Tuesday, 18 April 2017

Backpack Europe : Tehran, Iran


Assalamualaikum dan hi semua.

Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :





Alhamdulilah, harini merupakan hari terakhir Europe trip. Kami sudah pun tiba di Imam Khomeini International Airport. Flight kami ke Malaysia ialah pada malam, dan kami tiba dari Paris pula pagi-pagi buta. Hahahahaha. 

Orang selalu tanya, perlu ke visa untuk ke Tehran, Iran? Perlu ke Insurans untuk ke Tehran? First thing nak clearkan di sini, ORANG MALAYSIA NAK MASUK IRAN TAK PERLU VISA, TAK PERLU INSURANCE! Saya tak buat semua tu, dan bila tanya orang lain pun diorang tak buat, and tiada masalah apa-apa, so jangan risau.


Dah clear tu, so benda apa seterusnya perlu buat? Tukar duit of course! Perut dah lapar sebenarnya pastu sebab Tehran guna kan duit rial (bukan rial saudi, tapi rial iran). Dekat airport, tingkat atas tu ada money changer.

Rate dia €10 is equal to 417,000 rial. So tukar €20 and sepatutnya dapat 834,000 rial la kan? Tapi bila kira-kira, total saya dapat 830,000 rial je. Nasib saya dan Eira jenis kira duit betul-betul depan dia and tetibe kitorang macam perasan, eh apasal tak cukup.

I ape lagi, memang cakap je kat dia, ni tak cukup ni. Pastu tunjuk kat board yang tulis rate harga, dan tekan di kalkulator berapa patut saya dapat. Pastu orang tu cakap la, 4000 rial itu nilai dia sikit sangat. Eh tak kisahlah sikit ke tak, tapi kalau ko buat camtu kat semua orang, kaya raya kot kau. Pastu akhirnya dapat juga 4000 rial tu. So tips : Kira duit depan dia and tuntut!




Kitorang masa landing tu ada jumpa beberapa orang Melayu yang sama penerbangan dengan kami, so kitorang pun makan la sama-sama. Tengah makan tu, kitorang suruh la diorang cek duit diorang, and bila kira-kira, memang dorang pun kekurangan 2000 rial untuk setiap €10! Tak kisah la, maybe some rasa ala setakat 10 sen je tak payah berkira la. It's not actually about berkira or not, tapi soal kejujuran..




Masa nak order tu tengok menu harga dia 40100 je macam wowww murahnyaaa. Aku kayaaaaa. Tapi bila bayar tetibe cashier cakap 401000 rial. Kityang korang terkejut gila sebab ada penambahan '0' di belakang. Ishhh dahla masa tukar duit tu hampir kena tipu, takkan nak kena tipu lagi kot.. 

Rupanya cashier explain, dalam menu tu dalam duit diorang Toman, yang kitorang tukar semua dalam duit rial. Kisahnya :


401000 rial = 40100 Toman. 


Dalam kata lain, duit Toman ni digunakan untuk pergi pasar-pasar or kegunaan harian. Then apa gunanya money changer bagi rial. LOL.


Lepas dah makan tu, kami pun plan nak berjalan lah di Tehran kan. Takkan nak duduk seharian di airport. Tahu tak, yang tiada bas / train yang disediakan pun dari airport. Alahai. Nasib kitorang dah jumpa sesama Melayu and kumpul-kumpul dalam 10 orang. 





So kitorang sewa shuttle bus untuk hantarkan ke train station terdekat dan untuk ambil kami balik nanti dari train station tu. Sebab apa ke train station? Sebab lebih murah berbanding nak suruh hantar ke bandar terus. Haha.. Jadi kita nak tengok apa yang menarik di Tehran dan saje nak jalan-jalan di Tehran.



Bag letak kat dalam van je. Seorang bayar 80,000 rial untuk pergi balik ke metro Haram Eh Motahar. 






Perjalanan bermula. Tehran ni ya Allah, cantik gilaaaaaaaa. Kiri kanan gunung bersalji.






Selamba je jual bunga kat Highway. Hahaha. 






Okay so ini lah train station yang terdekat dengan airport. Dalam 15 - 20 minit macam tu je.



Ni number taxi jumbo driver kitorang yang sangat sangat boleh dipercayai. Boleh call 09123807198 untuk gunakan perkhidmatan dia. 








Kitorang beli tiket ke metro to panzdah e khordad 7000 rial















Nampak tu Haram e- Motahhar. Haa tu station kita tadi.  Yang Imam Khomeini International Airport tu dusta, tak siap lagipun sebenarnya.




