Busan Muzium, Pantai Gwanggali, Busan

22:03:00




Setelah dijanjikan, oleh itu harini saya nak kongsikan bajet trip saya ke korea selatan. Seperti yang dikatakan dalam entri sebelum ini, jumlah bajet bagi 11 hari 10 malam di Korea Selatan yang meliputi Seoul dan Busan ialah sebanyak RM 1800. Pasti ramai yang tertanya, wah mustahil ke dapat bajet yang begitu? Kalau saya boleh, sudah  tentu anda pun boleh.

Harga tiket yang kami dapat Kuala Lumpur ke Busan ialah sebanyak RM 641. Sebagai backpackers, sudah tentu kami tidak menambah untuk bagasi mahupun makanan. Tetapi, memandangkan kali ini saya akan travel bersama adik dan rakannya, dan ini juga merupakan kali pertama mereka ke luar negara, oleh itu, kami membeli tambahan bagasi sebanyak 30 kg untuk kami bertiga, supaya mereka dapat membeli souvenir untuk orang tersayang. 

Perjalanan kami ke Busan mengambil masa 6 jam, bertolak pada pukul 1.05 pagi dan tiba pada 06.35 pagi. Setelah urusan imigresen selesai, kami pun berlegar di ruangan airport bagi mendapatkan WiFi untuk memberitahu ahli keluarga bahawa kami telah selamat tiba.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk ke Guest House kami pula. Guest House kami ialah :

Kim's House in Busan 2nd yang terletak di Daeyoen Station.

Jangan runsing, kerana dari airport Gimhae ada Light Rail Transit (LRT) untuk ke bandar Busan. Caranya ialah keluar je pintu Arrival Hall, anda lintas jalan seperti gambar rajah di bawah.
 




Setelah berada di seberang, anda perlu menuju ke kanan untuk ke station LRT nya.
Kira-kira 5 minit perjalanan, anda akan lihat pintu seperti ini di sebelah kiri anda. Ini lah stationnya. Kecil je.



Oleh kerana destinasi pertama kami ialah untuk menuju ke Guest House kami yang terletak di Daeyeon station, maka kami perlu menukar beberapa rail. Sebenarnya amat mudah untuk memahami subway / train sistem di Busan, berbanding Seoul.

 
Saya dah cuba simplify map ini untuk bagi anda lebih faham.

 Sekarang, kita berada di Gimhae International airport, pada line berwarna ungu kan? Saya sudah underline Gimhae Airport di mana kita akan bertolak, dan destinasi kita ialah Daeyeon, yang juga telah saya underline kan. Sila rujuk pada nombor yang tertera di atas dan penulisan saya di bawah ini :

1. Naik train menuju ke Sasang. Di sini anda perlu turun di station ini, berjalan dan mencari subway pada line hijau pula.

2. Setelah jumpa line hijau, anda perlu menaiki subway yang menuju ke Jangsan, kerana Daeyeon station terletak di kawasan yang ke arah Jangsan itu.

3. Turun di Daeyeon station.

Tips penting : Pastikan arah anda betul. Setiap train akan tertulis destinasi yang mereka akan tuju. Sebagai contoh "Jangsan" kerana itu merupakan destinasi terakhir keretapi tersebut. Sama seperti di Malaysia, sekiranya kita ingin ke Midvalley, dan ketika itu kita berada di Seremban, sudah tentu kita akan memilih keretapi yang menuju ke Rawang berbanding Sungai Gadut. Begitulah perumpamaannya.

Apabila anda sudah faham dengan subway sistemnya, barulah kita boleh ke destinasi kita! 





Untuk pengetahuan anda, semua station subway mereka memang bertangga, dan jarang dilengkapi dengan 'escalator' ataupun lift. Oleh itu, saya tidak begitu menyarankan warga yang lebih berusia untuk menaiki subway ini. 

Setelah tiba di Daeyeon station, kami menghadapi masalah lain pula. Kami sesat kerana tidak begitu banyak info mengenai Guest House ini, tambahan pula, orang Korea sukar untuk memahami dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Nak bergantung pada WiFi pula, tidak semua tempat di Busan yang menawarkan perkhidmatan Wifi. Kami sudah bingung, apabila adik mengambil inisiatif untuk bertanya pada seorang penjaga kedai. 

Penjaga kedai ini amat berbaik hati untuk membantu kami dengan menelefon tuan rumah kepada Guest House kami. Beliau suruh kami tunggu di kedai itu kerana beliau akan mengambil kami. Tidak sampai 10 minit menunggu, beliau, Mr. Kim muncul untuk membawa kami ke Guest House (secara berjalan kaki). 




Akhirnya, kami tiba di Guest House kami. Harga untuk tinggal di sini satu malam lebih kurang RM 49. Setelah meletakkan bagasi kami, kami kemudiannya di bawa oleh Mr. Kim untuk melihat rumahnya. Beliau kemudiannya mengeluarkan peta Busan dan menunjukkan kepada kami cara untuk ke tempat-tempat menarik dengan menaiki pengangkutan awam di sana.















Untuk harga RM 49 satu malam (seorang), kami amat berpuas hati dengan keadaan rumah, tuan rumah, dan suasana di sana. Best! Saya menggalakkan anda untuk tinggal di sini kerana harganya murah dan berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik.

