Wednesday 26 April 2017

Jogjakarta Trip Day 1 : Taman Sari, Kalibiru, Borobudur

Assalamualaikum dan hi semua. 

Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Jogjakarta Indonesia. Apa yang boleh saya katakan tentang Jogjakarta ialah.... Best! Best! Sangat recommended! Bajet All in RM 688 termasuk tiket penerbangan pergi balik. Kalau tak termasuk, total cuma RM 438 jeeeee.

Kami bertolak ke KLIA 2 pada pukul 4 pagi kerana flight kami pada pukul 0630 pagi. 

Ingat tak baru-baru ni Air Asia ada buat notis yang mengatakan bag hiking perlu di check in, dan sebarang bag yang lebih dari 7kg pun perlu di check in. Tetapi apa yang kami lihat ialah, tiada sebarang perubahan pun. Ramai je bawa bag hiking, siap ada saiz 60L, relax je hahaha

So semasa dah di immigration, kami guna autogate je, tiba-tiba one of my friend tak lepas. Pergi beratur lagi sekali pulak untuk immigration secara manual haha. Rupanya sebab PTPTN tak lepas. Pegawai tu cakap, awak kena blacklist ni, tak lepas ni nak pergi.

Pastu kitorang dah panik, tanya lah apa nak buat. Pastu dia suruh pergi ke booth PTPTN kat tingkat atas. Kitorang yang bertiga ni dah lepas, tak sampai hati la kan, trip bersama kan. So saya pun teman kawan saya tu pergi kaunter kat atas. 


Nampak kan ada escalator, haa naik situ je.


Pegawai PTPTN tu cakap, baki dia ada lagi around RM 8000, kalau nak fly ke luar negara, kena bayar at least separuh. We were like oh my god. Macamana niiii. Pastu discuss punya discuss, sebab sekarang ni kalau ada pun, RM 1500 je, so dia cakap ok, boleh bayar RM 1500 je dulu, and dia akan dapat perlepasan sementara. Allahu, takutnyaaa. Nasib saya takde hutang dengan PTPTN. 


Ni gambar ambil dari google je sebab masa tengah settle kan tu takut nak ambil gambar. Hahaha. Tapi kaunternya camni lah rupanya.

Dah settle bayar RM 1500, jam dah pukul 0610, so ape lagi, berlari la ke gate. Nasib dapat potong queue sebab dia memang kata dah settle tu tak perlu beratur, terus jumpa dia je and then lepas.  Alhamdulillah syukur!!


Alhamdulillah, nasib tak tertinggal flight. Hahaha. Cantik sangat waktu sunrise. SubhannaAllah



Perjalanan ambil masa lebih kurang dua jam je. Tadaaaa dah sampai Jogja. Tapi nak landing punya la lama, dia terpaksa berlegar-legar dulu di udara sebab runaway airport Jogja kecil je, so kena tunggu turn.




Sepatutnya sampai pukul 830 kalau ikut itinerari, tapi delay so sampai pukul 9. Sampai-sampai je, supir kami, Mas Den Yana dah tunggu. Rupanya dia dah tunggu dari pukul 8. Kesian. Huhu.

Saya tahu tentang dia dari group Backpackers Buddies Malaysia. Rate dia bagi 450000 IDR untuk satu kereta, satu hari, including free ambil dan hantar ke airport dan free parking. Sebab ada supir yang parking pun kita kena bayar. Tapi dengan Mas Yana, semua dah included. 

Dari airport, kami ke Taman Sari, yang terletak 10 minit je dari airport. Baru masuk kereta dah sampai la ceritanya. Hahaha


Entrance fee Taman Sari ni 15000 IDR.


Expectation



Reality *Hahahaha

Taman Sari ni dikenali sebagai Istana Air Taman Sari, dan juga merupakan 'royal garden' untuk sultan-sultan di Jogjakarta. Di bina pada tahun ke 18, Taman Sari mempunyai pelbagai fungsi, dan antaranya ialah; tempat berehat, tempat meditasi, benteng pertahanan, dan juga tempat persembunyian.



Sekilas lalu Taman Sari. Cantik, but takde banyak info yang boleh di baca so tak tahu sangat tentang apa. Tapi boleh la nak bergambar-gambar.




All Whites haha



Comel je anak-anak Indonesia


Berdekatan, ada orang tengah mencanting batik. (Is that the correct word?) Pastu Nisah nak la ambil gambar dengan dia. Pastu dia bagi la tools tu sebagai props. Tengah bergambar-gambar tu, tetibe dia cakap, nak ambil gambar ni kena bayar ye, 10000 IDR. We were like, ceh, awal-awal tadi taknak cakap hahahaha.


Muka tengah menanti duit vs. Muka tak puas hati kena bayar 


Untuk ke tangga-tangga hipster tu (lol), kena lalu jalan-jalan kampung ni. Boleh tunjuk gambar kat orang kalau tak tahu







Ha ini lah tangga hipster yang dikatakan itu. Hahaha lol. But untuk pengetahuan anda, ini juga merupakan masjid bawah tanah pada zaman dahulu. Selain berfungsi sebagai masjid tanah, tempat ni juga merupakan benteng pertahan dan tempat berlindung dari matahari yang terik dan bahang itu (okay the second one ni I yang add sendiri huhu)





So keluar je dari masjid tanah, ada macam-macam mural di luar. Cantikkkk. Tapi seriously, Jogja sangat panas. Memang berpeluh-peluh, ketibas semua lahh. Pakai sunblock banyak-banyak k!

