 1 tiket dan masuk beramai-ramai. 

Kami menggunakan taktik tersebut (sebab kalau tengok mesin dia, memang tak faham apa yang patut kita beli), dan kami juga berpendapat, mungkin sama seperti Istanbul, di mana boleh berkongsi sehingga 3 orang. Jadi kami membeli tiket one way yang berharga € 1.90 dan kongsi berdua. 


Semasa sedang menunggu keretapi, saya dapat melihat anak-anak muda Perancis turut melakukan benda yang sama. 1 tiket di kongsi kan beramai-ramai. Jadi saya beranggapan itu adalah perkara normal. 

Apabila berjumpa dengan orang Malaysia tadi, rupanya mereka membeli one day pass dan dikongsi seramai 5 orang. Tetapi one day pass di Paris agak mahal, maka cara kami lebih murah. Pilihan di tangan anda. 


Dahla tiket dia macam tu je. Memang kalau kita tengok pun, tak dapat bezakan tiket ni nak pergi mana. 

TEHRAN, IRAN

Tiada sebarang pass yang ditawarkan di Tehran.

Tip 3 : Tempat penginapan

Selain tiket penerbangan, dan pass, apa yang menyumbang kepada murahnya Europe trip saya kali ini sudah tentu tempat penginapan. Antara website yang boleh digunakan untuk menempah bilik ialah :
Untuk pengetahuan anda, selama 14 hari di sana, jumlah yang saya laburkan untuk penginapan hanyalah RM 270. 

Sudah semestinya bukan kesemua hari saya tidur di hostel, kerana ada juga yang kami tidur di dalam airport kerana penerbangan kami pada jam 6 pagi, jadi di situ sahaja, kami telah dapat save banyak. Jom lihat hosel-hostel yang telah saya duduki sepanjang di sana.

ISTANBUL, TURKEY
Artemis Old City

Harga semalam RM 48 seorang

Kelebihan : 
  • Murah
  • Bilik double room, siap ada private toilet
  • Terletak di Sultanahmet
  • Berhampiran tram station
  • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi
Boleh book di : Artemis Old City

ATHENS, GREECE
Zeus Hostel

Harga semalam RM 40 seorang

Kelebihan : 
  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada locker yang disediakan
  • Terletak di Monastiraki
  • Berhampiran metro station
  • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Acropolis
Boleh book di : Zeus Hostel

ROME, ITALY
Alessandro Palace



Harga semalam RM 45 seorang

Kelebihan : 
  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada kitchen, boleh masak
  • Ada locker yang disediakan
  • Berhampiran station Roma Termini Central Station, jadi boleh guna Roma Pass sesuka hati
Boleh book di : Alessandro Palace


LONDON, UNITED KINGDOM

Tumpang rumah kawan for free

AMSTERDAM, NETHERLANDS

Princess Hostel

Harga semalam RM 42.50 seorang

Kelebihan : 
  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada kitchen, boleh masak
  • Ada locker yang disediakan
  • Berhampiran tempat-tempat menarik di Amsterdam seperti Hard Rock Cafe Amsterdam, Ripleys Believe it or Not museum, Rijksmuseum di mana ada Iamsterdam dan banyak lagi!
Boleh book di : Princess Hostel

PARIS, FRANCE
Hipotel Hotel



Harga semalam RM 50 seorang 

Kelebihan : 
  • Murah
  • Berbentuk double bedroom.
Boleh book di : Hipotel Hotel

TEHRAN, IRAN

Tidur kat airport je

Haa, murah-murah kan? So memang dapat save banyak dari penginapan. Yela, jujurnya kita hanya nak tempat untuk berehat je, so tak perlu lah mahal-mahal kan. Tapi terpulang pada kepercayaan masing-masing. hihi.

Tip 4 : Penukaran Mata Wang


Pada pendapat Miszdae, ini juga antara faktor utama yang menyumbang kepada "murah" sepanjang di sana. Seperti yang kita sedia maklum, mata wang kita jatuh dengan teruk, maka pertukaran agak mahal. Jadi kita kena sentiasa cek kadar mata wang, dan apabila mata wang murah, kita perlu tukar duit dengan secepat mungkin sebelum menjadi lebih mahal! 


