Verve Suites Mont Kiara Review

10:22:00

Hi semuaaa. Korang pernah tak plan untuk celebrate birthday kat tempat best-best yang siap boleh sleepover sekali?

Ha, antara tempatnya ialah Verve Suites Mont Kiara.

Jadi baru-baru ini saya dan rakan-rakan telah menyambut birthday best friend kami di Verve Suites. Kenapa? Sebab jatuh cinta pada gambar-gambar dia dalam google. Hahaha.

Kita layan dulu gambar-gambar baru saya ulas lebih lanjut.


Jadi masa mula-mula kami masuk ke apartment ini, kami macam 'Amagash exclusive gila tempat ni'. Sebab design ni memang nampak posh la. Tetapi sayangnya, cuma ada satu bilik je apartment ni. Kitorang bayar RM 300 untuk dapatkan apartment yang ada satu bilik je. A bit disappointed la sebab dulu masa birthday saya, kitorang celebrate di Regalia, harga RM 220 untuk apartment 2 bilik. Boleh baca kat post saya ini : Regalia Residence

Nasib baik member aku tergerak hati untuk book another apartment. So kiranya kitorang ada book dua apartment la kan. Ikutkan hati kitorang nak sumbat je 10 orang kat sini, sebab memang assume macam Regalia. Rupanya indah khabar dari rupa. Hahahaha
Tetapi takpela, don't be too quick to judge, so kita relax dulu, enjoy dulu, by the end of next day baru kita comment pasal tempat ni kan. Hahaha

So nak cerita sikit, Verve Suites ni bukan macam any other apartment la. Sebab kat sini memang mostly ada tuan rumahnya. Cuma it's up to the owner himself la nak bagi orang lain menyewa or not. So, tempat ni TAK ADA RECEPTION sebab dia bukan macam hotel. Kalau korang nak book tempat ni, kena go thru websites like booking.com, agoda or airbnb, tapi itu pon owner house dia sendiri yang akan jumpa kita kat mana-mana untuk bagi kunci.

My suggestion is korang book through booking.com je sebab senang. 


Don't be surprised, bilik air dia pintu boleh see through. So sesiapa yang tengah melabur memang kena bersedialah di skodeng. Haahahahaha Best ni untuk honeymoon ni. hahahaha okay geli pulak hahahahaha
Satu bilik je. A bit disappointed to be honest.

Sebenarnya masa nak datang sini, kitorang pergi dua kereta. Saya dan Nad gerak dulu sebab nak decorate apa yang patut untuk birthday, while birthday girl dan rakan-rakan lain datang kemudian. 

Tapi since dorang pon macam lambat lagi je bertolak, so kitorang pon decided untuk berjalan-jalan sekitar Verve Suites ni. Untuk pengetahuan anda, untuk berjalan di sini, anda kena bawak kad kunci anda sebab semua tempat dijaga oleh pintu yang memerlukan kita untuk touch baru boleh melepasinya la even lift dia pun macam tu. So agak leceh la.

First destination kitorang, of course lah Skybeach and Skypool dia! Terletak di tingkat 33A, kami memang terpesona dengan kecantikan tempat ni! Bayangkan ada pantai (although pantai buatan jela) di atas tingkat 33A sambil pemandangan bangunan-bangunan. Memang something new for me, and you guys can try out la.

Memang feel dia macam kat pantai sebab ada pasir dan pokok kelapa tau! Memang tenang sangat kat atas ni..
Nampak tu siap ada kren lagi kat background. Hahaha
Betul-betul bersebelahan pantai ini pula ada skypool. Dia sebenarnya connected to each other. Memang sangat cantik. Best. Tak gayat laaa don't worryyyy hihi.
Boleh lepak minum-minum kat sini. Don't worry takde bar or alcohol kat sini.
Acah-acah serenity sangat

Lepas dah jalan, si Nad rasa cam tak tentu arah sebab tak start decorate apa lagi. Takut dorang tiba-tiba sampai kelam kabut jadinya. So kitorang pun mulakan lah misi menghias bilik untuk birthday decoration.

Tadaaa. Inilah hasil tangan kami. Simple je sebab tak banyak masa sangat. Tapi okay la tu kannn. Hihi

Lepas dah siap decorate, kitorang pun ke bilik satu lagi, sebab actually kitorang rahsiakan dari birthday girl pasal ada book bilik satu lagi (yang dah siap decorate tu). Saya pun mulalah masak, (macam mak-mak pulak) untuk menyambut kedatangan diorang. 

