Tuesday, 6 March 2018

Cara Dapatkan Tiket Flight Murah untuk ke Eropah



Hi semua. Memandangkan ramaiiii tanya macamana saya dapat pergi ke Eropah murah, bawah RM 3000, jadi, hari ni saya akan share post khas untuk cara-cara membeli tiket murah ke Eropah (ini cara saya yeee).

Boleh klik link # di bawah untuk baca trip backpack saya ke Eropah secara bajet dengan harga yang super duper murah.

(Cover Tehran, Istanbul, Athens, Rome, London, Amsterdam, Paris)

***************

Ada banyak cara untuk menerokai Europe, dan antara cara yang famous ialah melalui penerbangan ataupun keretapi. Sekiranya anda mempunyai masa yang banyak, maka eloklah naik keretapi untuk menikmati keindahan Eropah. Tetapi kerana saya mengejar masa, maka, penerbangan la cara paling mudah (dan memandangkan saya obses dengan kapal terbang, maka sudah tentunya penerbangan pilihan hati saya)

Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM 404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah la, kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain. Ini digelar sebagai Multiple Flights, dan sebab itu juga harganya murah.

Jadi, saya nak ajar satu tips macamana nak plan untuk multiple flights ni.

1. Pertama sekali, buka Kiwi.com. 

Bagi saya, ini adalah website paling terbaik jikalau anda mahu menerokai Eropah secara penerbangan. 

Website ini membolehkan anda untuk plan dari destinasi A --> destinasi B --> destinasi C dan seterusnya dan mengetahui harga tiket penerbangan pada hari yang kita pilih itu.

Sebagai contoh di bawah yang saya cuba survey semasa plan ke Eropah.


Plan A 


Website ini juga menunjukkan dengan jelas route yang kita akan lalui dengan anak panah yang berwarna warni. Selain itu, website ini juga menunjukkan syarikat penerbangan yang kita akan naiki menurut route yang telah kita tetapkan itu. 



Plan B


Rumusan penerbangan secara kasar plan A yang akan dilakukan di kemudian hari. Website ini turut menawarkan perkhidmatan booking untuk segala penerbangan yang telah anda pilih. Namun, saya lebih sarankan anda book direct ke website airlines yang dinyatakan.

Sebagai contoh, jika kita lihat di kiwi.com, penerbangan dari Tehran -> Istanbul, syarikat penerbangan termurah ialah menerusi Pegasus. 

Maka, kita harus booking terus di website Pegasus seperti di bawah :


Istanbul --> Athens melalui Aegean


Rome --> Paris melalui RyanAir


Semua di atas hanyalah contoh sahaja yang Miszdae ingin tunjukkan tetapi ketika screenshot dilakukan, itu bukanlah plan final kami. Setelah dirancang dengan teliti bersama rakan backpack akhirnya di bawah merupakan final penerbangan yang telah di book :



Total penerbangan : RM 1762.88

Untuk flight pergi balik dari Kuala Lumpur --> Tehran -->  Istanbul --> Athens --> Rome --> London --> Amsterdam --> Paris --> Tehran ---> Kuala Lumpur, total penerbangan ialah RM 1762.88. Jauhhhh lebih murah dari beli tiket direct kul - london - kul contohnya.

Tetapi, difahamkan, Air Asia bakal menutup route ke Tehran April 2018 ini (tapi tak tahu la, dari tahun lepas cakap nak tutup, tutup sekejap pastu bukak balik). Tapiiiii marilahhh kita berharap yang Air Asia akan buka kembali. Banyak faedah flight ke Tehran niiii. So sebelum dia tutup, marilah kita ke Europe puas-puas. Huhuhu

But not to worry, banyak je lagi alternatives untuk ke Europe murah. Antaranya ialah pergi direct to Istanbul, and from Istanbul baru beli tiket flight to Europe. Tapi sepanjang pemerhatian saya, flight direct ke Paris pon selalu murah. Kadang boleh dapat RM 1500 pergi balik. 

Another alternatives I discovered is, cuba dapatkan tiket flight air asia yang murah ke Chennai, sebab dari Chennai untuk ke Paris dah murah (i dont know why tapi haritu i ada survery, pergi balik RM 1k). Banyak je cara, and I find that using multiflights is a lotttttttt cheaper.

Kalau korang student, lagi best. Boleh beli international student card untuk dapatkan macam-macam discounts, especially untuk flights.





Best sebab boleh dapatkan discounts untuk penerbangan dan banyak lagi discounts lain. Boleh tengok contoh di bawah, atau nak lagi senang boleh pegi website dia jeeee.




Bukan sahaja international boleh enjoy, even dalam negara pon boleh juga dengan adanya international kad ni. Tapi terpulang laa, ini antara caranya sahaja hihi


You can also rajinkan diri (huhu) check promosi oleh airlines. Soon ada MATTA Fair di PWTC, mesti banyak promo murah-murah. All the best and happy travelling semuaaaaa. 
Lots of loveeee

Other related posts that you might want to read :








3 comments:

  1. Xder ke mane2 grup bagpacker nk join

    ReplyDelete
  2. Holiday break Hashtags -- Develop a one of a kind hyderabad things to do holiday break hashtag make use of intended for providing persons in concert. Work with well-known holiday break hashtags likewise. #HappyHolidays, #ChristmasTree, #WinterWonderland, in addition to #ChristmasMiracle usually are only a few suggestions.

    ReplyDelete
  3. for playing games and come to play and give away the credit that the players do not delay Come to apply as a member and come to play, and more than that. that players will think to play online games that will have more and if the player that will be able to come into play and also pay attention to want and to be able to come into play and still start and ready to come in play and still make money go with online games ambbet ambbet

    ReplyDelete