Showing posts with label Skypool di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Skypool di Malaysia. Show all posts

Monday, 30 April 2018

Lexis Hibiscus Port Dickson Review

April 30, 2018 8



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ni (semalam to be exact), we went for a short getaway at Port Dickson. We chose to stay at a hotel named Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Sounds familiar? Yesss. This hotel is famously known because it looks like a hibiscus from the sky. Cool!


*This is an image from Google. I don't have the capability to take a picture like that. Hihi.

Harga satu malam untuk satu bilik di Lexis Hibiscus bermula dari harga RM 808 semalam and the prices just go up depending on the season (peak/low) and the type of rooms. Note : Book on their website for a cheaper deal!


Sebelum I cerita pengalaman sepanjang di hotel ini, eloklah saya kongsikan terlebih dahulu jenis-jenis bilik yang terdapat di Lexis Hibiscus. 

Master Layout 
*taken from Lexis Hibiscus PD's website

As you can see in the master layout, terdapat banyak jenis bilik. Yang paling mahal ialah bilik yang located at the stigma of the hibiscus (I don't know what it is in Malay. Tapi area yang debunga tuu haha), which costs thousands of ringgit. Reason dia mahal : Privacy.

Memang tak dapat dinafikan semua bilik-bilik di Lexis Hibiscus berharga almost 1k jugak, but I will only share the two most preferable rooms among visitors la.

1) PREMIUM POOL VILLA


Sedikit info berkenaan Premium Pool Villa


Room layout Premium Pool Villa


2) SKY POOL VILLA 

Sedikit info berkenaan Sky Pool Villa

Room layout Sky Pool Villa


Skypool villa yang tinggi melangit tu, pool villa yang rumah-rumah atas air tu..

 Jadi apa beza Premium Pool Villa & Sky Pool Villa? 


Premium Pool Villa :
- terletak di atas air
- Perlu naik buggy untuk ke bilik
- Bilik lebih kecil berbanding Sky Pool (size 81 sqm)
-Kurang privacy sebab orang lain boleh nampak kita  berenang-renang. (Especially orang dari tower block di atas)


Sky Pool villa : 

- Terletak di tower block
-Tak perlu naik buggy. Naik lift je.
- Bilik lebih besar berbanding Premium Pool (size 96 sqm)
- Lebih privacy sebab kita yang tengok orang, orang tak nampak kita sangat sebab kita tinggi melangit haha

Persamaan :

- ada private pool
- ada bilik sauna
Mostly lebih kurang je 

After taking into considerations between these two, I decided to go for Sky Pool Villa. No worries, all sky pool villas are facing the sea. So it's going to worth every penny for the view! Haha

Okay, sekarang dah tau sedikit sebanyak tentang Lexis Hibiscus, ayuh baca review I pula.



So we departed quite late, sebab biasalahhh baru nak packing bagai kan. Haha. Since port Dickson is not that far, bertolak lambat sikit pon takpe, sebab check in time dia pon agak lambat.




The check in time was at 4.00 p.m. (it is considered quite late compared to other hotels), but I don't really mind sebab tengok-tengok I pon sampai agak lambat. Hahaha. We arrived at the hotel around 4.30 p.m.



Sampai je hotel, we were welcomed by their friendly staffs. I was a bit blurred la which lane to queue, and suddenly one of their staffs kindly assisted me (with a big smile) to the check in lane (which I did not see earlier). 



While checking in, the front desk staff was also friendly. Haha We received welcome drinks and some cookies in a plastic bag, got 4 pax complimentary drinks and lastly our room keys. 

Oh wait, sebelum tu, deposit kena bagi RM 300 ye. Bila dah nak check out baru dapat balik deposit tu.


Me at the lobby



So bila dah check in, the bell boy kindly took our luggages (yeah macam nak tidur berhari-hari hahaha) and showed us our room.



Waiting for our lift to go to our room.



