Showing posts with label naik mugunghwa ke Seoul. Show all posts
Showing posts with label naik mugunghwa ke Seoul. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

Backpack Korea Selatan Murah RM 1800 All In

December 30, 2015 30

Assalamualaikum. 

Hai semua. Saya baru je pulang dari Korea Selatan semalam. Baru pulang tetapi dah bersemangat untuk menaip entri ini. Hihi. Tajuk yang sesuai untuk entri kali ini ialah 

"Backpack ke Korea Selatan murah"

atau

"Tips untuk ke Korea murah"

Saya baru sahaja ke Korea Selatan selama 11 hari 10 malam, dan berbekalkan hanya RM 1800, sudah mencukupi untuk saya. Ingat, ini adalah 'backpack style' oleh itu apa yang saya kongsikan ialah cara saya ber'backpack' dan anda boleh mengambil pengalaman saya ini sebagai rujukan.

Jadi untuk entri ini, saya akan kongsikan dahulu beberapa soalan lazim sebelum saya mula menulis pegembaraan saya.

Soalan 1 : Perlu ke Visa untuk ke Korea?

Jawapannya, tidak perlu. Jadi boleh ke Korea dengan hati yang tenang, cuma bawa passport dan duit sudah mencukupi.

Soalan 2 : Selamat ke Korea untuk pelancong wanita?

Sudah tentu selamat. Baru-baru ini, saya ke Korea bertiga sahaja dan semuanya perempuan.

Soalan 3 :  Berapa total bajet untuk ke Korea?

Kira-kira dalam RM 1800 juga untuk 11 hari saya di sana. Bajet ini telah termasuk tiket penerbangan, hotel, makan, pengangkutan dan cendera hati sepanjang berada di sana. Diingatkan, saya bukannya jenis 'bershopping', oleh itu, banyak yang saya dapat jimat.

Macamana saya dapat murah?


1. Pengangkutan 


# Beli tiket penerbangan murah. Pada saya, sebenarnya tiket saya tidaklah begitu murah. RM 640 pergi balik KL - Busan. Beli lambat dari waktu promo. Kalau anda beli semasa promo, sudah pasti anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM 300 + sahaja.


# Saya banyak gunakan subway untuk murah. Dah lah murah, guna T Money boleh dapat lagi diskaun pula tu!


# Selain subway, kami juga banyak berjalan kaki di kawasan yang berdekatan



# Saya menempah tiket keretapi Mugunghwa dan bertolak pada waktu malam. Secara tak langsung saya juga dapat jimat duit hostel kerana boleh tidur di dalam keretapi sahaja. Harga tiket sekitar RM 110 sahaja. Boleh rujuk post saya ini :

Cara book tiket keretapi Mugunghwa


# Saya juga menggunakan deals seperti :


One day Pass Busan - saya dapat jelajah Busan dalam satu hari dengan menggunakan tiket one day pass yang berharga 4500 won sahaja!


Boleh baca sini : One Day Metro Subway Pass Busan


Gap Yeong City Bus tour yang berharga 5000 won yang boleh cover Nami Island - Petite France dan lain lain.



Boleh baca sini : Gapyeong City Bus Tour

2. Makanan


# Kami banyak bawa makanan sendiri dari Malaysia. Kalau nak harapkan makanan di Korea memang bankrupt sebab mahal!


3. Tempat penginapan


# Saya menempah hostel yang berharga sekitar RM 35 - 45 semalam. 2 hari kami tidur di masjid Busan secara percuma (sebenarnya ada masalah dengan penempahan hotel, tapi secara tak langsung kami dapat jimat duit hotel)





Kim's House in Busan : 
RM 49 semalam




Nah link kalau nak terus booking :


Maru Guest House, Seoul station :
Harga sekitar RM 33 - 41 semalam


Nah link kalau nak terus booking :


Soalan 4 :  Berapa currency Malaysia - Korea?

Currency rate semasa saya ke Korea ialah 1000 won bersamaan RM 3.74. Agak mahal sebab pada awal tahun boleh dapat kira-kira 1000 won = RM 3.25. Apa nak buat, ekonomi negara kita tidak begitu stabil mungkin. 

Soalan 5 :  Di Korea, awak dapat cover mana je?
Saya cuma cover Busan dan Seoul sahaja untuk trip kali ini kerana saya pernah ke Korea Selatan 2 tahun yang lepas cover tempat-tempat lain.

Soalan 6 :  Dari Seoul ke Busan awak naik apa?

Dari Busan ke Seoul, saya naiki keretapi jenis "Mugunghwa" yang berharga (selepas di convert ke duit kita) RM 110 satu hala. Oleh itu, saya cadangkan agar pembaca semua menempah tiket pada waktu malam, secara tak langsung, dapat jimat duit penginapan.