MYR --> EURO = RM 4.68
MYR --> POUND STERLING = RM 5.50

Tapi Miszdae turut mengakui bahawa pertukaran ini juga agak mahal, tapi apa nak buat, siapa suruh travel masa keadaan ekonomi tak stabil. huhuh

Okay, di bawah ini, saya turut nak share itinerari sepanjang di sana. Boleh download gambar-gambar itinerari saya, tapi yang itu bukan final. Namun, tetap boleh dijadikan sebagai rujukan.
ITINERARI SEPANJANG DI EROPAH
















Di bawah merupakan itinerari sebenar yang dicatat sepanjang perjalanan di sana. Minta maaf awal-awal sebab itinerari dalam bahasa rojak, sebab saya catat secepat mungkin sebelum saya terlupa.

------------------------------------------------------
ITINERARI SEBENAR

7.05 pm depart from kul to tehran. Final call
11.10 pm tehran time arrived. Proceed to transfers
Gave passport to the staff to check in. Waited for a long time to get back passport 

1.30 get back passport
2.00 am get into shuttle bus
2.15 am inside plane
0430 arrived at Azerbaijan (their local time) stayed at gate 01

⚜️ ISTANBUL, TURKEY

9.00 boarded Azerbaijan plane to istanbul
9.45 flight
10.30 arrive at Istanbul airport
11.40 arrive at metro going to zaytinburnu

Buy istanbulkart at metro station. Card is 6 TL, topup 14 TL. Can share two person. So 1 person pay 10 TL

1145 train arrived.Take train to yenikapi. 6th station to zaytinburnu

1240 arrived at zaytinburnu. Take tram to kabatas but stop at Sultanahmet. 15 station. Initial plan is to stop at Sultanahmet but then decided to stop at Cemberlitas, one station before. Nearer to walk to hotel

To hardrock cafe, take metro from vezneciler towards haciosman and stop at sishane. Topup 10 TL.
Same goes to going back. Sishane - vezneciler-cemberlitas. 

Walk around istanbul - blue mosque, aya sofea, basilic cistern, topkapi. All near to each other

Topup 5 TL to airport. From Sultanahmet-Zeytinburnu-change to metro and take to Halavini, Atartuk Airport. Just follow instruction

So in istanbul :

50 TL - 8 TL (baki) = 42 TL used

Istanbulkart :
 6 TL Card
10 TL initial topup
10 TL Topup
5 TL Topup
Total = 31 divide by 2 = 15.5 TL per person

40 TL breakdown : 

Expanses : 

**3.5 TL Kebab
**2 TL Kebab
**2 TL jagung
**15.5 TL Istanbulkart

Total ** = 23 TL used
Hostel = RM 48

⚜️ ATHENS, GREECE

Depart from Istanbul at 10.45. Arrived in Athens at 11.05 am their time. 

€10 to city centre. A guy gave his ticket for free. So we bought another ticket that costs €10, but divided into two. So each pay € 5. Take metro, stop at Monastiraki. Free for 90 mins to go anywhere in Athens

Arrived at Monastiraki. Take the exit to Athina. Exit and turn left to go to Zeus Hostel. Walk until u see a market on the right because you will turn left. Walk about 20m until u see Zeus Hostel sign.

Bought Mixed ticket €30. For only Acropolis, u can buy it for only €10

Bought brunchner for €9.50 and water €1 =€10.50 divided by two. Use my money.

Print €2 divide by 2.

Syntagma square take bus X95 to airport €6 per person. 

Departed to airport at 7 pm
Arrived at Athens airport at 8 pm

So in Athens :

Expanses : 
€ 30 mixed ticket (a total waste when u can buy     
         for €10 only for Acropolis)
€ 5 lunch
€ 1 print RyanAir ticket
€5 train to Monastiraki
€5 bus X95 to airport

Total = €46

Hostel = RM 40

⚜️ ROME, ITALY

Departed from Athens at 6.55 am
Arrived at ROME CIA 8.15 am
The worst landing experience ever but was fine.

Bought Roma Pass 48 hours for €28. 

Exit the airport and walk on the left side. Wait for a bus with the sign to ANAGNINA (it is the name of a metro station) Take bus to metro for €1.20. To metro is the last station. Then can use Roma pass to take metro for free

So in Rome :

Expanses 
€1.20 bus to metro
€ 28 Roma pass 48 hours
€3 margarita pizza
€2 hostel tax
€1.20 bus from metro to airport

Total = € 40.40

Hostel RM 45

Arrived at Termini station from hostel. Nearly got myself being picked pocket by a girl. Dayyummm

Take metro to Anagnina, the last station for line A, and take bus from platform 1. (Please ask). Arrived at the airport at 10.40 pm. Had to sleep outside of the airport as the airport is closed at 12-4. Lol

⚜️LONDON, UK

Take stansted airport train to tottenham hale for £22 return. One way it will be £15.90

Oyster £5, topup £5, and again £5
Cant refund less 3 days

Take tube from seven sisters tottenhamhale. Buy ticket to southend airport for £15.40. 

