Sunday, 12 March 2017

Backpack Europe : Rome, Italy

Assalamualaikum dan hi semua. Seperti yang dijanjikan semalam, post ini ialah sambungan bagi kisah saya di Eropah.

Again, nak tahu bajet saya dan itinerary saya sepanjang di Eropah, boleh ke link di bawah :


Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Harini, kita akan sambung destinasi ke Rome, Italy! Yahoo. Semasa dalam perangkaan itinerari, (ecewah), saya dan rakan saya telah buat kata sepakat untuk melawati Paris, (atas kehendak dia), dan Rome, atas kehendak saya. So kita give and take la kan dan dua destinasi ni wajib ada la. Hahaha

Jadi kami bertolak daripada Athens 6.55 pagi, dan tiba di Rome Airport Ciampino 8.15 pagi. Agak teruk juga lah landing RyanAir, berdentum gitu. Haha.




Setibanya di airport, ikut sahaja laluan yang disediakan untuk tiba di Arrivals.


Di bahagian arrivals, ada terdapat banyak kedai-kedai kecil untuk kita membeli tiket ke bandar. Jadi bolehlah pilih berdasarkan bajet anda. Tapi tujuan kita satu sahaja, untuk ke bandar, dan bagi saya, cara yang termurah ialah cara yang terbaik! Hahahaha



Ada yang menawarkan bas ke bandar dengan harga €4.90. Nampak macam murah dah, tapi kalau fikir convert, okay tak murah sangat. So kena cari lagi cara termurah! hahahaahah




So setelah di tanya, di survey, kami sepakat untuk membeli Roma Pass 48 hours for €28. Dengan adanya Roma Pass ni, kita boleh menaiki metro / bas / segala jenis public transport yang berjenama ATAC di seluruh Rome. Selain itu, pass ni juga cover 1 muzium secara percuma, dan kita boleh potong line juga sebab ada pintu masuk khas bagi pemegang Roma Pass. Bagi Roma Pass 72 Hours pula, anda boleh melawati 2 jenis muzium. 

Ini cadangan saya lah untuk gunakan Roma Pass ni :

Kalau Roma Pass 48 hours : 1 muzium : Pergi Collosseum
Kalau Roma Pass 72 hours : 2 muzium : Pergi Collosseum dan Vatican Museum

Tetapi, pass ini tidak cover untuk perjalanan dari airport ke bandar. Memandangkan ada pelbagai cara untuk ke bandar dari airport, antaranya ialah dengan menaiki bas, atau taxi, jadi cara paling murah yang kami dapati ialah untuk menaiki bas ke metro station terdekat.



Jadi, untuk menaiki bas tersebut, kami keluar dari airport dan kemudiannya berjalan ke kiri. Tunggu bas yang ada sign ANAGNINA (it is the name of a metro station). Naik bas tu ke metro dengan harga €1.20. Naik bas ni sampai last station, and that last station is the metro lah. Then anda boleh menggunakan Roma pass untuk naik metro for 'free'. Yela, maksud dia pass tu dah cover la metro, so kita boleh je keluar masuk metro sebanyak mana pun selama 48 jam!



Haaa murah gila kan. 1.20 je. Tak perlu amik bas €4.90 tu. Jimat duit weols. 


Jadi, inilah bas yang dinantikan. Ada perkataan Anagnina, iaitu nama metro station.

Anagnina Metro Station. Ini merupakan last stop bas tu ye! Jadi memang semua orang akan keluar di sini. Haha. Turun je tangga tu untuk ke metro station.



Metro di sini merupakan Line A. Jadi anda kena google dulu la siap-siap kalau nak pergi tempat tinggal korang dari sini macamana.


Yeay dah boleh guna Roma Pass 48 hours untuk menaiki Metro.



Dari Anagnina, kami ingin ke Termini Station kerana di situ sudah berdekatan dengan hostel kami.

Dah sampai. So kita ikut sahaja pintu exit.


Sebenarnya besar betul station ni. Siap ada kedai untuk shopping.


Dan tak lupa juga, ada FREE WIFI. Hahahaha. So kitorang google siap-siap cara nak ke hostel kami.


