Backpack Korea Selatan Murah RM 1800 All In

21:57:00


Assalamualaikum. 

Hai semua. Saya baru je pulang dari Korea Selatan semalam. Baru pulang tetapi dah bersemangat untuk menaip entri ini. Hihi. Tajuk yang sesuai untuk entri kali ini ialah 

"Backpack ke Korea Selatan murah"

atau

"Tips untuk ke Korea murah"

Saya baru sahaja ke Korea Selatan selama 11 hari 10 malam, dan berbekalkan hanya RM 1800, sudah mencukupi untuk saya. Ingat, ini adalah 'backpack style' oleh itu apa yang saya kongsikan ialah cara saya ber'backpack' dan anda boleh mengambil pengalaman saya ini sebagai rujukan.

Jadi untuk entri ini, saya akan kongsikan dahulu beberapa soalan lazim sebelum saya mula menulis pegembaraan saya.

Soalan 1 : Perlu ke Visa untuk ke Korea?

Jawapannya, tidak perlu. Jadi boleh ke Korea dengan hati yang tenang, cuma bawa passport dan duit sudah mencukupi.

Soalan 2 : Selamat ke Korea untuk pelancong wanita?

Sudah tentu selamat. Baru-baru ini, saya ke Korea bertiga sahaja dan semuanya perempuan.

Soalan 3 :  Berapa total bajet untuk ke Korea?

Kira-kira dalam RM 1800 juga untuk 11 hari saya di sana. Bajet ini telah termasuk tiket penerbangan, hotel, makan, pengangkutan dan cendera hati sepanjang berada di sana. Diingatkan, saya bukannya jenis 'bershopping', oleh itu, banyak yang saya dapat jimat.

Macamana saya dapat murah?


1. Pengangkutan 


# Beli tiket penerbangan murah. Pada saya, sebenarnya tiket saya tidaklah begitu murah. RM 640 pergi balik KL - Busan. Beli lambat dari waktu promo. Kalau anda beli semasa promo, sudah pasti anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM 300 + sahaja.


# Saya banyak gunakan subway untuk murah. Dah lah murah, guna T Money boleh dapat lagi diskaun pula tu!


# Selain subway, kami juga banyak berjalan kaki di kawasan yang berdekatan



# Saya menempah tiket keretapi Mugunghwa dan bertolak pada waktu malam. Secara tak langsung saya juga dapat jimat duit hostel kerana boleh tidur di dalam keretapi sahaja. Harga tiket sekitar RM 110 sahaja. Boleh rujuk post saya ini :

Cara book tiket keretapi Mugunghwa


# Saya juga menggunakan deals seperti :


One day Pass Busan - saya dapat jelajah Busan dalam satu hari dengan menggunakan tiket one day pass yang berharga 4500 won sahaja!


Boleh baca sini : One Day Metro Subway Pass Busan


Gap Yeong City Bus tour yang berharga 5000 won yang boleh cover Nami Island - Petite France dan lain lain.


Boleh baca sini : Gapyeong City Bus Tour

2. Makanan


# Kami banyak bawa makanan sendiri dari Malaysia. Kalau nak harapkan makanan di Korea memang bankrupt sebab mahal!


3. Tempat penginapan


# Saya menempah hostel yang berharga sekitar RM 35 - 45 semalam. 2 hari kami tidur di masjid Busan secara percuma (sebenarnya ada masalah dengan penempahan hotel, tapi secara tak langsung kami dapat jimat duit hotel)




Kim's House in Busan : RM 49 semalam




Nah link kalau nak terus booking :


Maru Guest House, Seoul station :
Harga sekitar RM 33 - 41 semalam


Nah link kalau nak terus booking :

Book Maru Guest House here

Soalan 4 :  Berapa currency Malaysia - Korea?

Currency rate semasa saya ke Korea ialah 1000 won bersamaan RM 3.74. Agak mahal sebab pada awal tahun boleh dapat kira-kira 1000 won = RM 3.25. Apa nak buat, ekonomi negara kita tidak begitu stabil mungkin. 

Soalan 5 :  Di Korea, awak dapat cover mana je?
Saya cuma cover Busan dan Seoul sahaja untuk trip kali ini kerana saya pernah ke Korea Selatan 2 tahun yang lepas cover tempat-tempat lain.

Soalan 6 :  Dari Seoul ke Busan awak naik apa?

Dari Busan ke Seoul, saya naiki keretapi jenis "Mugunghwa" yang berharga (selepas di convert ke duit kita) RM 110 satu hala. Oleh itu, saya cadangkan agar pembaca semua menempah tiket pada waktu malam, secara tak langsung, dapat jimat duit penginapan.

Boleh rujuk post saya ini :


Cara book tiket keretapi Mugunghwa

Soalan 7 : Awak book hotel macamana pula?

