Thursday 13 April 2017

Backpack Europe : Paris, France


Assalamualaikum dan hi semua.

Again, nak tahu bajet saya dan itinerary saya sepanjang di Eropah, boleh ke link di bawah :


Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Agak berat hati juga sebenarnya nak meninggalkan Amsterdam sebab best gila Amsterdam, tenang je. Okay rasa nak migrate situla. Boleh tak? Hahaha. Tapi yela, it's time to move on so our next destination which is gonna be Paris!!

Jujurnya, bila cakap pasal Paris, saya takdela excited sangat sebab dah pernah pergi a few times back then. Ada pergi masa kecil, ada juga pergi masa besar, tapi takpela, ok je visit balik haha.


Tunjuk gambar masa kecik jela, gambar dah besar maleh la, maluuu. Hahahaha


Dari Amsterdam ke Paris, flight kami cuma berharga RM 157.63 dan penerbangan mengambil masa satu jam sahaja.

.
Setibanya di airport, oh ye, kami turun di Orly Airport, sila google terlebih dahulu destinasi anda menggunakan Wifi airport. Destinasi kami ialah ke hotel kerana ingin meletakkan barang-barang terlebih dahulu. 
Carilah signboard 'Tramway' untuk ke pusat bandar sekiranya anda tidak mahu menaiku bus atau teksi.
Ikut sahaja signboard yang dinyatakan
Nanti akan tiba di luar begini. Jangan takut kerana inilah tramway mereka. 

Hasil google, cara untuk ke hostel kami ialah dengan menuju ke Villejuif Louis Aragon. Tetapi untuk pengetahuan anda, Villejuif Louis Aragon merupakan metro station, dan lebih mudah untuk ke pusat bandar dari situ. 



Di tepi ni, memang ada tersedia mesin membeli tiket. Jujurnya memang tak faham walaupun ada bahasa Inggeris yang disediakan. Mula-mula nak beli day pass la en, tapi banyak menggunakan term 'zone 1,2,3,4,5,6' and we were like aduhhhh mana lah tahu kita nak pergi zone mana.


Sebab ada orang-orang Melayu yang dah pergi ke Paris, dan diorang yang bagi tips cakap 'beli je satu ticket and masuk ramai-ramai'. Kitorang mula-mula macam tak faham la, sebab fikir macam oh boleh eh buat macam tu? Yela, kat Istanbul kan boleh kongsi 3 orang untuk 1 kad, so maybe Paris pun macam tu la agaknya.

Jadi kitorang pon beli one way tiket yang berharga €1.90 di kongsi berdua and took tram to Metro Villejuif Louis Aragon 



Cantik tram dia.




Hasil google cara ke hostel.

Airport ---- tramway ------> Villejouif Louis Aragon 

Villejouif Louis Aragon ---- take metro -----> Chatelet 

Chatelet ------ change metro -----> Belleville


Tiba di Villejuif Louis Aragon yang juga merupakan metro station, dan kena beli tiket metro yang baru untuk ke metro station yang bernama Chatelet. Kami buat sama seperti di atas, beli €1.90  (share 2 people). Stop at Belleville.


Jangan risau, dalam train pun ada map dia.


Emm, KTM kita lagi cantik kot..


Sortie tu maksud dia exit. Dah tiba di Chatelet, kena tukar metro untuk ke Belleville. Yang ni tak perlu beli tiket baru sebab tak keluar dari station. Cuma tukar metro line lain je.




Okay sampai ke escalator pon ada vandalisme. Haha kreatif orang Paris ni. Hahaha

Keluar je dari station, jalan straight dalam 200m dan belok kiri, akan jumpa hostel kami.





Harga semalam RM 50 untuk seorang. 

Dah letak bag tu, tak mau duduk lama-lama sebab kita nak ke destinasi seterusnya which is Eiffel tower! Haha 


So nak ke Eiffel tower, take metro to a station nama 
"Bir Hakeim - Tour Eiffel" di line 6 



Ini stationnya..


Keluar je station, and akan nampak signboard 'Tour Eiffel' tu ke kanan. Ikut je signboard tu..


Gambar ni cerah sikit. Hehehe. Nampak kann signboard tu?