Since we did not book at panorama pool villa, so tak perlu la naik buggy. Kitorang naik lift jer haha

Sampai je bilik, I dah warning siap-siap jangan masuk dulu sebab i nak ambil gambar. Hahaha. Kang bersepah dengan bag-bag dah tak authentic pulak gambar tuuuu. huhuhu



So here goes the pictures. Bilik dia memang ada dua king size bed okay! Sesuai untuk family and friends.





Ada bath tub. Cantik!



Ada seating area jugak



 You can see your own private pool just outside your room.


The big flat screen. Probably the TV is 50 inch kot. But quite big!



Well yeah that's me. Haha #gigih



Some of the toiletries provided. 
Note : Pinggan, sudu, garfu semua tak disediakan ye. Yang disediakan gelas dan cawan je untuk buat air hihi


Our own private pool at the balcony with a magnificent view. Dekat balcony juga ada bilik sauna. Best!


The view of Panorama Villas from our room. Cantikkk



Kalau rasa macam pool kat bilik tu tak cukup besar, fret not cause di bawah pon ada pool yang lagi besar. Haha. Jom tengok apa yang ada di bawah..



Pool 1



Pool 2

Yang bestnya pool dia ni, swimming time sampai pukul 9 p.m. tau!!! 

Bergambar duluuu haha




Kat sini ada playground, pool and also a gym. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah sewa basikal dan pusing-pusing dalam Lexis, or main tiup-tiup belon tu. (Which I did not take pictures)

Lepas dah bergambo-gambo, baru boleh naik atas balik untuk tukaq baju mandi. Nak berdebus dalam swimming pool! hahaha

 Lepas dah penat swimming kat bawah, boleh sambung swimming kat bilik. Tak kira la pagi ke malam ke tengahari ke, gunakan sebaik-baiknya hari anda haha. 


The view is so beautiful that I just can't have enough of it. Selalu rasa nak tengok luar from our balcony sebab cantik sangat! 





So that night, we decided to go out untuk makan. After makan tu kitorang pun jalan-jalan ambil udara segar di malam hari. Ecewahh gituuww



Kat Lexis, ada Hibiscus Walk. Area ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat. Malam-malam ada zumba, ada pertunjukan api and happening sangat!




Then kami pun pergi makan kat luar. Around 11 p.m. sampai hotel, tetibe semua dah sunyi sepi. Haha



Dah larut malam ayuhla kita pulang ke kamar.

The next day, you know malas day. Rasa malas nak buat apa-apa tapi memikirkan "we need to make full use of what we have paid", so kitorang pon decided to go swimming (again).



Complimentary free drinks untuk di redeem by Lexis.



Harini dah nak balik dah. Rasa sedih pulak. Masalahnya tengah sedih, elok pulak di buat tarian "Selamat Jalan" untuk semua yang dah nak check out tu. Huhu So cute..




Last picture sebelum balik hehe



Lepas dah settle urusan checkout semua, bila sampai kat kereta je, tengok-tengok kereta dah bersih berkilat. Rupanya dia dah carwash kan kereta kita. Aaaaaa terharu sangat!!!

Pros :
- The staffs are very kind. 
- The room is so big and clean.
- The sauna and private pool is super nice!
- I get a free carwash! Haha
- The ambience is so relaxing
- The view is magnificent!
- Suitable for families and friends
- Ada iron (penting!) hahaha

Cons :
- Room too big for couples. So better bawakla family sekali baru berbaloi. Hahaha
- Since this is not an apartment, so pinggan mangkuk of course tak disediakan.
- Check in time terlalu lambat (4 p.m.)


Although it was a short day, overall, I am super duper happy with my stay. I would gladly say that their services are as good as what you have paid for. 

Cheers!

Watch the video I have made on YouTube :



Follow me on instagram at : @miszdae

Wednesday, 18 May 2016

Verve Suites Mont Kiara Review

May 18, 2016 5
Hi semuaaa. Korang pernah tak plan untuk celebrate birthday kat tempat best-best yang siap boleh sleepover sekali?

Ha, antara tempatnya ialah Verve Suites Mont Kiara.

Jadi baru-baru ini saya dan rakan-rakan telah menyambut birthday best friend kami di Verve Suites. Kenapa? Sebab jatuh cinta pada gambar-gambar dia dalam google. Hahaha.