Bila di Europe, trust me, 9 minit berjalan tu takdelah jauh mana pun. Serious! Cuma mungkin sebab penat, dengan bawak backpack beratnya lagi, tu yang maybe rasa jauh. Tapi kalau jalan biasa-biasa je, tak rasa jauh pun. Hihi




Yeay dah sampai hostel. Hostel kami ialah Alessandro Palace. Cantik, dan besar untuk harga yang murah!




Sementara menunggu check in, saya pun macam biasalah, bersiar-siar dulu sekitar hostel untuk melihat apa yang menarik. Hostel ni ada kitchen! Akhirnya boleh masak nasi yang saya dah bawa dari Malaysia tu. Hahaha





Cantik betul kitchen dia. Cantik dan bersih. So semua peralatan dia boleh digunakan secara percuma. Jangan risau k!

Kemudian, kami pun ke bilik kami lah setelah urusan check in selesai. Ada lif tau nak naik bilik. Best betul hahaha



Jadi, inilah bilik kami. Biasalah bersepah sebab bercampur dengan pelbagai manusia. Ni kami ambil dorm 8 orang okay! Sebab tu murah. Hahaha



Kaki dah tak sabar sebab fikir banyak lagi masa, jadi, seterusnya misi kami ialah untuk ke...  Colosseum! Ya Allah tak sabarnya, tak sabarnya tak sabarnya masa tuuu.


Jadi untuk ke Colosseum, perlu menaiki Metro blue line. Dari hostel kami, amat berdekatan dengan metro blue line, dan ini station yang berlainan dengan station Termini okay! Alessandro Palace ni kira terletak di perantaraan dua Metro station la. Oren/ Merah dan biru.


Dari hostel kami, kami menaiki Metro daripada Laurentina station untuk ke Colosseum.

Laurentina --Metro blue line--> Colosseo

Haa, nama station pon dah senang je nak faham untuk ke Colosseo. Haha



Tahu tak, keluar-keluar je station Colosseo memang terus nampak Colosseum! Weh rasa nak menjerit excited je time tu, tapi yela cover la en. Haha



Bagi pemegang Roma Pass, sudah tentulah boleh potong queue daripada orang yang beli tiket biasa. Seriously, ramai gila umat manusia nak beli tiket ke Colosseum, so memang elok sangat lah kami ada Roma Pass siap-siap.


Special entrance for Roma Pass Holders.

Nampak tak betapa panjangnya line di sebelah kanan? Kitorang lalu sebelah kiri and boleh potonglah semua-semua orang ni. Untuk memasuki Colosseum, memang kena lalu kat security untuk scan bag semua lah. Coat pun kena buka. Antara barang di larang ialah segala jenis spray sebab dia takut orang buat vandalisme.


Akhirnya dapat masuk. So kita tengok sekali lalu jela apa yang ada dalam Colosseum okay! 

Apa itu Colosseum sebenarnya? Colosseum ni, pada zaman dahulu dijadikan sebagai tempat pertunjukan atau pertarungan di antara gladiator la. Gladiator ni kira sebagai orang yang bertarung. 

Menurut kisah yang saya baca di papan-papan yang disediakan, pertunjukan ini dibuat untuk orang-orang yang dah buat jenayah / kesalahan, dan kira ini cara menghukum diorang la. Tapi dah jadi seperti satu hiburan pula, dan lebih ramai yang join untuk bertarung bagi mendapatkan kemasyhuran la ketika itu.


Konsep dia, penjenayah itu dimasukkan di dalam gelanggang, dan kemudiannya haiwan-haiwan liar akan dilepaskan di dalam gelanggang juga. Jadi, manusia tu kena bertarunglah dengan haiwan tu, dan tengok siapa yang menang. Gambar di atas ialah berdasarkan movie The Gladiator.


So sebenarnya, tempat yang kita tengah lawati ini ialah tempat di mana ramai orang mati terkorban semasa pertarungan. Seram juga, tapi nasib baik takde terjumpa roh-roh yang tidak tenteram.



Rupa bentuk colosseum telah berubah kerana belakunya gemba bumi dan ada juga pencuri yang mencuri batu-batuan, jadi sebahagian daripada binaan ini telah musnah lah.



