Post ini ialah sambungan bagi post sebelum ini. Klik di bawah untuk membaca :
Pada jam 0815, kami bertolak ke Hebron. Kami melalui tebing barat (West Bank) Palestin. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat benteng pemisah (separation wall) yang memisahkan kawasan palestine dan kawasan yahudi.
Ini lah benteng pemisah. Tinggi benteng ini ialah setinggi 9 meter! Minta maaf kerana gambar tidak cantik kerana gambar diambil menggunakan handphone dan ini semasa di dalam bas.
Semasa menghampiri kawasan Hebron, Encik Qasim memberitahu bahawa berlakunya pembunuhan di sini di mana seorang pemuda Palestin menyerang tentera Israel yang menyebabkan kematiannya, sehari sebelum kedatangan kami kesana.
Oleh itu, semasa kami berada di kawasan itu, terdapat banyak tentera-tentera Israel yang sedang menjaga lalu lintas di kawasan itu. Keadaan ini memakan masa juga untuk tiba di destinasi, dan kami dapat memerhati kesesakan lalu lintas yang teruk.
Pada pukul 10 pagi, kami tiba di sebuah kedai menjual cendera mata di Hebron.
Kami dihidang air teh, kopi dan biskut. Rata-rata harga barangan di kedai ini agak mahal, tetapi apa yang saya ingat ialah
"Beli Lima Free Satu"
"Beli Lima Free Satu"
teriak penjual kedai itu.
Pada pukul 10.30 pagi, kami kemudiannya ke makam nabi yunus
Ini makamnya. Tetapi di sini tiada jasadnya.
Pada pukul 11 pagi, kami bertolak ke sebuah masjid yang terletaknya makam nabi ibrahim, kubur nabi ishak dan zaujahnya, dan di situ juga terdapat tapak kaki nabi. Untuk memasuki kawasan ini, dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel. Katanya kerana yahudi hendakkan tempat ini kerana ada makam-makam yang disebutkn tadi. Apa yang menyedihkan ialah apabila terdapat banyak kedai-kedai di kawasan ini, tetapi semuanya bertutup kerana Israel mengenakan cukai yang tinggi dan orang-orang Palestin di kawasan ini tidak mampu untuk membayarnya.
Ini merupakan kanak-kanak Hebron yang sedang ke sekolah. Di Hebron juga, rakyat Palestin tidak dibenarkan oleh tentera Israel untuk memandu kereta.
Selain itu, hinggakan untuk masuk ke masjid sekali pun perlu melalui imbasan badan (body scanner). Allahu, hancur luluh hati ini apabila orang Islam di kawal oleh orang-orang kafir.
Kawasan ini dikawal rapi dan tentera mereka ada di mana-mana sahaja. Tetapi tak perlu takut. Para pengunjung tidak akan diganggu oleh mereka. In sha Allah
Di sini kami menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Semasa mengambil wuduk untuk solat, ada seorang wanita Palestine ni :
"Ya Allah... Thank you for coming.. Everyone is so afraid to come here but u all come. Thank you so much. You give us hope. Thank you." sambil menangis dan memeluk kami semua.
Memang hiba sangat hati ini melihat keadaan ini. Ya Allah terima kasih kerana saya berpeluang untuk datang ke sini, sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada mereka.
Ini merupakan makam nabi Ibrahim.
Ini pula makam nabi Ishak. Di sini memang adanya jasad nabi ini. Jap, kenapa tadi saya pakai seluar tapi kali ni pakai kain pula? Haha, ini kerana di masjid-masjid seperti ini tidak dibenarkan memakai seluar bagi wanita (meskipun tidak ketat), dan mereka akan memberikan kain ini untuk dipinjam sementara.
Ini pula makam isteri kepada nabi Ibrahim.
Inilah tapak kaki nabi Muhammad, Rasul kita.
Semasa hendak pulang, beberapa orang rakyat Palestin meminta-minta derma dan memaksa kami membeli barang yang dijual. Budak-budak di sini pun agak rakus dalam meminta. Mungkin kerana tekanan oleh tentera Israel yang mengawal ketat pergerakan mereka.
Oleh kerana keadaan yang begitu tegang, kami terpaksa bergegas naik ke bas, dan sesiapa yang lambat terpaksa menaiki bas yang kedua kerana mereka juga nyaris menggegarkan bas. Ya Allah, sedih sangat melihat keadaan ini.
Kami kemudian bertolak untuk ke kedai makan dan selepas makan tengahari, kami menuju ke laut mati pada jam 1430.
Dari dulu teringin sangat untuk ke sini kerana tertarik melihat orang terapung dengan mudahnya.
Laut mati merupakan kawasan paling rendah di dunia iaitu 400 meter di bawah paras laut.
Dah tiba di sini, sudah pastinya saya mengambil peluang untuk bermandi manda. Yela, peluang yang jarang-jarang orang dapat. Tetapi diingatkan bahawa air di sini sangat, sangat, sangat masin.
Nah peringatan sebelum para pembaca ingin mandi di sini
Untuk mandi di sini, kita tidak dibenarkan memercik air ke orang lain, tidak dibenarkan untuk merendamkan muka dan banyak lah pantang larangnya. Kerana apabila air ini termasuk dalam mata walaupun sedikit, pedih dia lebih dahsyat daripada kesan potong bawang!
Oleh itu, sepanjang masa, perlu merilekskan diri seperti adik kecil ini, Imran.
Dasar laut ini bukannya pasir, tetapi lumpur hitam. Banyak produk kecantikan yang dibuat daripada lumpur ini. Oleh itu, apabila melihat orang lain menyapu di muka dan badan, saya pun turut menyapunya juga. Kecut segala jerawat untuk seharian! hahaha.
Bersambung ....
Adik kecil ni bukan sebarang adik kecil
ReplyDeletekalau tak sebarang adik kecil, dia apa? hehehe
DeleteMasyaAllah...Tkasih atas perkongsian ini. Insyaallah lebih ramai umat islam akan sampai ke Palestine ...tahniah nurul
ReplyDeletemenarik .. seronok baca.. terimakasih berkongsi pengalaman!
ReplyDeleteBoleh pakai niqab x pegi sane???
ReplyDelete