Kita layan dulu gambar-gambar baru saya ulas lebih lanjut.


Jadi masa mula-mula kami masuk ke apartment ini, kami macam 'Amagash exclusive gila tempat ni'. Sebab design ni memang nampak posh la. Tetapi sayangnya, cuma ada satu bilik je apartment ni. Kitorang bayar RM 300 untuk dapatkan apartment yang ada satu bilik je. A bit disappointed la sebab dulu masa birthday saya, kitorang celebrate di Regalia, harga RM 220 untuk apartment 2 bilik. Boleh baca kat post saya ini : Regalia Residence

Nasib baik member aku tergerak hati untuk book another apartment. So kiranya kitorang ada book dua apartment la kan. Ikutkan hati kitorang nak sumbat je 10 orang kat sini, sebab memang assume macam Regalia. Rupanya indah khabar dari rupa. Hahahaha
Tetapi takpela, don't be too quick to judge, so kita relax dulu, enjoy dulu, by the end of next day baru kita comment pasal tempat ni kan. Hahaha

So nak cerita sikit, Verve Suites ni bukan macam any other apartment la. Sebab kat sini memang mostly ada tuan rumahnya. Cuma it's up to the owner himself la nak bagi orang lain menyewa or not. So, tempat ni TAK ADA RECEPTION sebab dia bukan macam hotel. Kalau korang nak book tempat ni, kena go thru websites like booking.com, agoda or airbnb, tapi itu pon owner house dia sendiri yang akan jumpa kita kat mana-mana untuk bagi kunci.

My suggestion is korang book through booking.com je sebab senang. 


Don't be surprised, bilik air dia pintu boleh see through. So sesiapa yang tengah melabur memang kena bersedialah di skodeng. Haahahahaha Best ni untuk honeymoon ni. hahahaha okay geli pulak hahahahaha
Satu bilik je. A bit disappointed to be honest.

Sebenarnya masa nak datang sini, kitorang pergi dua kereta. Saya dan Nad gerak dulu sebab nak decorate apa yang patut untuk birthday, while birthday girl dan rakan-rakan lain datang kemudian. 

Tapi since dorang pon macam lambat lagi je bertolak, so kitorang pon decided untuk berjalan-jalan sekitar Verve Suites ni. Untuk pengetahuan anda, untuk berjalan di sini, anda kena bawak kad kunci anda sebab semua tempat dijaga oleh pintu yang memerlukan kita untuk touch baru boleh melepasinya la even lift dia pun macam tu. So agak leceh la.

First destination kitorang, of course lah Skybeach and Skypool dia! Terletak di tingkat 33A, kami memang terpesona dengan kecantikan tempat ni! Bayangkan ada pantai (although pantai buatan jela) di atas tingkat 33A sambil pemandangan bangunan-bangunan. Memang something new for me, and you guys can try out la.

Memang feel dia macam kat pantai sebab ada pasir dan pokok kelapa tau! Memang tenang sangat kat atas ni..
Nampak tu siap ada kren lagi kat background. Hahaha
Betul-betul bersebelahan pantai ini pula ada skypool. Dia sebenarnya connected to each other. Memang sangat cantik. Best. Tak gayat laaa don't worryyyy hihi.
Boleh lepak minum-minum kat sini. Don't worry takde bar or alcohol kat sini.
Acah-acah serenity sangat

Lepas dah jalan, si Nad rasa cam tak tentu arah sebab tak start decorate apa lagi. Takut dorang tiba-tiba sampai kelam kabut jadinya. So kitorang pun mulakan lah misi menghias bilik untuk birthday decoration.

Tadaaa. Inilah hasil tangan kami. Simple je sebab tak banyak masa sangat. Tapi okay la tu kannn. Hihi

Lepas dah siap decorate, kitorang pun ke bilik satu lagi, sebab actually kitorang rahsiakan dari birthday girl pasal ada book bilik satu lagi (yang dah siap decorate tu). Saya pun mulalah masak, (macam mak-mak pulak) untuk menyambut kedatangan diorang. 