Kebanyakan tempat menginap, saya memang akan book melalui Agoda.com. Di Korea Selatan, kebanyakan tempat menginap kami ialah jenis 'guesthouse'. Untuk dapat harga yang lebih murah, kami book bilik yang jenis 'dorm' yang memuatkan dalam 4 - 6 orang satu bilik. Selebihnya, kami tinggal di Masjid kerana berlaku 'miscommunication' di antara saya dan Agoda. Saya akan ulas lebih lanjut mengenai ini di entri akan datang.

Soalan 8 : Main transport awak semasa di sana ialah?

Saya banyak menggunakan perkhidmatan 'subway' atau keretapi kerana harganya jauh lebih murah. Kadang-kadang, kami juga akan menaiki bas. Apa yang penting ialah untuk anda mendapatkan T Money semasa di sana kerana lebih mudah untuk melakukan transaksi.

Soalan 9 : T Money itu pula apa?

T Money ini sama seperti Touch n Go di Malaysia. Jadi, setiap kali memasuki station, kita akan menyentuh T Money pada sensor. Ini lebih mudah dan lebih murah berbanding anda membeli tiket daripada mesin kerana setiap kali penggunaan T Money akan mendapat diskaun.

Soalan 10 : Musim apa awak pergi? Salji tak?

Saya pergi pada 18/12/2015 dan ketika ini, masih musim luruh. Kami bermalam di Busan selama 2 malam, dan Busan, cuacanya lebih panas berbanding Seoul. Semasa kami di Seoul, pada 25 December sekitar pukul 10 malam, salji mula turun. Jadi, sekiranya anda ingin ke Korea untuk menikmati salji, lebih baik anda ke Korea sekitar hujung December.

Soalan 11 : Saya akan travel dengan ibu bapa saya yang berusia. Sesuai tak untuk backpack ke sana?

Saya tidak berapa menyarankan warga yang lebih berusia untuk ke Korea Selatan secara 'backpack'. Hal ini kerana, transport utama ialah keretapi bawah tanah dan di sana, tidak semua tempat yang menyediakan facility 'lift' atau 'escalator'. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan bas, mungkin lebih mudah. Tetapi saya lebih menyarankan agar anda mengambil pakej kerana semuanya telah siap sedia.

Soalan 12 : Nak itinerary boleh?

Di sini saya sertakan itinerary saya. Yang ini saya berikan draft itinerary saya, dan sudah tentu di akhir perjalanan, sedikit berubah dengan plan asal. Jadi, anda dinasihatkan untuk membaca blog saya untuk lebih faham.









Soalan 13 : Kenapa awak prefer untuk backpack sedangkan awak mampu untuk mengikuti pakej yang lebih selesa?


 Pada pendapat saya, tempat-tempat seperti negara Arab atau bersejarah, saya lebih suka untuk mengikuti pakej kerana kita diberikan pendedahan lebih mendalam berbanding sekiranya kita backpack sendiri.



Soalan 14 : Plug nak charge kat sana pakai yang mana satu?


Power plug di Korea, sama macam di Malaysia, yang gunakan 2 pin itu. 2 pin ye, bukan 3 pin. 2 pin yang bulat tu. 



Soalan 15 : Awak guna apps apa ye sepanjang di Korea?



Semasa di Seoul, saya banyak rujuk pada dua apps ni yang saya rasa menjadi nadi untuk perjalanan yang lancar di sana.


  





Semasa di Busan, saya download apps dari company yang sama, cuma bezanya Busan sahaja. Hihi


Yang bestnya apps ini ialah kerana saya dapat merancang berapa bajet duit yang perlu diperuntukkan untuk menaiki subway semasa di sana. Saya juga dapat mengetahui route perjalanan, samada saya pada landasan yang benar atau sebaliknya. Jadi amat berguna Apps ini. Banyak lagi apps yang lebih kurang. Download sahaja mana-mana. 


Setakat ini sahaja perkongsian soalan-soalan lazim untuk anda semua. Sekiranya ada soalan, boleh terus bertanya di ruangan komen. Terima kasih.

Namun, tempat-tempat sekadar untuk bercuti, saya lebih suka cara untuk backpack kerana tidak terikat dengan jadual perjalanan, dan kita lebih bebas untuk berjalan sendiri dan sudah tentu total bajet lebih murah berbanding menggunakan pakej. Saya dapat jimat dari segi penginapan dan kos transport sepanjang di sana. 

Setakat ini sahaja perkongsian soalan-soalan lazim untuk anda semua. Sekiranya ada soalan, boleh terus bertanya di ruangan komen. Terima kasih.


