Assalamualaikum dan hai semua.
Ada plan nak pergi ke Cameron Highland? Haa, harini nak cerita la yang baru-baru ni dae pergi ke Cameron Highland. Tak lama pun, sekejap je. Pergi Sabtu, balik Ahad.
Sabtu tu bertolak pukul 8.30 pagi dari KL.
Perjalanan mengambil lebih kurang 3 jam setengah dari KL.
Masuk exit Tapah. Jadi tibanya dalam pukul 12 tengahari. Bila dah sampai tu terus dah rasa lapar. Jadi kami pun cari la kedai-kedai menarik untuk dicuba.
Kami pun try restoran Abang Strawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia. Kat sini memang ramai sangat orang. Mungkin kerana terdapat banyak Homestay di kawasan ini.
Masa masuk tu, terpesona dengan kecantikan restoran ini!
200 seeds cafe ni pun terletak dalam Abang Strawberry. Mungkin saje kot bagi fengfeeling cafe gitteew.
Dalam restoran ni pun ada kebun strawberry!
Okay okay, enough. Since dah lapar sangat, maka kami pun order la makanan. Kat sini konsep dia bayar dulu, baru makan. Sepatutnya order tulis dalam kertas kecik kat meja kita tu baru bagi kat kaunter, tapi masalahnya ramai pula baru nak order kat kaunter. Maka ia menyebabkan beratur panjangggg.
Menu special di Abang Strawberry ialah Nasi Lemak Strawberry dan Strawberry Split. So ape lagi, mesti la nak cuba!
Walaupun order di kaunter mungkin mengambil masa yang lama, tapi servis dia memang betul-betul cepat! Baru je order, dalam 5 minit dan sampai makanan! Thumbs up!
Nasi Lemak Strawberry RM 9.90
Rupa dia menarik la juga, something new. Tapi tulah, to be honest, rasa dia biasa je. Takde WOW factor, takde rasa lemak, tak rasa macam nasi lemak pun haha. Tapi dah lapau jadi makan jerrr.
Strawberry Split RM 9.90
Ni pun biasa-biasa je. Jadi datang makan sini untuk bergambar jela ye, sebab rasa dia memang biasa jeeee! Hihi.
Ohh tapi Mee Kari dia sedap. So boleh order yang tu.
Lepas dah makan, kitorang pun jalan-jalan ambil udara sejuk Cameron yang tak sesejuk dulu. Sepanjang kawasan ni, ada banyak kebun strawberry. So saje la masuk dalam salah sebuah kebun strawberry.
Nak masuk kena bagi deposit RM 10, lepas dah petik strawberry, kalau 100g kira dia tolak jela RM 10 tu.
Jadi mohle kita bergambo bebanyak. hahaha
Strawberry picking with my husband.
Tak banyak dapat tapi happy! hahaha
Lepas dah petik tu, bila timbang, dalam 90gram camtu kot, pastu abang kedai tu pon tampai strawberry bagi ngam 100 gram (in fact lebih dia bagi).
Jadi kami pulang dengan kegembiraan walaupun tahu strawberry dia mesti masam! hahaha.
Untuk korang yang nak ke Cameron Highlands, dae cadang korang stay di apartment Zetter Suites, Brinchang. Harga boleh check di :
Sebab memang sangat sangat cantik! Apa yang lagi best ialah, bawah apartment Zetter Suites ni je boleh terus pergi pasar malam! Tak payah susah-susah cari parking dah. Jalan kaki je. hahaha
Best pasar malam ni. Macam-macam ada.
Pokok kenit-kenit yang cute ada.
Makanan yang pelbagai pun ada. Fengfeeling Korea tau banyak street food! haha
Sedappp. Makan panas-panas tu. nyummmm
That night tak buat apa sangat sebab letih. The next morning, of course kalau dah sampai Cameron tu mesti nak pergi ke ladang teh dia kan? haa so kami pun ke ladang Cameron Valley Tea House (Bharat)
Kat sini ada cafe, but of course, harga dia overpriced yalls.
Whatever it is, mesti la nak bergambar. Hahaha
Untuk pengetahuan korang, nak masuk ke ladang teh tu sekarang kena bayar ye. RM 2 per person. Kalau dulu free kan. Sekarang no more.
So kalau taknak bayar, korang ambil gambar jela kat kafe ni. Cantik juga pemandangan dia
Tapi alang-alang dah sampai, masuk jela. hihi
View bila dah masuk. Niceee
Nampak tak ada wristband hijau kat tangan tu? Haa, kalau dah bayar RM 2, kita kena pakai benda tu, baru lah boleh masuk. Macam nak masuk theme park tuu. Haha
Posing separa baring kat pokok-pokok teh tu. hehe
Cantik sangat! Love the view!!
Rahul dan Anjoli.
Maka, itu jela trip kami. Memang sekejap sangatt. Hahaha. Pergi untuk cuci mata. Itu pon tak sempat nak pergi Lavender farm, MARDI dan lain-lain. Next time nak pergi lagiiiiiii.
Till then, byeeeee
mewahnya nmpak design dia... ^^
ReplyDeletekannn cantikkkk :)
Deletebetul nampak mewah tapi tak mahal pun semalam <3
Deleteenglish scotties aprt tu.. design pun cantik.. cari makn pun senang. turun je kat bawah pasar tu.. ok bolh masuk list
ReplyDeletebetullll hehehe <3
Delete