Sunday, 14 May 2017

Jogjakarta Trip Day 3 to 5 : Merapi, Candi Ijo, Breksi Cliff, Marlbioro


Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Bagi yang baru baca, post ini adalah sambungan untuk trip Jogjakarta saya yang berbekalkan bajet All in RM 688 termasuk tiket penerbangan pergi balik. Kalau tak termasuk, total cuma RM 438 jeeeee.

Jadi tanpa buang masa, untuk hari ketiga ni, seawal pukul 2 pagi kitorang dah bangun untuk bersiap okay! Sebenarnya, Miszdae tersalah tengok jam. Hahahahahah. Jam phone saya pukul 3 pagi, so dah gabra nak kena siap sebab dah janji dengan Mas, bertolak 3.45.

Rupanya... Itu waktu Malaysia.. Ya tuhankuuuu. Tapi baguslah siap awal, sebab ada beberapa orang yang lain tu memang ambil masa berjam-jam nak siap. (hoho) So, bagus juga kejutkan awal. HAHAHA


Tepat 3.45 am, kami pun bertolak ke merapi untuk tengok sunrise. Jam 4.25 am, kami sampai di rumah kedai seseorang dan kemudiannya naik jeep.

Harga untuk satu Jeep ialah 450000 IDR, jadi seorang bayar 112,500 IDR je.


Ini jeep kami. Peh first time naik jeep hahaha


Dan..... Jalan dia sama macam nak ke Timang Beach haritu. Bezanya sebab naik jeep je. Another bumpy ride. Huhu

NOTA : SILA BAWA SWEATER SEBAB SEJUK GILA PAGI-PAGI


Kami tiba di gunung Merapi. Alhamdulillah dapat tengok sunrise. Cantik sangat





Ramai gila manusia. Haha.



Haa, layan jela gambar-gambar kitorang ni. 



Sedikit info tentang gunung Merapi ini : Gunung Merapi adalah gunung berapi di bagian tengah Pulau Jawa dan mempunyai ketinggian puncak 2930 m dari aras laut. Gunung ini merupakan salah satu gunung api teraktif di Indonesia. Menurut catatan modern, gunung Merapi telah mengalami erupsi setiap dua hingga lima tahun sekali dan dikelilingi oleh penduduk yang sangat padat. Sejak tahun 1548, gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali.


Letusan terakhir berlaku pada tahun 2010, dan semoga setiap pengunjung yang ke sana dilindungi.



Bagi sesiapa nak kelainan, boleh try cam diorang ni. Sila bawak penyapu ye. Hahahaha


Ini pak supir kami untuk ke Merapi. Jangan risau, kalau kita book supir dengan Mas Yana, dia yang akan uruskan semua ni, termasuk carikan supir untuk ke Merapi. (Rasanya kenalan dia juga je pun)


Nak cerita je, gigih Mas ni parking tayar sebelah betul-betul atas batu. Katanya baru la gambar smart. Dia ni pun photographer juga so dia tahu la tentang fotografi. 



Selama ni tengok orang yang pose kat Jeep, sekarang Miszdae pulak. Hahaha




Kat sini jangan risau, ada tandas yang disediakan. Tapi kena bayar 2000 IDR. Tapi tandas bersih so okay lahh.


Kedai-kedai pun ada juga. Kami kemudiannya menaiki Jeep untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Batu Alien yang masih terletak di Merapi. Kemasukan ke tempat ini percuma je.


Batu alien hanya merupakan bongkah kayu tetapi berwajah manusia. Seperti gambar di atas, korang boleh lihat kepala manusia yang telah terputus dari badannya, kemudian mata, hidung dan mulut.


Kami teruskan perjalanan ke muzium di Merapi pula. Kemasukan juga percuma.


Menarik muzium ini.


Kronologi :


  • 20 September, Status Gunung Merapi dinaikkan dari Normal menjadi Waspada oleh BPPTK Yogyakarta
  • 26 Oktober, Gunung Merapi memasuki tahap erupsi. Menurut laporan BPPTKA, letusan terjadi sekitar pukul 17.02. Sedikitnya terjadi hingga tiga kali letusan. Letusan diiringi keluarnya awan panas setinggi 1,5 meter yang mengarah ke Kaliadem, Kepuharjo. Letusan ini menyemburkan material vulkanik setinggi kurang lebih 1,5 km.
  • 27 Oktober, Gunung Merapi pun meletus. Dari sekian lama penelitian gunung teraktif di dunia ini pun meletus.
  • 28 Oktober, Gunung Merapi memuntahkan Lava pijar yang muncul hampir bersamaan dengan keluarnya awan panas pada pukul 19.54 WIB.

