Jogjakarta Trip Day 2 : Jurang Tembelan, Hutan Pinus, Pantai Timang

16:49:00


Assalamualaikum dan hi semua. 

Jadi harini ialah sambungan untuk post sebelum ini.


Again saya repeat, bajet All in  untuk trip ini ialah RM 688 termasuk tiket penerbangan pergi balik. Kalau tak termasuk, total cuma RM 438 jeeeee.

Pagi tu, hujan lebat, so terpaksalah tunggu hujan reda. Disebabkan itu, kami bertolak dari hostel pukul 10 pagi, dan agak lewat actually. Tapi takpela, hujan tu kan rahmat. So bulan Februari hingga ke bulan April mostly ialah musim hujan so kena plan itinerari korang baik-baik k.

Jadi, pada pukul 10 pagi kami bertolak ke Jurang Tembelan. Ambil masa 1 jam dari hostel. Kenapa bertolak lambat? Sebab pagi tu hujan, so tak dapat pula tengok sunrise.



Apa yang bestnya tempat ini ialah, semuanya FREE. Hahaha. Kemasukan percuma so sila datang sementara dia masih percuma. Kang tak lama lagi bila dia tengok makin ramai datang, takut dia buat bayaran je lepas ni haha









So siapa yang berani and tak gayat tu mai la datang sini.


Dari pandangan sisi nya. Nampak seram ke tak seram? 






Sebenarnya takdela seram sangat pun, cuma sebab buluh dia tu macam bergerak-gerak kalau kita pijak.




Dahla nampak buluh cam reput je, sesiapa yang suka tengok cerita Final Destination memang akan bayangkan benda yang buruk berlaku, like contohnya kalau pijak, pastu dia patah, pastu jatuh bergolek-golek ke bawah gaung je. Hahaha. 

Lebih kurang cengginilah perumpamaan dia :



Kannn???? Hahahahaha







Princesses. Sis gayat sebenarnya tapi sis suka nak cabar diri. Haha



Setelah puas bergambar di Jurang Tembelan, kami menaiki kereta semula dan terus ke Hutan Pinus. Hutan Pinus ni terletak 10 minutes je dari Jurang Tembelan. Hutan Pinus terletak di Desa Dlingo, Mangunan, Bantul.


Entrance fee 2000 IDR 




Kawan i cakap, Hutan Pinus ni macam kat Bachok je. Tapi Bachok nak masuk percuma je. Haha. So terpulang la korang nak pergi ke tak.



Haa, bergambar camtu sekali haa depa dua ni. Kemain jemah.




Fengfeeling sikit sebab dah bayar 2000 en. Hahaha



Sahabat selamanya in sha Allah.


Kat sini banyak buaian so boleh la nak duduk kat mana-mana buaian pon.



Kemudian, jam sudah pukul 12 dan kami bertolak ke Timang Beach dari hutan pinus tadi. Perjalanan juga mengambil masa lebih kurang 1 jam.



Sampai-sampai sahaja, perut dah lapar sebab dari pagi tak makan, ya Allah kenapa lah kitorang tak makan, tak faham betul. Ke sebab makanan dah terbakar sebab perjalanan jauh. Eh entahhh. So singgah kedai makan untuk makan lobster duluuuu.



Nampak tak sign Lobster tu? Haaa kita sedang menuju ke kedainya. Katanya lobster di sini semua fresh ditangkap dari Pantai Timang. So sesiapa yang allergic tu in sha Allah tak gatal la.




Mas acah-acah tolong tangkapkan Lobster.




Hasil tangkapan la konon. Hahaha



So setelah tunggu 15 minit, akhirnya tadaaaa. Semua ni berharga 550000 IDR dan termasuk lobster, ikan bawal, sotong, air, nasi. So harga tu bahagi 4 orang, so seorang 137500 IDR je. For me, it's a good experience la sebab kat Malaysia lobster mahal kot. So apa kata spare some money untuk try di negara orang k? :)

Dah siap makan tu, kami nak ke Pantai Timang pula. Nak ke Pantai Timang tu, memang kereta tak digalakkan naik la. So option dia ialah :

- Jeep
- Motor atau dikenali sebagai Ojek



Jadi, kami ambil harga yang lebih murah la untuk ke pantai timang dari kedai lobster, so sebulat suara cakap nak ojek

Naik ojek harganya 50000 IDR je pergi balik. So nanti dia akan tunggu kita di sana. Okay seriously jalan dia memang dahsyat gila. Letih juga nak sampai, padahal naik motor je



Akhirnya, setelah penat lelah jalan berbatu-baru, dengan jalan berlubang, dengan ojek hampir mati tengah jalan, dengan ojek yang macam tak cukup kuasa je nak naik bukit, kami selamat sampai di Pantai Timang. Hahahahaha


Untuk menyeberangi ke batu sana tu, ada dua option :

- Naik jambatan 100,000 IDR pergi balik
- Naik gondola 200,000 IDR pergi balik

Jambatan ni baru siap. So boleh cuba ye kalau berminat.




Nah gambar untuk penjelasan lebih lanjut. Kiri gondola, kanan jambatan. So pilih lah nak gondola or jambatan. Pilihan di tangan anda. Hihi. For me, I teringin juga nak try jambatan. Tapi next time in sha Allah.

Dilema nak pilih mana. Tapi, Miszdae memang teringin nak naik gondola. Sebab dah datang jauh-jauh, dan memang dah pasang niat nak naik walau camne pun. Haaa gitu.  



Lepas dah choose nak yang mana, kami pun ke kaunter untuk membayar. Bagi yang naik gondola, akan dapat cop macam ni.




Dah bersiap sedia untuk naik gondola. Yahooo. Yang peliknya, masa naik gondola, saya tak gayat pulak. Maybe sebab tengok kalau jatuh pun bawah dia air, so acah boleh berenang and bot pun akan datang la untuk selamatkan. Lol




Ye, memang tiada sebarang alatan keselamatan. Seatbelt takde, life jacket pun takde. Tapi in sha Allah selamat, melainkan kalau kabel atau tu putus la. Oops ter final destination lagi. Aduhhh buruk betul la pengaruh final destination ni.




Untuk pengetahuan anda, diorang ni takde pun tools untuk tarik gondola tu macam lift kat shopping mall. Semua pakai tangan je. Kesian juga sebab ada yang tunjuk tangan dia sampai dah ada blisters, melecet, gelembung putih-putih tu sebab menarik tali tu.

So Miszdae tanyala, kenapa tak pakai gloves? Diorang cakap sebab licin. Kesian sangat. Adakah kita menyeksa dia? Tapi itu source of income dia? Alaaa serba salah pulak rasanya.


Tapi, tu kita fikir nanti. Sekarang ni, Miszdae dah selamat menyeberangi lautan yang membara itu.





So kena bergambar puas-puas k. Dan korang pun kena la scroll blog i untuk tengok gambar-gambar ni. Hahaha



Hari pun nak petang, so kami pun buat keputusan untuk balik



Naik ojek sekali lagi. Maka terpaksa menempuh jalan yang berliku lagi. Sakit peha weh, nak patah pinggang pun ada jugak. Hahahahaha

Malam tu, kitorang just makan sate madurah, sebab nisa kata sedap gilaaaa.


So ini lah sate madurah. Tapi macam tak berapa kena dengan tekak Miszdae. Rasa cam sate Malaysia lagi sedap. Or maybe orang ni yang buat tak sedap kot #positif


Spesis mana tah diorang ni. 
Makan sate madura seorang 16000 IDR

💱 Total bajet today = 405,500 IDR jeeeee


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Jogjakarta :

Related Post

0 comments