Total = £46.30

⚜️ AMSTERDAM, NETHERLANDS

*€5 Take bus 197 to city centre for hostel
*€3.25 Lunch Mcd
*€10.50 lunch
*€5 bus 197 to airport

Total = € 23.75

⚜️PARIS, FRANCE

€1.90 bought one way ticket and took tram to   
           Metro Villejuif Louis Aragon (share 2   
           people)
€1.90 arrived at metro station and take metro 
           to chatelet  (share 2 people). Stop at 
           Belleville
€1.90 take metro and change to line 6 (share 
           two people). At line 6, stop at Bir Hakeim 
           for Eiffel tower
€1.90 take metro line 6 and change to line 2 at 
           Charles de guille etoile
€1.90 take metro 2 from belle ville to chatelet 
           (2 pax). Change metro from chatelet to 
           Vellejuif Louis Aragon
€1.90 take tram from Vellejuif Louis Aragon to  
           Orly airport. Almost two hours trip from 
           metro to the airport

Total transport for one person : €5.70
Lunch = €7 (€5.50 kebab with fries, €1.50 coke)

Total digunakan di Paris = €12.70

⚜️ TEHRAN, IRAN

Change €10 and got 417,000 rial
Eat at airport for 40,100
Take shuttle bus to 80,000 rial to metro haram eh motahar (borrowed eira)
Take metro to panzdah e khordad 7000 rial

Take blue line

Change another €10 and got 417,000

------------------------------------------------------

TOTAL EXPANSES

TOTAL EXPANSES WITHOUT SOUVENIRS

€122.85 = RM 575
£46.30 = RM 255
23 TL = RM 27

TOTAL = RM 857
Hostel = RM 270
Flight = RM 1762

GRAND TOTAL = RM 2889

TOTAL EXPANSES WITH SOUVENIRS

€190.15 = RM 890
£46.30 = RM 255
39 TL = RM 45

TOTAL = RM 1190
Hostel = RM 270
Flight = RM 1762

GRAND TOTAL = RM 3222

Rasanya, Miszdae dah kongsikan dari A-Z cara-cara nak dapat murah ikut style Miszdae.

Jadi, siapa kata nak ke Eropah perlu bajet yang mahal? Miszdae doakan semoga lebih ramai yang dapat ke Eropah selepas ini okay! Nak tahu lebih lanjut, kena tunggu saya post untuk setiap negara punya cerita hehehe


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :

100 comments:

  1. Semua country yang missdae pergi tu tak kena visa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Missdae , sy nie kurang keyakinan . Ada banyakbenda nak tanya .. missdae takde insta or fb fb .?? 🤭 Klau ada bleh tanya mana benda yg sy kurang faham n kurang yakin 😭

      Delete
  2. Haritu baca pasal jepun mizdae tulis. Ni eropah. Best gilaaa. Thanks for the great sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much for supporting 😊

      Delete
    2. your welcome! since mizdae banyak multiple fligt so nak tau macam mana mizdae arrange nak pi airport tu? through metro ke?

      Delete
    3. Mostly using public. Boleh baca post sh yg berikutnya 😊

      Delete
    4. Hi...pliz contack me by whatapp....wld like to go europe...maybe can join u next time.....

      Delete
  3. Thank you missdae sudi share itinerary ni. InsyaAllah nak juga backpack camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. All the best! Semoga awak pun dapat backpack ke eropah murah 😊

      Delete
  4. Mizdae.. share cket gmbo backpck yg mizdae guna..

    ReplyDelete
  5. Thx sis sgt berguna info ni.Plan nk g london tp ble bce ni mcm nk cover 2/3 coutry sb leh jimat kn.Lain europe country lg next yer.hehe.Lau harung sume europe sekaligus cm x best lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Haah tula. Kalau bnyak2 tp masa yg pama boleh la, baru syok hehe. All the best! Semoga awak pun dapat backpack ke eropah murah 😊

      Delete
  6. Enjoyed reading your post! Very informative. Thank you for your generosity to share in great detail. Semoga dimurahkan rezeki utk travel lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Thank you so much dear ❤️❤️❤️

      Delete
  7. mizdae, betul ke airasia skrg dh tak considered hiking backpacks as cabin baggage? kalau muat dimensions yg dibenarkan pun tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu awak.. kalau muat dimension dia in
      Sha allah lepas 😊

      Delete
  8. Great sharing sis. Nak tny sis beli tket thru kiwi tu bile? A year before travelling ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Takla, a few months before je 😊