Berikut adalah kronologi letusan Gunung Merapi:





  • Pukul 17.02 mulai terjadi awan panas selama 9 minit
  • Pukul 17.18 terjadi awan panas selama 4 minit
  • Pukul 17.23 terjadi awan panas selama 5 minit
  • Pukul 17.30 terjadi awan panas selama 2 minit
  • Pukul 17.37 terjadi awan panas selama 2 minit
  • Pukul 17.42 terjadi awan panas besar selama 33 minit
  • Pukul 18.00 sampai dengan 18.45 terdengar suara gemuruh dari Pos Pengamatan Merapi di Jrakah dan Selo
  • Pukul 18.10, pukul 18.15, pukul 18.25 terdengan suara dentuman
  • Pukul 18.16 terjadi awan panas selama 5 minit
  • Pukul 18.21 terjadi awan panas besar selama 33 minit
  • Dari pos Pengamatan Gunung Merapi Selo terlihat nyala api bersama kolom asap membumbung ke atas setinggi 1.5 km dari puncak Gunung Merapi
  • Pukul 18.54 aktivitas awan panas mulai mereda
  • Luncuran awan panas mengarah ke sektor Barat-Barat Daya dan sektor Selatan-Tenggara
Sumber : wikipedia



Seramai 200-300 orang yang terkorban. Innalillah. Sedih sangat. Sebab mereka telah diberi amaran, namun ada juga yang sayang nak tinggalkan rumah dan sebagainya, jadi sanggup tunggu di rumah. Sangat menyayat hati.


Ini antara kesan peninggalan letusan Merapi pada tahun 2010.


Diceritakan bahawa lava gunung Merapi itu sangat panas sehingga selepas kejadian, mereka masih terpaksa memakai kereta kebal kerana tayar getah yang lalu di permukaan itu akan lebur. Allahu


Apa yang ajaibnya, Al-Quran tidak hancur malah masih rapi lagi. SubhanaAllah. Sama seperti kejadian tsunami di Aceh, di mana masjid masih berdiri dengan teguh. Membuktikan Allah jaga.


Setelah bersedih-sedih, kami kemudiannya menaiki Jeep untuk ke rumah kedai tadi.


Jeep yang berjasa kepada kami.


Tengok terik macam dah pukul 12 tengahari, tapi sebenarnya baru pukul 8 pagi. Hahahaha.


Kami breakfast kat sini dari pukul 8 pagi - 10 pagi siap karaoke for free okayyy.




Harga 83500 IDR total untuk 4 orang untuk lauk je. Bahagi 4 dan kemudian baru tambah harga air, so harga Miszdae lebih sikit la 22,000 IDR sebab order jus Avocado. Kat Malaysia mahal, so kita minum puas-puas kat Indonesia.


Jam 10.15 am, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Candi Ijo.




Kami tiba pada 11.15 pagi di candi ijo.



Walaupun tertulis harga untuk pelancong ialah 10000 IDR, tetapi dia jual tiket kepada kami dengan hanya 5000 IDR. 


Candi Ijo adalah sebuah kompleks percandian Hindu (temple la kiranya), yang terletak kira-kira 4 kilometer arah tenggara dari Candi Ratu Boko atau kita-kira 18 kilometer di sebelah timur kota Jogjakarta. Candi ini dibangunkan antara abad ke-10 hingga abad ke-11 Masihi pada saat zaman Kerajaan Medang.

Source : Wikipedia


Candi ini dinamakan "Ijo" karena berada di atas bukit yang disebut Gumuk Ijo. 





Ini pintu exitnya.


Pemandangan dari arah pintu exit tadi. Nampak lereng-lereng bukit, dan pendudukan di sana. 

5 minit dari Candi Ijo dengan menaiki kereta, kami tiba pula di Breksi Cliff.



Di sini boleh bayar seikhlas hati tp ada fee parking 5000 IDR but supir dh bayar.