Ini gambaran semasa zaman dahulu, penonton yang tengah menonton aksi gladiators.



Sebenarnya, dalam Colosseum ini takde apa pun, lagi-lagi kalau kita tak ambil translator kan untuk ceritakan kisah-kisah di sini. So konklusinya, ambil jelah gambar puas-puas sampai kamera full. Hhahaha



Inilah Colosseum dari luar. Sekarang ni, kita nak menuju ke destinasi keterusnya, iaitu Palatine Hill, bersebalahan saje dari Colosseum. Jangan risau, sebab Palatine Hill ni kira satu tiket dengan Colosseum, so tak perlu beli-beli dah. Guna je Roma Pass.


So jom tengok apa yang best di Palatine Hill.






Menurut sejarah, Palatine Hill ni merupakan asal kerajaan Rome. Dikatakan orang yg tinggal di sini sejak 1000 BC lagi. Kalau ikut kisah dongeng diorang, Romulus dan Remus diselamatkan oleh seekor serigala dan kemudiannya dibesarkan di sini. Kemudian, ada sorang pengembala ni yg bernama Faustulud terjumpa diorang dan membesarkan diorang bersama isterinya la. Romulus ni bila dah besar, dia jadikan tempat ni sebagai kota Rome. Gituwww





Lol that boy. Ingatkan patung tadi. Hahahaha



Selepas ke Palatine Hill, kami pun berjalan ke Roman Forum, turut berada berdekatan dan menggunakan pass yang sama tanpa perlu beli tiket baru okay!



Roman Forum ini pula apa bendanya? Okay, tempat ini merupakan plaza lah pada zaman dahulu, yang dikelilingi oleh bangunan 'kerajaan' atau bangunan pemerintahan pada zaman ancient Rome dulu. Kira ni pusat kerajaan la ni, ibarat Putrajaya lah. Tempat ni, walaupun dah banyak kemusnahan, tapi memang sangat cantik! Pandai kerajaan dia jaga dan pelihara tempat ni.


Semasa kami nak keluar dari Roman Forum, tiba-tiba kami ternampak ada satu counter tiket la. Jadi, tips untuk anda, kalau korang tak ambil Roma Pass, dan cuma nak beli tiket ke Colosseum - Palatine Hill - Roman Forum, boleh beli di sini sebab di sini tak perlu beratur panjang. Harga € 12.

Di luar sini, ada lah tempat nak naik kuda. Kalau nak feeling-feeling boleh lah cuba. Harga tak berapa pasti berapa. Hihi


Ambil gambar for the last time, sebelum naik metro ke hostel. Haha cam sedih lak bunyi dia. So sekarang ni kita nak menuju ke Termini la sebab nak ke hostel.



So ikut je perkataan Termini tu, dan kena tengoklah dia yang kat side mana.

Menunggu keretapi


Tengoklah keretapi dia. Penuh dengan vandalisme. Hahaha. Cam kesian lak tengok, mesti pihak berkuasa dah tak tahu nak buat apa. 

Oh ye, nak cerita jela pengalaman pahit masa kat sini. Semasa tengah nak naik train tu, tengah sesak-sesak ramai orang, memang berhimpit la nak masuk train tu, saya nampak ada seorang perempuan ni cuba nak seluk bag saya. I was like What the? Memang nampak tangan dia tengah cuba-cuba nak seluk, tapi ALHAMDULILLAH masa tu bag tengah zip. 

Tengok muka dia relax je, tengah pandang depan macam tak buat pape, padahal tangan tengah buat kerja. Kalau ikutkan hati, rasa nak rentap je tangan dia, tapi tak tahulah masa tu panik kot macam tak terbuat apa-apa. Dahlah kat negara orang, nanti orang mesti backup dia kan sebab dia boleh gebang dengan bahasa dia. Alhamdulillah, bersyukur sangat Allah selamatkan la sebab masa tu bag tengah zip. 

Biasanya memang sorokkan handphone kat compartment lain, dan duit kat compartment lain, tapi masa tu tengah cas handphone dan letak di compartment zip utama la. Kalau dia seluk, memang terus dapat je fon i. Huuuu. Bila pandang je dia balik tengok dah lesap. Memang laju betul buat kerja, mesti hampa tak dapat apa-apa.