Perut dah lapar, mas pun bawa kami makan ke restoran ala-ala KFC tapi versi Indonesia. Haha. Nama restoran ni Olive Fried Chicken


Tengok harga dia, tergelak juga, sebab murah gila! Bestnya kalau Malaysia macamtuuuu. Tiba-tiba Mas kata takpe, dia belanja. We were like baiknyaaaaaa massssss




Satu set ni berharga RM 3.37. Murahh 
(patutlah mas belanja. Hoho)

Pukul 12.40 kami bertolak dari kedai makan tu untuk menuju ke Kalibiru. Jalan dia agak haru biru sikit, memang bumpy ride so hold on tight k. Nak ke kalibiru, kena naik bukit, so ada yang berturap, ada yang tak, so agak melambung-lambung juga la. Hahaha. 


Pukul 13.40, kami tiba di tempat parking Kalibiru. Haha


Belum sampai lagi ye. Kena jalan kaki naik bukit tu ha!


Harga tiket masuk 5000 IDR je


Kena berjalan sikit laaaaa


Kat Kalibiru ni, ada banyak la spot nak ambil gambar. Harga pun berbeza-beza. Antara spot famous ialah :

Spot High Rope Game 35000 IDR
Spot Panggung 15000 IDR
Spot Bundar 15000 IDR
Spot 1 15000 IDR

Yang kurang famous sikit :

Spot 2 10000 IDR
Spot 3 10000 IDR


Ini spot panggung



Kena memanjat sikit la untuk bergambar macam tu. Siapa gayat, kena cuba beranikan diri hahaha





Kitorang sebenarnya nak ambil dekat spot bundar tapi masa tu dia tutup pulak untuk berehat. Kita dahla mengejar masa, so fikir punya fikir, kitorang bersatu hati pilih nak bergambar di spot 2 je. Sebab tu je yang buka, di samping spot panggung




Dia memang akan tawarkan lah bergambar dengan kamera dia, so alang-alang tu pakai jela, sebab gambar dia lagi cantik en. Harga sekeping gambar ialah 5000 IDR, dan perlu ambil minimum 4 keping gambar okay! So saya pun ambil la 4 keping, total 20000 IDR.

Di sebabkan I bayar 20000 IDR, jadi nak post semua 4 gambar kat sini, baru berbaloi. Hahahaha. (Bunyi 20000 IDR macam banyak je, padahal RM 6.73 je untuk 4 gambar. 







So beginila rupanya dari atas. Haha


Sebelum tu nak ucapkan, terima kasih Samurai Wifi sebab sponser untuk trip kali ni. Best, even atas bukit pun ada line internet! Sangat convenient, sangat mudah. Bila kitorang dah siap, boleh mesej je supir suru get ready, kami dah nak turun. Boleh book online di visondata.com.my. Rate dia pun sangat berpatutan!!!

Dari Kalibiru, kami pun menuruni bukit, untuk ke Borobudur pula. Kami tiba di Borobudur pukul 4 petang. Acah-acah nak sunset la kat Borobudur.



Harga tiket Borobudur untuk dewasa ialah 260000 IDR
Kalau ada student card 130000 IDR

Nasiblah I bawak student card. Dia ada cek juga, nak cek result la, cek portal la, macam-macam. Sebab dia nak pastikan yang kita ni memang student. Alhamdulillah dapat harga student.


Elok je lepas bayar tiket dan masa dalam perjalanan untuk ke candi, tiba-tiba langit dah gelap. Wakduhhh janganlaa, bayar mahal ni. 


Sampai-sampai je candi, selamat dah hujan. Hahahaha. Tak kira, dah bayar mahal-mahal, so bergambar jela dalam hujan pun








 Sudahnya sunset entah ke mana, hujan yang dapat. Haha tapi still bersyukur sebab pengalaman tu yang penting. Best!

Balik tu, dah penat, terus check in hostel dan rest. Alhamdulillah for today








10 comments:

  1. Hai, Ada tak no contact supir den yana tu? tq :)

    ReplyDelete
  2. btol tu.ad x no supir or mcm mn nk contact dia. tq

    ReplyDelete
  3. Salam sis. Can i have contact no for the supir? Tq so much

    ReplyDelete
  4. Salam sis, bolh emailkan saya no supir den yana 123nurjihan@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Hai, saya nak tahu.. kalau kita gunakan supir, adakah kita perlu membayar makanan untuk mereka juga..? Boleh bagi maklumbalas kepads saya di farahaizum@gmail.com tq

    ReplyDelete
  6. Hi Sis, Boleh minta number contact mas yana? Boleh balas di syerarazali@gmail.com

    ReplyDelete
  7. nak tnya.. mas den yana tu dah include tips + makanan driver ke?

    ReplyDelete
  8. Trims Admin untuk Share artikelnya.

    Oh ya sekedar informasi aja nih, bagi yang membutuhkan Jasa Sewa Genset Syncronize Bali untuk keperluan berbagai acaranya bisa coba hubungi kami ya.

    Salam blogger min.

    ReplyDelete