So turun di Panzdah -e Khordad untuk pergi pasar dia. Hihi






Bila orang Malaysia bergabung di Tehran. Padahal masing-masing tak kenal. The power of travelling, boleh buat kawan.




Suasana pasar dia. Agak sibuk. Make sure jaga bag tu, takut kena curi apa-apa je.





Sebelum terus kena tipu, kitorang dah siap-siap tulis list harga duit rial ke duit Malaysia. Hahaha




Macam-macam kacang ada. Dan murah sebab diorang ni kan takde banyak tourist. So target diorang memang untuk penduduk diorang.



Jus dia fresh weh. Sedappppp







Semua makanan dia sedap-sedappppp.




Destinasi kami ialah nak ke Reza Great Bazaar, tapi sepanjang perjalanan macam-macam pulak makanan. Best!





Alahai ada kebab pulakkk. Ada 2 pendapat, satu cakap daging yang disembelih syiah boleh dimakan, satu lagi cakap haram. Ikutlah kepercayaan korang yang mana satu.




Masuk di dalam bazaar ni, macam takde apa sangat pun. Or maybe kitorang tak habis explore.






Kreatif!

Lepas dah berjalan sakan, makan macam-macam, kitorang pun ke destinasi seterusnya, AZADI TOWER!



Masa baca magazine Air Asia ternampak ni, so katanya ini antara tugu yang melambangkan Tehran la. 





Untuk ke Azadi, dia line kuning. Station pasar tadi, Panzhah e- Khordad, pergi ke Shademan, dan tukar ke line kuning. 


Panzhah e Khordad --------> Shademan

Shademan -------> Meydan-e Azadi

Oh ye, masa ni kitorang kan dah minum dan makan macam-macam, so dah tak tahan, cari lah toilet kat Metro tu. Tetibe pekerja dia bagi masuk toilet yang di dalam train station, pastu cakap lah yang tak bayar lagi kan, pastu dia cakap takpe-takpe, jadi tak perlu bayar tiket. Huhu baik pulak diorang ni. Maybe excited dapat pelancong kot.





Senang je nak faham metro dia ni, sebab dia guna warna dan papan tanda dia pun berwarna sama ikut line.




Masa ni kitorang ada terjumpa seorang remaja Iran, bernama Umar kot. Humma? Umar? Oma? ke Muhammad. Rasanya Muhammad. Hahaha Tak pasti lah tapi lebih kurang haahahhaah. Dia cakap dia berminat nak ke Malaysia sebab nak belajar di UIA. Jadi dia volunteer nak bawakan kitorang ke Azadi Tower. Wah bagusssss








Turun di Meydan-e Azadi




Kat sini sejuk gilaaa, dan cantikkk. Gunung ganang penuh kiri kanan. 





Ala gunung ganang ditutup oleh awan yang tebal...


Tadaaaa Azadi Tower.

Serba sedikit sejarah Azadi Tower ni :

Pada tahun 1960, Iran menjadi pengeksport utama minyak, dan dengan menggunakan kekayaan yang baru ditemui itu, Shah Mohammad Reza Pahlavi melancarkan program untuk memodenkan perindustrian negara. Pada tahun 1966, arkitek Hossein Amanat memenangi pertandingan untuk mereka bentuk bangunan itu. Beliau menggabungkan unsur-unsur seni bina Sassanid dan Achaemenid era dengan seni bina Iran pasca-Islam. 



Some of us..








Cantik sangat Tehran ni sebenarnya




Destinasi seterusnya ialah untuk ke Masjid dia. Saje nak tengok perbezaan masjid Sunni dengan Syiah. Hahahaha. Sambil berjalan tu, saya tanya Muhammad :

"Why do you have that little rock when you pray?"

"It symbolises that we sujud to the earth"

"But you can just do it without the rock?"

"I don't know, but we've been doing that all along"

Lepas tu saya tanya lagi :

"What do you understand about the 12 imam?"
"Why are there so many wall frame of Ali and Allah sold in the market instead of Muhammad and Allah"

Pastu dah tak faham apa dia explain sebab rasa dia pun confuse dengan explanation dia.








Nak pergi masjid dia cantik betul dapat lalu kat taman-taman dia. Negara dia lagi bersih dari Malaysia okay!




Sampai je di masjid, tengok-tengok tutup pula. Dari Azadi tower tu memang boleh nampak and boleh jalan kaki je.




Oklah takde apa sangat nak buat, hari pun dah nak petang, so kitorang pun menuju ke metro semula untuk ke airport.