So moral of the story, dia target orang yang tak zip bag! So mesti kena zip bag okay!!! Memang berderau je darah masa tu. Cuak gila. Lepas tu lebih berhati-hati la. Memang akan pastikan bag sentiasa zip hahaha.


The next day, kita mulakan hari dengan bergambar di Termini station. Hahahaha. Okay2 harini kami join Free Walk Tour, sebab yela, nak rasai sendiri Free Walk atau nama lain dia Free Guided Tour ni camne, dan dalam masa yang sama, boleh mengenali Rome dengan lebih mendalam.

Boleh pergi ke website ini untuk join : 


Antara tempat yang di cover semasa guided tour ni ialah :

 • Spanish Square and Spanish Steps
Immaculate Conception Column
The house of Gian Lorenzo Bernini
Saint Andrew Church
Bernini’s Angels
The famous “Galleria”
Column of Marcus Aurelius
Prime Minister House
Temple of Hadrian
Pantheon
The Tomb of the Kings
Tomb of Raphael
Saint Ignatius Church
Andrea Pozzo’s Tromp l’oeil
Trevi Fountain

Tapi untuk pengetahuan anda, even dia kata free pun, maksud dia kena bagi tips la. hahaha




Tempat menunggu ialah di depan Spanish Steps. Boleh guna google map je untuk ke sini. Nama station dia ialah  Piazza di Spagna

Secara ringkasnya, Spanis Steps ni dibina pada tahun 1723-1725 untuk menghubungkan Trinità dei Monti church dan Spanish square di bawahnya ini. Terdapat 135 anak tangga, dan banyak movies telah difilemkan di sini. Antaranya Mission Impossible 3, dengan Angels and Demons. Hahaha


Di bawah Spanish Steps, terdapat fountain yang digelar "Fountain of the Old Boat” dan dikreditkan kepada Pietro Bernini, dan sebutnya nama Bernini, memang orang Rome akan mengenali beliau sebagai artis yang terkenal. Fountain ni berupa bot yang karam dan katanya dibuat berdasarkan lagenda. Selain itu, tujuan utama design bot karam dibuat ialah kerana Bernini nak mengatasi masalah teknikal la disebabkan oleh tekanan air yang kurang.


So, inilah tour guide kami yang akan guide kami. Hahaha. Dia ni sangat punctual! 9.30 sharp dia mulakan. Even ada yang lambat, dia reject. Wow, benda free je ni dan income dia berdasarkan tips, so lebih ramai lebih banyak la dapat tips, tapi apa dia kisah, sebab dia sangat mementingkan masa. Tabik!


Sekitar kawasan yang kami akan explore.


Semasa kami sedang berjalan, tiba2 guide kami menunjuk ke arah coffee shop ini, dan dia berkata bahawa coffee shop ni serve like the most expensive coffee di Rome! Harga 1 cup ialah 8 euro dan ada juga yang mencecah sehingga beratus ringgit. Sebab dia mahal? Coffee shop ni merupakan antara yang tertua di Rome, dan dibuka pada tahun 1760.


Masa ni, kedai pun belum buka, tapi boleh tengoklah dalam dia furnishing pon antik. 


Ini gambaran zaman dulu lah coffee shop. Menarik kan?

Berhampiran kedai itu, terdapat sebuah negara. Ye, apa yang uniknya tentang Rome, boleh ada tiga negara dalam satu negara. Vatican, Sovereign Military Order of Malta dan satu lagi tak ingat hahahaha. Di bawah ini, ialah negara yang bernama Sovereign Military Order of Malta. Tour guide kitorang siap suruh diri dekat gate, konon2 macam dah sampai negara lain la. Hahaha 



Another country lies within that gate.



Destinasi seterusnya within walking distance ialah Immaculate Conception Column dan katanya, di atas itu ialah gambaran Virgin Mary la. 


Di bawah virgin Mary tu, terdapat 4 statue, dan itu pula merupakan gambaran Isaac (nabi isa), David (nabi daud), Moses (nabi Musa), Ezekiel (not really sure) hihi.



