Sunday, 14 October 2018

Review Unicorn 25 Cafe Puchong




Salam. Adakah anda ingin mencari cafe untuk bersantai ataupun untuk meraikan hari jadi orang yang sangat istimewa? Maka Unicorn 25 adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Dengan menyajikan pelbagai menu menarik, anda pasti tertarik! Antara hidangan yang anda perlu cuba ialah Bird Cage High Tea, di mana hidangan akan dihidangkan di dalam sangkar burung berserta dekorasi yang menarik!



Waahhh menarik bukan setting makanannya!! Berikut merupakan list yang perlu korang cuba sekiranya korang datang ke cafe ini.

BIRD CAGE ALL DAY HI TEA (2-4 PAX)



Cantikkan setting ala-ala bird's cage ni. First time jumpa. Memang unik! 

APA YANG INCLUDED?

Yang bestnya set ini ialah, dia ada pelbagai jenis hidangan, jadi anda boleh cuba macam-macam! Antaranya ialah Mini croissants, mini scones, salad cup, smoked chicken burger, sandwiches, creme brulees, mini cakes, chocolate cups, fruit tarts, unicorn cupcakes, unicorn macarons. 



That unicorn cupcakes and macarons are so cute!





Fuhhh macam-macam ada, jadi memang kena makan berkongsi sebab kalau makan sorang tak habisssss.



Hidangan ini memang patut dikongsikan antara 2 - 4 orang sebab kalau makan sorang tak habis! 

DUTCH BABY PANCAKE

Selain itu, anda juga perlu mencuba Dutch baby pancake kerana ia merupakan antara hidangan signature di cafe ini! 


Apa yang menariknya ialah, owner kafe Unicorn 25 ini sendiri pergi ke Korea untuk mempelajari cara untuk membuat baby pancake ini! Jadi, pastinya hidangan ini istimewa sekali!

CHOCO BERRY TOAST

Sekarang tengah famous Baked Tokyo Shibuya Toast kan? Jangan risau sebab kat sini pun ada untuk korang cuba!





Just look at the details. Mouth watering! 



It consists of baked shibuya toast, served with vanilla ice cream, fresh strawberries, dan disalut dengan homemade chocolate whipped cream and chocolate sauce. Nyummy!!

Ada juga pilihan-pilihan lain seperti mashmallow, banana, honey, cheese, so depends pada korang nak cuba yang mana heeee.




Kena makan cepat sebelum aiskrim dia cair! 

TUNE-NA WAFFLE



Nak try satu kelainan? Cuba la Tune-Na Waffle dia! 





Just imagine that crispy waffle, with tuna on top perghhhh, rare. 
Mesti makan time panas-panas untuk menikmati rasa waffle tu!



Rasa dia sweet and savoury, which is quite a surprising yet pleasant combination! Nyummyyy

Mungkin ada yang bertanya, cafe ni ada tak makanan yang berat? Of course! Nak spaghetti, nasi, semua ada! 

KOREAN VOLCANIC RICE

Haa, nama dia kerlasss kan. Macam ala-ala Mr Dakgalbi, yang ada nasi goreng dengan cheese. Bagi penggemar cheese boleh cuba!



Nak makanan jepun, western pun ada. Boleh tengok menu di bawah ini nanti ye. Macam-macam ada!

DRINKS

Of course kalau kita datang untuk makan, tak lengkap kalau takde minumnya kan? Haa so ini antara air yang menjadi signature di cafe ini untuk anda cuba




From left : Super Mix Berries, Skying Night, Prosperity Pomelo Lychee

Ada banyak lagi pilihan minuman to choose from.


Serba sedikit mengenai Unicorn 25 Cafe ini, macamana nama ini boleh terhasil? Jadi, mereka menerangkan bahawa Unicorn represents luck because it is a mythical creature, while the number 25 pula memberi makna positivity, caring and good vibes.

Yes, the surrounding of this cafe itself has a good vibe! Love the interior! Sesuai untuk buat event macam birthday party dan bachelorette!










Behind the scene gittuwww


MENU UNICORN 25
*SCROLL DOWN TO SEE MORE*


















Overall, it is a great place to hangout with your friends and family! The food was great, the vibes was fantastic, the staff was friendly. LOVE ITTTTT.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk mengadakan event harijadi atau menyambut bachelorette, atau hanya sekadar untuk bersantai-santai, bolehlah ke Unicorn 25!

DISCLAIMER : At the time I dihidangkan makanan ini, memang sedap. So tak tahu in the future macamana whether dia boleh maintain the quality or not.



UNICORN 25 CAFE

Address: SS-01-19 Skypod Square Persiaran Puchong Jaya Selatan Bandar Puchong Jaya, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Opening hours :


Weekdays : 10.30 AM - 10.30 PM
Weekends : 9 AM - 10.30 PM

FB : unicorn25cafe

Want me to review your restaurant? Email me now at : alleydae@yahoo.com


No comments:

Post a Comment