      Delete
  9. hey missdae whatsup! now ada promosi Airasia KUL-Tehran 679MYR return...da kira murah ke or boleh dpt lagi murah? hihi

    ReplyDelete
  10. wah seronoknya ! save your post for my next trip maybe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. All the best! Semoga awak pun dapat backpack ke eropah murah 😊

      Delete
  11. Hi missdae! Kalau from tehran airport then straight away to Rome airport ada ke? How much it costs? Saya dah try cari guna kiwi tapi it turn out no results found :( Rly hope to hear from you soon & thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tak pasti dear.. biasanya ade je direct flight :)

      Delete
  12. Maknanyr kat iran tak tido sana ke terus tggu untuk flight pegi istanbul ke?.. and tiket semua beli siap2 ek?

    ReplyDelete
  13. Salam missdae..missdae taw tak laman web naik train intercity di europe macam kiwi.com ?

    ReplyDelete
  14. Slm missdea, hotel tu book in advance ke?

    ReplyDelete
  15. Hi Sis..dekat airport Ika tu ada problem tak masa nak transit tu?ada minimum hours ke

    ReplyDelete
  16. Hi missdae..nak tnya.. custom utk every country tu smua ok ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Naik train atau flight lagi murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. both ada pros and cons. kalau ade promo flight better flight :)

      Delete
  18. Hey, thanks for sharing! nak tanya pembelian tiket kapal terbang semua dibuat di malaysia ke semasa perjalanan?

    ReplyDelete
  19. Akhirnyaaaaaaaa...... bru terbaca entry ni. Saya dh follow Misdae blog ni since mid last year, and melalui blog missdae jugalah saya dh succeeded pergi Korea awal tahun ni. tk sangka menjadi juga first time trip pg korea sgn mengikut sumber dr Missdae. Tq so much Missdae, moga Allah sentiasa murahkan rezeki kepada Missdae sekeluarga dan melimpahkan rahmatNya.

    Nk tnya Klu nk memandu kt eastern europe kena ada special pass ke atau boleh guna driving license dr Malaysia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah. Aminnnnn...

      Tak perlu special pass. Cukup sekadar lesen memandu Malaysia je :)

      Delete
  20. bestnyaaa..bole x next time nk join travel sama? hehe

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Nak tanya kalau kelua airport rome tu jauh ke nak jalan kaki untuk dapatkan bus ke metro?

    ReplyDelete
  22. Kenapa tehran ek? Kenapa tk instanbul straight? Maaf saya sgat newbie tk taw pape pun pasal flight ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kalau ke istanbul terus mahal dear. lagipun masa tu ada promo ke tehran hehe

      Delete
  23. salam misdae
    utk setiap multi flight tu harga flight inc baggage ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awk.. Mcm mne sy nk dptkan no fon awk? Sy nk tau lebih jelas tentang travel ni.. Please.. Maaf mganggu.. Xpon dapatkan nama FB pon da ok.. Nnt message dlm inbox je

      Delete
  24. Sejuk x kt ist grece rom n paris bukan jan?

    ReplyDelete
  25. cik miszdae, semua multiple flight tu cik beli siap2ke? atau cik beli dahulu tiket klia2-tehran (return) ?

    ReplyDelete
  26. share tiket metro kat paris tu mcmana ye? just masuk je 3 org lepas scan ticket?

    ReplyDelete
  27. Negara mana yg kita masuk akan cop pasport dan yg mana x ye.. Snb kalo xcop pasport mcm xbest plak,.. Souvenior huhu

    ReplyDelete
  28. salam, nak tanya, klu share bilik, ada lelaki sekali ke? klu ada mcm mn nk buat

    ReplyDelete
  29. Serious entry ni sangat membantu bagi yang tak tahu macam mana nak travel jauh tapi murah. thank you missdae, insyaAllah tak lama lagi saya akan ikut jejak missdae :D

    ReplyDelete
  30. Salam Miszdae,

    Nak tanya sikit, biasa nya beli tiket berapa bulan sebelum? kalau kl-tehran-kl je yg promo, lain tak susah jugak tu haha

    ReplyDelete
  31. Murahnya, btw knp x pergi swiss sekali?

    ReplyDelete
  32. Hi missdae
    Nak tanya hotel tu include breakfast tak?

    ReplyDelete
  33. herm.. tetiba rasa mcm boleh jadi idola pulak..