Tour guide kitorang bagi soalan KBAT kan kitorang, dia cakap, agak-agak kat tangan Virgin Mary tu ada apa, dan macamana orang letak setinggi tu? Jawapan dia : Ahli bomba akan tukar kan setiap tahun sekali haha




Berdekatan ialah rumah fashion designer terkenal, Valentino. Pernah kan dengar jenama dia? Bawah ni rumah beliau.




Apa yang menariknya, di Rome, terdapat banyak fake windows, which is tingkap yang dicatkan. Hahahaha. Katanya tingkap ni melambangkan status la, lagi banyak tingkap, lagi kaya la kot. Tapi masalahnya, tingkap ni boleh kena cukai, so konklusinya, dorang cat je tingkap. Hahaha



Kami kemudiannya ke St. Andrew Church. Yela, dah dalam itinerari, kita hormat jela. Hihi


Kalau korang nak tahu, kereta-kereta ni sebenarnya, bukan kereta ye. Ini ialah scooter. Hahahaha comel kan. So tour guide kitorang kata, umur 14 pon boleh drive benda ni. Mula-mula cam pelik la, eh suka hatinya orang Rome ni, park kereta kat kawasan motor. Rupanya sebab ni scooter, so boleh la park kt kawasan scooter. Hahaha



Parking sebelah scooter. Comel je hahaha

Next destination is the Pantheon!



Jadi, ini merupakan Pantheon la. Dulu, tempat ini merupakan Roman Temple, tapi skarang dah jadi church. Kat sini, apa yang menariknya, even ada dome (kubah) pon, tapi boleh dapat rasakan titisan-titisan hujan (kalau hujan lah). Personally, saya takdelah rasa menarik sangat pun, tapi dah tu dia banggakan, kita pun "wahhh bestnyaaa" jela. Haha

Di sini, terletaknya kubur Raphael, salah seorang artis terhebat di Italy. Okay, mungkin nama dia kita macam blur-blur. So untuk bagi refresh, pernah kat tengok cerita Teenage Mutant Ninja Turtle? 


Nama diorang tu berdasarkan 4 artis italy yang famous :

Leonardo da Vinci
Michelangelo
Raphael
Donatello
Haaa, sekarang baru tahu kan? Hihi


Tomb of Raphael


Tak tahu nape, tapi saya asyik bayangkan Raphael dari cerita TMNT yang dalam kubur tu. Huuu.



Kami kemudiannya ke Saint Ignatius Church. Ini antara highlight tour ni la. Cuba tengok dalam gambar. Bumbung dia flat kan? Haa, church ini merupakan antara keajaiban la sebab mempunyai optical illusion yang terhebat di dunia! Apakah optical illusionnya?


Jom tengok di dalam church itu sendiri. Haaa, cuba tengok apa yang pelik? Perasan tak? Kalau tak perasan... Tadi kat luar flat je bumbung, tetibe ada kubah pulak dari dalam. Dan apa yang menariknya, kubah itu hanyalah lukisan semata-mata!


Nampak tak lukisan? Hebat kannnn.

Akhir sekali, trip kami ialah ke Trevi Fountain. Takde apa istimewa sangatlah, cuma cam amazed sebab air dia biru sebirunya. Hahaha



Make a wish and toss a coin! Hahahaha. Ini lah pengakhiran trip tour guide. Memang best. Berbaloi sangat join! 

Memandangkan masa masih panjang, so saya pun bercadang untuk ke Vatican City. Sebab memang dari dulu teringin nak tengok macamana Vatican ni. Tahu tak Vatican tu apa? Okay, Vatican ni macam ibarat Mekahla. Di mana orang-orang kristian berkumpul. Haaa gitu senang nak explain.


Cara untuk ke Vatican, boleh naik metro dari Barberini, kan ada tulis Fontana di Trevi, kira Trevi Fountain la tu, menuju ke Ottaviano station. Haa, nampakkan ada tulis Musei Vatican. Ke Vatican la tu. Heee


Kat sini, suasana orang cium-cium tu biasa. Jadi harap tutup mata la ye. Hahahaha


Dah sampai, so ikut je exit Ottaviano tu



Keluar dan jalan straight. Nanti akan nampak signboard Vatican Museum


Haa ikut je tu. Kalau nak tengok2 je boleh, free je. Kalau masuk museum dia yang kono baya.