Nampak tak dekat gambar, siap ada periuk nasi k saya bawa. Hahaha. Pan untuk goreng memang disediakan di apartment tu, so kitorang guna je apa ada.

Malam tu, diorang pun tiba. Agenda seterus kami ialah MASAK. Yela, masing-masing dah kebulur, makan nugget je tak mencukupi. Hihi.
Menu kami hari ini ialah tomyam. Dahlah yang masaknya tu birthday girl. Dia pun tak syak apa-apa sebab kitorang sambut birthday dia 5 hari awal. HAHAHAHA. Yela, kalau sambut lambat dari birthday dia, mesti dia boleh assume kan. So untuk elakkan dari jangkaan-jangkaan surprise begitu, kita buat je awal, baru lah takleh syak. Hahahahha

Masa tengah makan tu, si birthday girl nak cuba test makeup kan saya. Hahaha bagus juga, senang untuk event surprise malam ni.

Hasil makeup beliau. Simple but nice. Kasi chance laaaa sekali sekala kena makeup tauuuu. Hihihi

Lepas dah selesai makan dan makeup semua, kitorang main game dulu. Face the cookie. You know, game letak biskut kat dahi then gerak-gerakkan muka supaya biskut tu masuk mulut. Siapa jatuh dia kalah. Well, I was the first one yang kalah la. Maybe makeup sebab tu dia licin *salahkan makeup* hahahahahaha
 
Then konon-konon ajak semua orang nak pergi tengok skypool. Tapi sebelum tu nak singgah bilik Yue dulu sebab dia baru je booking  (konon-konon je)

Bila dah sampai, lampu di pasang, kitorang pun ramai-ramai nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

Masalahnya, yang lawak, si birthday girl ni pun nyanyi sekali sebab dia tak tahu pun  tengah celebrate birthday siapa. Hahahahaha lawakkkkk. Pastu tetiba dia ternampak ada nama TREX, baru lah dia tahu lahhhh kitorang celebrate birthday dia ke. Memang surprise habis ni. HAHAHA.


Ini sebelum kejadian celet mencelet kek la. Hihi

Okay, mata sudah penat, kitorang pun tidur malam tu. 3 dalam bilik, 3 dekat hall, yang lagi 4 orang selamat dah tidur kat bilik diorang tu hehe.
 
Pagi tu, masa nak solat subuh, I was shocked to see the view of the beautiful skyscrapers dari bilik kitorang. CANTIKKK.

Lepas solat subuh, cepat-cepat kitorang bersiap untuk ke skybeach sebab nak tengok sunrise. Nah layan gambar-gambar di bawah ni. Hihihi
 

Saya si gadis batik hahaha. Tak tahu kenapa but I find that batik is attractive lagi-lagi untuk ditonjolkan di tempat begini.
 


Cantikkann sunriseeee. Suka sangatt..
 

After dah puas posing bagai, masa untuk berendam la. 
SEJUK BAK HANGGG. Tapi the view is just spectacular. Don't worry, kat sini tak perlu pakai baju swimming, sebab tak de life guard pun yang jaga.  Even security pun tak heran dan tak halau pun kitorang sbb most of us pakai baju biasa je.

Untuk pengetahuan korang, korang boleh ke Jacuzzi dengan menaiki tangga yang disediakan di skybeach tu la.
 
Kat sini boleh makan-makan dan BBQ. Ada tempat BBQ disediakan
Tempat jacuzzi. Best panasss.
 

Breakfast sandwich berdekatan dengan tempat jacuzzi. Hihi

Lepas dah makan-makan, tiba masanya untuk kemas-kemas barang dan bilik.

Review :

Keseluruhannya I would give 4 stars la. Why?

- Cantik
-Bersih
- Facilities yang disediakan memang terkini
- Rasa selamat sebab dijaga rapi

However, probably it's a bit too pricey la for an apartment with only one room. Tapi, untuk facilities yang disediakan yang memang best, I think berbaloi jugalah untuk cuba sekali sekala.

Itu je review dari saya. Have a good day everyone :)

Related Post

5 comments

  1. bestnyaaaa, tak pernah terfikir pulak nak celebrate birthday kt tempat-tempat macam ni. hihi. boleh try lah sesekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Boleh lah cuba nanti :)

      Delete
  2. Nanti awal tu kne bayar rm300 deposit ke?masa check in amek kunci?

    ReplyDelete