    ReplyDelete
  34. Aku Traveller gak dan Byk blog Travel aku baca. Kebanyakannya berangan, siap citer anak ko nangis la, ko suka mkn cheese lah... semua tu lantak mslh ko la. Tp yg ni (walaupun English dgn spelling error bagai), SANGAT MEMBANTU sebab byk info especially Tips and Expenses. TAHNIAH SGT2 and Thank you sgt2 for all info yang sgt BERGUNA

    ReplyDelete
  35. Info terbaik...hope dpt gi jg wlpun cara solo...guna cara missdae

    ReplyDelete
  36. Ticket ke transit ke europe tu beli sblm flight ke atau beli masa kat europe???

    ReplyDelete
  37. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  38. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  40. Assalam missdae, semasa check in dan check out iran ada syarat jarak masa tak? adakah perlu beri tahu imigresen dia bahawa selepas masuk kita akan keluar ke negara lain dan masuk balik untuk pulang ke KL

    ReplyDelete
  41. Total nak ke eropah sekali tiket kapal terbang anggaran berapa ye? Sbb sy nk gerak solo tapi taktahu bajet

    ReplyDelete
  42. lain kali kalau nak travel ajak lah saya sekali.. serius saya nak joint 😘

    ReplyDelete
  43. This blog is really informative. Please have a look at our website
    Europe tour packages. We would really be wanting you to be part of our travel agency, explore with us and then share such a great experience!!

    ReplyDelete
  44. Terima kasih berkongsi itinerary ini. Sangat menarik travel backpacker cik.

    ReplyDelete
  45. sis..boleh email saya details x? jack_adziha@yahoo.com

    ReplyDelete
  46. Salam sis.. Terbaik, info yang best ni utk pelancongan budget ke Europe. Hotel atau dorm budget tu, kebersihan ok tak? Sebab saya rasa bukan semua orang boleh accept.

    ReplyDelete
  47. Syok,Teringin nak cabar diri buat semua ni sorang2.

    ReplyDelete
  48. sekarang ni flight airasia mmg takdebuat dah ke klia ke tehran?

    ReplyDelete
  49. awsum itinerary very useful, please also upload such for Malaysia tour and it Malaysia Visa.

    ReplyDelete
  50. I really appreciate your efforts for this Article and wonderful Knowledge. I want to share with you all a useful source Best Things to do in Havelock Island

    ReplyDelete
  51. After study many of the websites for your website now, and I genuinely much like your technique for blogging. I bookmarked it to my bookmark website list and you will be checking back soon. Pls consider my web site likewise and let me know what you consider. 사설토토

    ReplyDelete
  52. 싹쓰리 유재석 신재은모델 배지현 메이저 토토사이트 연예인탈세 사다리안전공원 먹튀검증 놀이터추천 알라딘분석 키노사다리배팅 스피드뱃픽
    I recommend a Toto site that has been verified for safe use. 토토사이트 If you ask VIP Toto, I promise to recommend a safety playground. 안전토토사이트We promise to recommend the Toto site that is safer than anyone else, 토토 and please contact VIP Toto for a major safety playground that you can trust and use. 스포츠토토

    ReplyDelete
  53. Hi there mates, how is all, and what you would like to say concerning this
    article, in my view its truly awesome in favor of me.

    Look at my web-site; 강남안마

    ReplyDelete
  54. Are you a Tourist or a Businessman?. Well, to guarantee that your visa applications run well, you'll need to work with a respected visa service provider. UBL's visa services in Dubai can handle all of your business visa needs swiftly and affordably. Individuals and corporations can apply for Business visas, Investor visas, Employment visas, Family visas, Tourist visas, and Freelance visas. All you have to do now is select the appropriate visa for your needs.

    ReplyDelete
  55. Hello there! I just wish to offer you a big thumbs up for the excellent info you have got here on this post. 온라인카지노
    (mm)

    ReplyDelete
  56. Thank you so much for giving everyone such a splendid opportunity to discover important secrets from this site.

    We are leading as the dubai visa
    services in uk..

    ReplyDelete
  57. This part of Tokyo is lively as well, and another option for find out that here travelers who want a jam packed night of activity. The crowds and lights make Shinjuku a fascinating part of the city with restaurants, bars and shops that stay open late.

    ReplyDelete
  58. Very valuable information, It's not at all blogs that we find this. I was looking for something like that and found it here.
    If you are looking to buy laptop bagwith customised logo. Get connected with us for more details.

    ReplyDelete
  59. I have read your article. very useful for me เกมขึ้นยาน

    ReplyDelete
  60. hi hi... ada tak itinerary yg kalau cuma nak cover 5-6 country je. like London, Paris, Germany, etc

    ReplyDelete