Tetapi sebelum saya lupa, eloklah saya kongsikan cara untuk ke sini setelah keluar daripada Daeyeon station.


Setelah tiba di Daeyeon Station, keluar melalui Exit 3. Setelah keluar, anda akan melihat pintunya seperti ini. Jangan terus je! Kiranya anda akan berpatah balik untuk ke hujung jalan. Ikut sama seperti anak panah yang telah saya lukiskan!


Nanti, di sebelah kiri anda akan kelihatan seorang pakcik yang sedang menjual kuih berbentuk ikan. Terus sahaja. Anda akan melihat papan tanda seperti di bawah. Terus lagi.

                   


Anda kemudiannya terus sekitar 3 simpang, anda akan lihat sebuah kedai bernama CU di sebelah kanan anda. Kedai ini ialah petunjuk untuk anda terus masuk simpang di kirinya. (Jangan lintas untuk ke kedai itu pula. Kedai ini hanya petunjuk di mana itu merupakan simpang yang betul untuk anda masuk)

 
Apabila masuk simpang itu, anda akan lihat jalan seperti ini. Terus sahaja dalam 10 langkah mungkin, anda akan melihat papan tanda Kim's House Busan di sebelah kiri anda.


Minta maaf gambar sekejap gelap, sekejap cerah kerana kadang kala saya terlupa untuk snap gambar. Ini pun nasib saya snap gambar, boleh jadikan rujukan untuk anda semua.

Destinasi seterusnya ialah ke Busan Museum kerana itu ialah tempat yang paling dekat dengan Guest House kami. Dari Guest House, anda keluar ke simpang yang berhadapan dengan kedai CU tadi, dan belok ke kiri. Kemudian terus hingga ke hujung jalan dan lintas jalan itu. Hihi.




Anda akan melihat landmark ini dari jauh. Itulah Busan Museum. Kemasukan PERCUMA.








Cantik sungguh museum ini!



Di tingkat bawah muzium ini, para pengunjung boleh memakai hanbok secara percuma. Namun, anda perlu 'book' masa dahulu, dan hanya 2 orang sahaja dibenarkan pakai Hanbok pada satu-satu masa. Saya agak kesal kerana tidak mengambil peluang ini, bukan untuk saya, tetapi untuk adik-adik dan hingga ke hari  ini, mereka tidak dapat memakai Hanbok.

Kami seterusnya memasuki muzium ini dan melihat sekitarnya. Keburukan backpack sendiri ialah perasaan malas untuk membaca satu-satu info. Sekiranya mengikuti pakej sudah tentu akan diberikan penjelasan. Huhu 






Setelah selesai tawaf muzium ini (muzium ini tersangatlah besar!), kami kemudiannya keluar untuk mengambil gambar kerana persekitarannya cantik!






Oleh kerana ketika ini ialah musim luruh, maka terdapat banyak daun-daun kering berwarna coklat dan keperangan. Setelah puas bergambar, daripada Busan Museum, kami kemudiannya menuju ke UN Memorial Cemetery (ye tahu kubur, tapi saje nak lihat apa yang menarik)





Tetapi... apa yang menariknya.. Kuburnya sangat cantik dan tersusun. Kan best kalau kubur orang Islam pun begitu. In Sha Allah suatu hari nanti.

Kami seterusnya berpatah balik dan menuju ke Daeyeon station. Di sini, kami mengambil subway untuk ke Gwanggali beach, sebuah pantai yang terkenal kerana ada jambatan Gwanggali itu. 

Daeyeon -- towards Jangsan --> Gwangan
Tambang 1200 won.

Setelah tiba di station, keluar menerusi exit 5. Perjalanannya agak jauh dan berliku, nanti saya kongsikan cara untuk ke pantai ini.




 Makan orang tu. Hahaha




 Kami menenangkan fikiran di sini sambil menikmati udara dingin yang bertiupan. Haha. Memang sengaja kami duduk di sini sehingga terbenamnya matahari kerana kata orang, tempat ini turut cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu-lampu daripada jambatan itu.



Pantai ini dikelilingi oleh bangunan yang tinggi-tinggi. Siapa kata Busan itu kampung? Haha




Setelah melihat lampu daripada jambatan itu, maka kami pun bergegas untuk pulang kerana sejuk malam terasa hingga menyengat tulang! Oh ye, untuk ke Gwanggali Beach ini, ikuti langkah-langkah seperti di bawah :

1. Keluar daripada exit 5. 




 2. Kemudian anda akan lihat satu lorong kecil. Lalu ikut lorong itu.



3. Terus sehingga anda melihat sebuah kedai / bank berwarna merah di sebelah kanan anda.



4. Lintas jalan dan anda akan melihat kawasan apartment bernama The Ocean.


5. Belok kiri dan teruskan berjalan

 

6. Jalan terus dan terus dan terus. Kira-kira masa ini, anda sudah boleh melihat signboard berwarna coklat yang tertulis "Gwanggali Beach"




7. Lintas jalan ini dan anda sudah tiba ke destinasi anda.  Selamat mencuba!

Sambungan post ini ialah :


Related Post

14 comments