Boleh rujuk post saya ini :


Cara book tiket keretapi Mugunghwa

Soalan 7 : Awak book hotel macamana pula?

Kebanyakan tempat menginap, saya memang akan book melalui Agoda.com. Di Korea Selatan, kebanyakan tempat menginap kami ialah jenis 'guesthouse'. Untuk dapat harga yang lebih murah, kami book bilik yang jenis 'dorm' yang memuatkan dalam 4 - 6 orang satu bilik. Selebihnya, kami tinggal di Masjid kerana berlaku 'miscommunication' di antara saya dan Agoda. Saya akan ulas lebih lanjut mengenai ini di entri akan datang.

Soalan 8 : Main transport awak semasa di sana ialah?

Saya banyak menggunakan perkhidmatan 'subway' atau keretapi kerana harganya jauh lebih murah. Kadang-kadang, kami juga akan menaiki bas. Apa yang penting ialah untuk anda mendapatkan T Money semasa di sana kerana lebih mudah untuk melakukan transaksi.

Soalan 9 : T Money itu pula apa?

T Money ini sama seperti Touch n Go di Malaysia. Jadi, setiap kali memasuki station, kita akan menyentuh T Money pada sensor. Ini lebih mudah dan lebih murah berbanding anda membeli tiket daripada mesin kerana setiap kali penggunaan T Money akan mendapat diskaun.

Soalan 10 : Musim apa awak pergi? Salji tak?

Saya pergi pada 18/12/2015 dan ketika ini, masih musim luruh. Kami bermalam di Busan selama 2 malam, dan Busan, cuacanya lebih panas berbanding Seoul. Semasa kami di Seoul, pada 25 December sekitar pukul 10 malam, salji mula turun. Jadi, sekiranya anda ingin ke Korea untuk menikmati salji, lebih baik anda ke Korea sekitar hujung December.

Soalan 11 : Saya akan travel dengan ibu bapa saya yang berusia. Sesuai tak untuk backpack ke sana?

Saya tidak berapa menyarankan warga yang lebih berusia untuk ke Korea Selatan secara 'backpack'. Hal ini kerana, transport utama ialah keretapi bawah tanah dan di sana, tidak semua tempat yang menyediakan facility 'lift' atau 'escalator'. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan bas, mungkin lebih mudah. Tetapi saya lebih menyarankan agar anda mengambil pakej kerana semuanya telah siap sedia.

Soalan 12 : Nak itinerary boleh?

Di sini saya sertakan itinerary saya. Yang ini saya berikan draft itinerary saya, dan sudah tentu di akhir perjalanan, sedikit berubah dengan plan asal. Jadi, anda dinasihatkan untuk membaca blog saya untuk lebih faham.














Soalan 13 : Kenapa awak prefer untuk backpack sedangkan awak mampu untuk mengikuti pakej yang lebih selesa?


 Pada pendapat saya, tempat-tempat seperti negara Arab atau bersejarah, saya lebih suka untuk mengikuti pakej kerana kita diberikan pendedahan lebih mendalam berbanding sekiranya kita backpack sendiri.




Soalan 14 : Plug nak charge kat sana pakai yang mana satu?


Power plug di Korea, sama macam di Malaysia, yang gunakan 2 pin itu. 2 pin ye, bukan 3 pin. 2 pin yang bulat tu. 



Soalan 15 : Awak guna apps apa ye sepanjang di Korea?



Semasa di Seoul, saya banyak rujuk pada dua apps ni yang saya rasa menjadi nadi untuk perjalanan yang lancar di sana.


  





Semasa di Busan, saya download apps dari company yang sama, cuma bezanya Busan sahaja. Hihi


Yang bestnya apps ini ialah kerana saya dapat merancang berapa bajet duit yang perlu diperuntukkan untuk menaiki subway semasa di sana. Saya juga dapat mengetahui route perjalanan, samada saya pada landasan yang benar atau sebaliknya. Jadi amat berguna Apps ini. Banyak lagi apps yang lebih kurang. Download sahaja mana-mana. 


Setakat ini sahaja perkongsian soalan-soalan lazim untuk anda semua. Sekiranya ada soalan, boleh terus bertanya di ruangan komen. Terima kasih.

Namun, tempat-tempat sekadar untuk bercuti, saya lebih suka cara untuk backpack kerana tidak terikat dengan jadual perjalanan, dan kita lebih bebas untuk berjalan sendiri dan sudah tentu total bajet lebih murah berbanding menggunakan pakej. Saya dapat jimat dari segi penginapan dan kos transport sepanjang di sana. 

Setakat ini sahaja perkongsian soalan-soalan lazim untuk anda semua. Sekiranya ada soalan, boleh terus bertanya di ruangan komen. Terima kasih.


Sambungan post ini ialah :








Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
Cuti bajet dan backpack murah ke Australia