Cantik juga ukiran dia. Tapi macam takde ape sangat kot. Berdekatan ada tangga tau. Gigih la naik tangga. Bila sampai kat atas je......



Rasa cam okay penatnya naik tangga tapi takde ape. Maybe saje suruh i exercise kot. Hmmm


Kat sini kitorang kejap je dalam 10 minit sebab cam bosan takde ape sangat *sorry di atas review jujur dari hati ni



Pukul 12 tengahari, kami bertolak ke Malioboro, tempat famous untuk shopping di Jogjakarta.




Macam-macam boleh beli kat sini, harga pun boleh la, tapi kena survey sebab ada kedai murah ada mahal.


Malam tu, kami makan di Special Sambal. Sangat famous di Jogjakarta sebab sedap dan murah! Sila try okay




Istimewanya, setiap pinggan ada daun pisang. Terasa authentic sangat. Untuk hidangan seperti ini, seorang hanya perlu bayar 16,000 IDR je setelah dibahagi 4.


Macam biasalahhh, order jus avocado sedap. Hahhaa

💱 So total bajet for today = 150,500 IDR

Di pendekkan cerita, keesokan harinya, hari keempat, kami tak buat apa sangat sebab harini kami tak book supir sebab nak jimat. Hahaha. Kononnya nak berjalan jela sekitar Marlbioro sebab dekat je dengan hostel. Tapi sudahnya, pukul 2 tengahari pun tak bergerak lagi sebab semua macam malas dan nak rehat.

Tiba-tiba dapat mesej dari Mas, dia tanya kami semua tengah buat apa? Saya reply la cakap tak buat apa kan. Hahaha. Pastu tetibe dia cakap dia nak datang ambil sebab dia tengah free. Kitorang macam 'eh biar betul dia ni. free ke kena bayo ni?' Dia cakap free. So kami pun bertungkus lumus bersiap. Yela, orang dah bagi free, takkan nak jadi diva suruh dia tunggu pulak. Kita yang patut kena tunggu diala kan.

Tapi macam biasa, ada diva 2 orang yang siap sampai sejam tuuuu. So kena tunggu la diva-diva tu. You know who you are!! Hahaahha




Baju kat sini 12500 IDR jeeeeee



Tetiba hari hujan, so terkedek-kedek lari ke shopping mall Marlbioro untuk berteduh. Alang-alang tu berjalan la sekali dan singgah makan di food court.




Tapi Miszdae tak order apa-apa sebab harga dia agak mahal. Yela, standard la, nama pun dalam shopping mall kan. Hahaha


Tiba-tiba ada ternampak satu kedai ni, jual air blended tapi dalam botol susu. Pastu ada la kawan i sorang tu berangan nak jadi baby, so dia pun pergi beli. Hahaha 


Baby tua atotoh bucuk bucuk


Sis beli yang biasa jela, tak kuasa nak jadi baby tua. Cukupla ade seorang baby tua dalam kereta jap lagi. Kang semua merengek nak susu payah pulak. Hari dah malam, mata dah mengantuk, kami pun pulang ke hostel.

Keesokan harini, Mas Yana datang untuk pickup kami ke airport dalam pukul 0655 pagi. Flight kami pukul 0800 pagi. Pickup ni dia bagi free je. Alhamdulillah. So sebelum nak balik, of course la kena bergambar dulu. So bagi la phone kat Mas untuk ambilkan gambar kitorang. Inilah hasilnya....


Haa nak sangat kan selfie, so sis pun post gambar ni dalam blog. Hahahaha


Maka, berakhirlah trip kami ke Jogjakarta harini.


One with Mas Yana. Pandai dia pose silang kaki. HAHAHA


Thank you hostel backpackers 44 untuk bilik yang selesa dan harga yang murah. Kalau nak tengok, boleh klik link di bawah :

Hostel Backpackers 44

Kami tiba di airport pada pukul 0720 pagi dan kemudiannya bayar pada Mas Yana. Dia punyala percaya kat kitorang, lepas dapat duit dalam sampul, dia campak je dalam kereta sebab nak lambai kitorang. Cuba bayangkan kalau kitorang tipu dia and bagi sikit je!!! Haha

 Tak boleh lama-lama, kami pun terus bergegas ke gate.