Metro Meydan e-Azadi ------> Haram e- Motahar dalam 7000 rial juga kalau tak silap






Jadi inilah Muhammad. Dia tolong call kan pakcik shuttle bus tadi tu and kitorang tunggu je dia datang. Kitorang semua tongtong duit bagi kat Muhammad, even dia tak minta, tapi jauh kot dia berjalan, bawa kitorang. Hahaha. Pastu masa bagi tu dia hampir nak nangis sebab terharu! Sedih gila tengok time tuuuu.

Sampai di airport, duit banyak lagi, so habiskan duit dengan makan. Hahahaha. Oh ye nak cerita satu lagi, lepas kitorang makan tu, I pun pergi toilet. Tapi bila balik tu tetibe tengok salah seorang kawan melayu kita dah bergaduh dengan cashier kedai makan. Kitorang cam hey hey what's going on.

Rupanya ada cashier perempuan tuduh dia tak bayar makanan yang dia order. Pastu dia bengang la cakap aku dah bayar la! Dengan broken English nya cuba sedaya upaya explain. So I pon interfere la, explain elok-elok kat dua orang cashier terangkan yang dia dah bayar. Sebab ramai saksi pun. 

Then I cakap kat cashier laki tu, "it's not fair for you to accuse him when he has already paid. What if it happens to you. Would you like it when people accuse you when you already paid for something??"


Pastu tetibe dia "Yes, yes, I understand. I know he has paid, but the girl said that he did not pay" (Pastu buat muka letih dengan cashier perempuan tu). Cashier perempuan tu pulak asyik maki-maki cakap nak report police. Pastu yang kawan kitorang tu dah bengang dia cakap "Okay, let's go, you have CCTV, now let's see if I have paid or not!"

Bila sebut CCTV tu pompan tu cam dah gelabah. Kitorang pun pergi ke pejabat polis dalam airport. Polis tu cakap akan kena hukuman kalau memang terbukti. Bila cek punya cek CCTV footage tu, memang sah kawan kitorang bayar. Perempuan tu tak puas hati dia pergi tuduh cakap tak bayar benda lain pulak.

Last-last tu, masing-masing dah bertekak jerit-jerit maki-maki. Polis tak buat apa pun, dia lari dulu. Tak guna punya polis. Hahahahahaha. Akhir sekali ada salah seorang dari kitorang Melayu ni hentak meja pastu cakap "If you want the money, TAKE IT! BUT ANSWER TO GOD!" Pastu kitorang semua keluar je dari restoran tu.

Jadi konklusinya, berhati-hatilah di Tehran. Kemungkinan untuk ditipu banyak. Tapi tak dapat dinafikan memang ramai jugak Iranian yang baik. 

Jadi setakat itu sahaja perkongsian saya di eropah. Sekarang sudah tiba masanya untuk pulang ke tanah air ku.


BUDGET IN TEHRAN, IRAN

Change €20 and got 834,000 rial 
(€10 is equal to 417,000 rial)

Eat at airport for 401000 rial
Take return shuttle bus to 80,000 rial to metro haram eh motahar 

Balance, finish it at airport.


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :


10 comments:

  1. Salam, ayah saya memang berminat nak melancong ke Iran tetapi takut akan hubungan tegang orang Sunnah dengan Syiah. Apa pendapat akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je so far sepanjang di sana. Tiada masalah syiah or sunni. In sha allah, Allah lindung ayah awak :)

      Delete
  2. as salam sis..kalau ada rezeki utk akk ke eropah akk akan rujuk entry sis nih..tq sharing

    ReplyDelete
  3. Assalam Dear. Kalau nak travel lg boleh akak join tak? Tak ramai sebenarnya gugirl yg berani & budget giler2 cam korang ni. Akak dah berbagpacker ke Osaka & Tokyo, Busan, Jogyakarta, Phuket dan Sydney. Tp tak pernah tulis blog lg lah.. hehehe
    Boleh contact fb akak : Halimah Omar

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya ingt lagi tak nama kedai makan yg tuduh kawan u tak bayar lagi. sbb i ada trip ke iran next year 2018, and if posibble i nak elakkan pergi ke kedai tu. tq missdae your journey to europe inspired me a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. we will travel To Iran by end of april 2018.. if you go first..can you share any info with me gjasulaiman@gmail.com
      Tq

      Delete
    2. wassalam dear. chicken ape tah nama dia tak ingat huhu. tapi memang satu restoran tu je dear

      Delete
  5. jikalau sesiapa berminat dengan iran boleh dapatkan pakej daripada kami dari jam travel untuk pakej yang murah dan berbaloi termasuk dengan ticket flight.....

    www.jamtraveltour.com

    ReplyDelete