Yeay, dah sampai Vatican City. Korang tahu tak Vatican city ni sebenarnya sebuah negara juga? Haaa pelikkan Rome, banyak betul negara dalam negara dia. hahaahaha


Jadi inilah Vatican city secara panorama. Besar!

Sebenarnya Vatican City tu takdo apo sangat pun. So lepas dah puas tengok-tengok, jalanlah ke kedai-kedai sekitar. Tetibe jumpa satu kedai pizza murah, pizza dan air €6 je, tapi sebab kongsi dua orang so €3 je. Yela, dah kalau datang Italy, takkan lah tak cuba pizza dia kan? Haha 




Sedap dan memang puas hati! Tak rugi cuba tau!

Lopeh dah konyang, hari pun dah nak malam, so macam better bergegas ke hostel la kot.


Tengah jalan-jalan eh tetibo ado pulak keychain murah-murah. Shopping, jangan tak shopping. hahahaha


Dari Vatican tu, kitorang then pergi ke Hard Rock Cafe Rome. Pergi pun sebab ramai mengirim. Haha. Nak ke sini boleh naik sampai station Barberini, dan boleh berjalan. Ala Google Map jela, sonang.







Antara baju-baju yang disediakan


Hari dah malam so it's time to go


Pulang semula ke Termini untuk ke hostel


Malam tu kitorang dah bersiap sedia untuk ke airport sebab tidur kt airport je senang. Flight pagi-pagi buta esok, so andainya kalau stay another night di hostel, 
1) kena bayar lagi semalam 
2) pagi-pagi dah kena keluar, camne nak cari transport? 

So better keluar je malam tu siap2, pastu tidur airport jela. Untuk ke airport, boleh naik metro sampai ke Anagnina Station (station yang masa mula-mula kita sampai Rome tu).


Dah sampai station Anagnina, cari bus stop number 1. Ni kena keluar dari station, dan berjalan jauh sikit. Senang, tunjuk je gambar ni kat orang-orang sana, in sha Allah diorang boleh tolong.


Jadual bas. Masa tu kami tengah menunggu bas terakhir. Agak seram okay! Yela seram sebab takut terlepas bas, dah takde bas lain dah huhuhu.

Akhirnya bas yang berharga € 1.20 sampai. Itu pun cuak jugak. Takut bas yang mahal lak sampai. Hahaha

Alhamdulillah, sampai akhirnya ke airport Ciampino.


Ingatkan dah boleh tidur dengan aman la kan....



Rupanya.... Airport tu tutup dari 12.30 - 4.30 pagi. Jadi beramai-ramai tidur di luar airport. Kena ingat ye, ni musim sejuk. Dan sejuk dia tu sampai ke tulang. Peh memang pengalaman. Dengan tak ada toilet diluar satu hal. Terpaksa lah tahan kalau nak ter ter ter tu. Seksa weh seksa tapi asalkan free. Hahaaha. Takpela, pengalaman ni berharga. Tak cuba tak tahu. Hahaha





Dah pukul 4.30 tu, pintu bukak je terus berlari ke toilet. Hahahahahaah. Okay pastu jakun sebab smart paip dia. Pengering tangan dan soap pun touch je. Smart! So itu jela konklusinya.

Review airport Ciampino :

Pros
Staff baik

Cons
Tutup time malam

So in Rome :

Expanses 
€1.20 bus to metro
€ 28 Roma pass 48 hours
€3 margarita pizza
€2 hostel tax
€1.20 bus from metro to airport

Total = € 35.20

Hostel RM 45

4 comments:

  1. missdae , masa tu bg tip dekat tour guide tu brape ? he3

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. saya nk tnya. Roma pass tu kalau beli satu boleh kongsi 4 org ke ?

    ReplyDelete
  3. maaf, saya nak tanya keychain tu jual kat area mana ye? terima kasih

    ReplyDelete
  4. Pleasant to be going by your web journal once more, it has been months for me. Well this article i've been sat tight for so long. I require this article to finish my task in the school, and it has same theme with your article. Much obliged, incredible offer. https://mycatbackpack.com/

    ReplyDelete