Akhir sekali, terima kasih Samurai Wifi sebab sponser untuk trip kali ni. Sangat convenient, sangat mudah. Bila kitorang dah siap, boleh mesej je supir suruh get ready, anytime, anywhere! 

Boleh book online di visondata.com.my. Rate dia pun sangat berpatutan!!!


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Jogjakarta :



6 comments:

  1. PM jap no model memula tu.. hee

    ReplyDelete
  2. wah best gak dgn view yg cantikkk...i like

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan / Puan

    jomm pegi bercuti kat Bandung dengan perkhidmatan Transport Bandung kami. BANDUNG AMANAH TOUR & TRANSPORT menyediakan Pakej Bercuti dan Khidmat Transport Tour kat Bandung/Jakarta/Garut atau bandar lain dalam kat Indonesia. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, peramah & sopan

    Anda boleh melawat beberapa tempat menarik kat Bandung dengan guna perkhidmatan yang kami sediakan, kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung,

    Ready Type Transport :

    Type Car 6 seater ( max 6 passenger )
    - Toyota Avanza
    - Suzuki APV
    - Daihatsu Luxio
    - Daihatsu Xenia
    - Suzuki Ertiga

    Type Car 7 seat or medium
    - Toyota Innova
    - Kia Pregio

    Van 14 seater ( max 12 - 14 passenger )
    - Isuzu ELF Short

    Van 19 seater ( max 15 - 19 passenger )
    - Van Isuzu ELF Long

    TERSEDIA JUGA KENDARAAN MINI BUS 25 SEAT, MEDIUM BUS 35 SEAT DAN BIG BUS 45 SEAT

    * semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.
    * per day boleh guna dari pukul 08Am - 10PM

    TERSEDIA JUGA PAKEJ JIMAT TRANSPORT & HOTEL 3D2N, 4D3N, 5D4N, ETC
    Untuk pakej 4D3N transport & hotel promo murah hanya sebesar RM 300/ orang untuk 6 orang dalam 1 group

    CONTOH OPTIONAL PROGRAM :
    DAY 1
    *Tiba kat Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch & Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded ori Jeans )
    *D'fashion factory outlet kain potong
    *Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage,Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    DAY 2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Farmhouse Lembang
    *Floating Market
    *Kebun Strawberry and tea park (optional)
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

    DAY 3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *Tasik Situ Patenggang (optional)
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    *cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

    DAY 4
    *check out hotel
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *paris van java shopping mall
    *Airport transfer

    FREE AND EASY TOUR, DAPAT DIUBAH MENURUT KEADAAN SEMASA

    Hotel guna 3 star hotel selesa dan cantik, letak tengah town Bandung dekat dengan pasar baru dan airport

    Tersedia juga option hotel lain dari mulai 2 star hotel hingga 4 star hotel

    HOTEL FACILITIES :
    - free wifi
    - hot & cold water
    - breakfast buffet
    - LCD TV 24 inch
    - TV cable

    TERM & CONDITION PAKEJ JIMAT :
    - included transportation for 4day 3nights (type car 6 seater)
    - included 3 room deluxe - king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    - not included entrance fee
    - not included lunch and dinner
    - not included ticket flight and airport tax

    Service insya allah memuaskan
    YOUR COMFORT IS OUR PRIORITY


    Beberapa rombongan tourist yang menjadi customers kami :
    - Rombongan kelab Proton Malaysia sebanyak 40 pax
    - Rombongan kelab UMW Malaysia
    - Rombongan TNB Pelitawanis Johor, Malaysia
    - Rombongan study Tour UITM Malaysia
    - Shopping tour
    - Family tour, etc

    Sila Check beberapa TESTIMONI kami dalam halaman FACEBOOK PAGE kami

    UNTUK TEMPAHAN DAN SEBARANG PERTANYAAN, SILA CONTACT :
    - Email: touramanahbandung@yahoo.com
    - phone : +62 856 2388 749
    - whatsapp : +62 838 2178 9103
    - Fb page.: Bandung Amanah Tour & Transport
    - Blog : http://bandung-indah.blogspot.com
    - instagram: JOM GI BANDUNG MURAH JERR


    ReplyDelete
  4. Salam Kak.

    Boleh provide contact number supir mas yana ni?

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. ade no tefon supir mas yana x

    ReplyDelete