Sambungan post ini ialah :







Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
Cuti bajet dan backpack murah ke Australia




Related Post

29 comments

  1. As salam, menariks sgt info yg sis share..even x details sgt tp dh byk membantu... Just nk tau pe miss communication sis ngan agoda 2 ek? Riso gak sebb booking hotel kt sn sumer thru agoda...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf kalau tak detail sgt sbb masa tu sy tgh busy siap kan lost psl palestin dan busan dan thailand dlm mse yg sama. Part mana ye yg tak detail tu? Boleh sy tau? Thank you..

      Problem dgn card. Sbb tiba2 debit card cimb malaysia (or probably most banks) tak boleh buat transaction international pula. Cam tah pape. Tp skrg dh boleh cuma kena call utk update

      Delete
  2. Backpack ni mcm mne eh sbnarnya?awk melancong sendiri tanpa guide ke?tak perlu guna guide? Sy mrancang nak ke korea and nak bajet duit . tapi tak tahu selok belok korea tu,ada paham tak soalan sy ni?😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cmni dear. Backpack zaman skrg ni ialah simbolik je. Memang ada orang yg masih travel bawak bag galas besar tu kan. Tp how it works ialah kita duduk kt hotel bajet, jalan sndiri without guide, kita plan sndiri itinerary kita. Xpe, awak boleh je baca blog sy in sha allah boleh mmbantu :)

      Delete
    2. saya dan keluarga pun merancang nak berbackpackers tapi aunty saya pulak nak ber-tourguide. Agak mahal, dia mahu rm400 satu hari dan hanya 6 orang sahaja dlm satu kump. dan kami rancang ingin pergi selama 4 hari di sana, any suggestion about tour guide tak akak ?

      Delete
  3. best baca pengalaman backpackers korea
    dapat banyak tips menarik
    teruskan berkongsi :)

    ReplyDelete
  4. salam saya nak tanya kalau backpack dalam 7 hari kena backpack berapa liter ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 60L should be fine kalau musim winter

      Delete
  5. info yang sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin ke korea...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum
    Saya sgt suka gi travel tapi saya xdw kawan la...ada sesapa.yg nak join ngan saya sila wasap saya 0102211116.trima kasih admin..maklumat yg sgt berguna..saya nak gi korea bulan 20/12/16 ni..harap2 berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersama isteri dan anak perempuan bercadang nak pergi Korea, Busan, Seoul, Itaewon bulan jan/feb 2017. jika nak join boleh wasap anak saya dengan emel dahulu kepada izreensarah@yahoo.com

      Delete
  7. saya akan ke korea cara backpackers bersama husband saya..ada sesiapa nk join?d date 7-14/12.sb saya pun x pernah ke korea..rmai2 best ckit..tgk tour guide mahalnya ya amatt...

    ReplyDelete
  8. or ada sesiapa nk jd tour guide me..bole email fariza_ang@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. nice..boleh emelkan saya iti sekali dengan bajet ke sana? nooraisyahton@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Tq sis... catatan dan info sgt membantu.. saya n hsbn pun berhasrat ke korea december 2016 .. nak rasa winter di sana...

    ReplyDelete
  11. Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

    Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  12. Hi miszdae. Sy and kawan2 sy are planning to go to korea next year. And i am so interested with your blog. So, sy nak tanya, berapa lama jarak awak book flight tix dengan tarikh trip ? And if u dont mind, can u share the itinerary with me ?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  14. salam...saya nak tanya ..macam mane kita nak tahu bila festiva or even dekat korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh lihat di Korea Tourism website

      Delete
  15. thanks...baru balik dari seoul bulan April lepas..spring (backpackers)..tulah memang cantik..trip kedua nanti InsyaAllah akan lawat Busan sekali..tips yang diberi ni sangat membantu dari segi kos..

    ReplyDelete
  16. Salam. Camana cara nak buat budget untuk transportation di Seoul? Dorang tak ada maksimum daily rate kan?

    ReplyDelete
  17. Salam..nak tanya mcmna dengan penggunaan internet mobil di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet ada di Kaunter di balai ketibaan, sebelum pintu keluar. Sila bandingkan provider yang mana terbaik antara LGU+, Olleh dan SK telecom

      Delete
  18. Salam, atas pengalaman anda ke korea, ada bawa makanan kering tak (maggi,jajan and roti) utk hand carry method disebabkan saya xbeli luggage.. lepas tak kat airport malaysia and korea

    ReplyDelete
  19. Ya Allah... this is so so helpful.... i've been looking everywhere for entry like this.. tq so much sis... info ni berharga sngt2.. terbaik..

    ReplyDelete
  20. Maaf sis.. br bc dkt sni. Haha.. sy pon ad g ke sane taon lps.. bajet sy lbh kurg sis.. cuma sy backpack 6 org smua pmpuan.. tp guest house kitorg mhl skit... tu yg jd bajet mhl sikit. Tp tiketflight sy dpt rm385 return...

    ReplyDelete