Assalamualaikum dan hai semua. Harini saje nak share tempat makan menarik di Cameron Highland yang ramai orang recommend untuk try.
Jadi kami pun try la restoran Abang Strawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia. Kat sini memang ramai sangat orang. Mungkin kerana terdapat banyak Homestay di kawasan ini.
Masa masuk tu, terpesona dengan kecantikan restoran ini!
200 seeds cafe ni pun terletak dalam Abang Strawberry. Mungkin saje kot bagi fengfeeling cafe gitteew.
Dalam restoran ni pun ada kebun strawberry!
Okay okay, enough. Since dah lapar sangat, maka kami pun order la makanan. Kat sini konsep dia bayar dulu, baru makan. Sepatutnya order tulis dalam kertas kecik kat meja kita tu baru bagi kat kaunter, tapi masalahnya ramai pula baru nak order kat kaunter. Maka ia menyebabkan beratur panjangggg.
Menu special di Abang Strawberry ialah Nasi Lemak Strawberry dan Strawberry Split. So ape lagi, mesti la nak cuba!
Walaupun order di kaunter mungkin mengambil masa yang lama, tapi servis dia memang betul-betul cepat! Baru je order, dalam 5 minit dan sampai makanan! Thumbs up!
Nasi Lemak Strawberry RM 9.90
Rupa dia menarik la juga, something new. Tapi tulah, to be honest, rasa dia biasa je. Takde WOW factor, takde rasa lemak, tak rasa macam nasi lemak pun haha. Tapi dah lapau jadi makan jerrr.
Strawberry Split RM 9.90
Ni pun biasa-biasa je. Jadi datang makan sini untuk bergambar jela ye, sebab rasa dia memang biasa jeeee! Hihi.
Ohh tapi Mee Kari dia sedap. So boleh order yang tu.
Ada yang sedap, ada yang biasa je makanan dia. Biasa tu bukan la sampai jatuh tahap tak sedap langsung sampai takleh makan. Tak, tak, boleh makan, cuma jangan expect rasa dia wow gitu laaaa.
Sesiapa yang nak ke Abang Strawberry, bolehla ke :
Abang Strawberry,
Kampung Taman Sedia,
Cameron Highland
No comments:
Post a Comment