Nampak tak dekat gambar, siap ada periuk nasi k saya bawa. Hahaha. Pan untuk goreng memang disediakan di apartment tu, so kitorang guna je apa ada.

Malam tu, diorang pun tiba. Agenda seterus kami ialah MASAK. Yela, masing-masing dah kebulur, makan nugget je tak mencukupi. Hihi.
Menu kami hari ini ialah tomyam. Dahlah yang masaknya tu birthday girl. Dia pun tak syak apa-apa sebab kitorang sambut birthday dia 5 hari awal. HAHAHAHA. Yela, kalau sambut lambat dari birthday dia, mesti dia boleh assume kan. So untuk elakkan dari jangkaan-jangkaan surprise begitu, kita buat je awal, baru lah takleh syak. Hahahahha

Masa tengah makan tu, si birthday girl nak cuba test makeup kan saya. Hahaha bagus juga, senang untuk event surprise malam ni.

Hasil makeup beliau. Simple but nice. Kasi chance laaaa sekali sekala kena makeup tauuuu. Hihihi

Lepas dah selesai makan dan makeup semua, kitorang main game dulu. Face the cookie. You know, game letak biskut kat dahi then gerak-gerakkan muka supaya biskut tu masuk mulut. Siapa jatuh dia kalah. Well, I was the first one yang kalah la. Maybe makeup sebab tu dia licin *salahkan makeup* hahahahahaha
 
Then konon-konon ajak semua orang nak pergi tengok skypool. Tapi sebelum tu nak singgah bilik Yue dulu sebab dia baru je booking  (konon-konon je)

Bila dah sampai, lampu di pasang, kitorang pun ramai-ramai nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

Masalahnya, yang lawak, si birthday girl ni pun nyanyi sekali sebab dia tak tahu pun  tengah celebrate birthday siapa. Hahahahaha lawakkkkk. Pastu tetiba dia ternampak ada nama TREX, baru lah dia tahu lahhhh kitorang celebrate birthday dia ke. Memang surprise habis ni. HAHAHA.


Ini sebelum kejadian celet mencelet kek la. Hihi

Okay, mata sudah penat, kitorang pun tidur malam tu. 3 dalam bilik, 3 dekat hall, yang lagi 4 orang selamat dah tidur kat bilik diorang tu hehe.
 
Pagi tu, masa nak solat subuh, I was shocked to see the view of the beautiful skyscrapers dari bilik kitorang. CANTIKKK.

Lepas solat subuh, cepat-cepat kitorang bersiap untuk ke skybeach sebab nak tengok sunrise. Nah layan gambar-gambar di bawah ni. Hihihi
 

Saya si gadis batik hahaha. Tak tahu kenapa but I find that batik is attractive lagi-lagi untuk ditonjolkan di tempat begini.
 


Cantikkann sunriseeee. Suka sangatt..
 

After dah puas posing bagai, masa untuk berendam la. 
SEJUK BAK HANGGG. Tapi the view is just spectacular. Don't worry, kat sini tak perlu pakai baju swimming, sebab tak de life guard pun yang jaga.  Even security pun tak heran dan tak halau pun kitorang sbb most of us pakai baju biasa je.

Untuk pengetahuan korang, korang boleh ke Jacuzzi dengan menaiki tangga yang disediakan di skybeach tu la.
 
Kat sini boleh makan-makan dan BBQ. Ada tempat BBQ disediakan
Tempat jacuzzi. Best panasss.
 

Breakfast sandwich berdekatan dengan tempat jacuzzi. Hihi

Lepas dah makan-makan, tiba masanya untuk kemas-kemas barang dan bilik.

Review :

Keseluruhannya I would give 4 stars la. Why?

- Cantik
-Bersih
- Facilities yang disediakan memang terkini
- Rasa selamat sebab dijaga rapi

However, probably it's a bit too pricey la for an apartment with only one room. Tapi, untuk facilities yang disediakan yang memang best, I think berbaloi jugalah untuk cuba sekali sekala.

Itu je review dari saya. Have a good day everyone :)