Jalan dan jalan. Ada la around 5 minit berjalan. Haha. Tak payah ikut signboard signboard dh, u tengok je Eiffel tower tu, memang nampak je, and jalan ke arah dia hahaha



Semakin hampir..


Tadaaa dah sampai. Okay nak masuk sini, tak perlu bayar pun, cuma sebelum masuk ada security check la, so kena buka winter coat and then dia nak tengok dalam bag u. Tu je




Cuma tak berapa best sebab garden dia tengah maintenance pastu ada gate sekitar dia. kacau tau nak posing. Hahahaha




So terpaksa ketepi sikit untuk tak nampak gate. Hahaha



If you nak pergi Arc De Triomphe, and tempat-tempat lain, boleh je, naik metro je boleh sampai dah. Tapi, yela sebab saya dah pernah cover tempat-tempat ni, so rasa macam malas nak pergi lagi. My friend pun tak berminat nak pergi tempat lain sebab dia memang nak tengok Eiffel tower. Haha

Maklumlah, hari-hari terakhir di Eropah ni, dah rasa malas sikit nak jalan. Haha


Lepas tu, kitorang pergi makan kebab tapi makan nearby our hostel sebab tak jumpa halal restaurants nearby Eiffel tower. Tanya-tanya orang yang Islam and pakai tudung, diorang pun tak tahu sebab diorang pun tourists! Haha!

Then kitorang adela jalan around Paris, tapi masa tu dah tak bergambar sangat. Haha. So to cut short, kite straight to how to go to the airport la k. Hahaha

Bawah ini ialah directions untuk AIRPORT ORLY sahaja


So our hostel kan berada di Belleville, so take metro dari Belleville ke Chatelet, €1,90. Haa lupa nak tulis. Kalau malaysia, RM 1.50 bermaksud seringgit lima puluh sen la kan, ada titik. Depa ni guna koma sebagai pengganti titik tu.

Usually €1.90 kan? Ni depa guna €1,90 
Tapi maksud dia samo jo. Haaaa camtu


Dari Chatelet, change metro to Villejuif Louis Aragon. So korang tak kira la hostel terletak kat mana-mana pun, tp kalau nak naik train, boleh turun di Villejuif Louis Aragon.


Villejuif Louis Aragon hujung sekali, so kalau tertidur pon takpa. Hahaha


Dah sampai station ni, keluar je pintu untuk tunggu tram pula.


Tunggu at the other side. 



Okay so that's our train. So kejar! kejarrrrrr!



Akhirnya sampai di Airport Orly.


Lintas jalan and dah sampai..



Ikut je menuju terminal tu




Goodbye Paris... Di bawah ini ialah pengiraan transport dan perbelanjaan di sana :

⚜️PARIS, FRANCE

€1.90 bought one way ticket and took tram to Metro Villejuif Louis Aragon (share 2 people)

€1.90 arrived at metro station and take metro to chatelet  
 (share 2 people). Stop at Belleville

€1.90 take metro and change to line 6 (share 
           two people). At line 6, stop at Bir Hakeim 
           for Eiffel tower
€1.90 take metro line 6 and change to line 2 at 
           Charles de guille etoile
€1.90 take metro 2 from belle ville to chatelet 
           (2 pax). Change metro from chatelet to 
           Vellejuif Louis Aragon
€1.90 take tram from Vellejuif Louis Aragon to  
           Orly airport. Almost two hours trip from 
           metro to the airport (share two people)

Total transport for one person : €5.70
Lunch = €7 (€5.50 kebab with fries, €1.50 coke)

Total = €12.70

Peringatan, apa kami buat ini, anda tak perlu ikut. Untuk lebih selamat, beli tiket untuk diri anda sendiri dan tak perlu berkongsi dua okay? Hihi


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :


2 comments:

  1. HI MISZDAE, MCM MANA YOU ADJUST MASA UNTUK KE AIRPORT DARI SETIAP SATU TMPT TU? TRAIN TU SETIAP MASA ADA KE OR MCM MANA?

    ReplyDelete
  2. Kudos to your place together with terrific hints.. quite possibly That i at the learn here today same time are convinced labor is certainly a very powerful aspect of becoming results.

    ReplyDelete