Monday 2 November 2015

Cara Buat Passport untuk Pertama Kali



Hai semua. Ready nak jadi traveller? Dah beli tiket flight? Dah book hostel? Tapi... Belum ada passport? Alamak itu masalah besar tuu!

Haa, harini missdae nak habaq mai cara nak buat passport. Aku sebenarnya dari baby lagi dah ada passort, so tak pernah ada pengalaman first time buat passport sendiri sbb everytime cuma kena renew passport je. (Dulu la boleh renew, sekarang kena buat passport baru, tapi data dia dah ada, so berbeza sikit procedure berbanding orang yang first time buat)

First sekali, kat mana nak buat passport?

Setakat ni, ada 2 je cara nak buat passport :

1. Jabatan Imigresen Malaysia
2. UTC

Berapa harga passport sekarang ?


Menurut Jabatan Imigresen yang aku baru pergi tadi (2/11/2015), harga passport Malaysia terkini ialah RM 200 untuk tempoh 5 tahun. Untung korang tau. Dulu masa kecik2 dulu aku rasa passport ni macam sesuatu benda yang mahal. Even masa kecik takdela value money sgt, tp yela boleh tau la kan hahaha

Apa yang perlu dibawa untuk buat passport?

1. Bawa salinan IC 1 keping
2. Bawa duit RM 200
3. Bawa diri

Yes itu je. kalau tanya tak perlu bawak gambar ke? Nopeee tak perlu susah2.

So kitorang pon ke Jabatan Imigresen, Ayer Keroh, Melaka. Cara nak ke sini ialah :

Korang lalu highway PLUS dan amik exit Ayer Keroh. Lepas tu straight sampai jumpa trafic light yang nampak mydin tu, cepat2 belok kiri. Kiranya simpang empat tu, kalau ke kanan pergi mydin, ke kiri pergi area telok mas, muar camtu. Haaa amik yang tu. Then jalan straight korang akan jumpa roundabout. Ambil 6 o'clock, kiranya cam korang U-Turn je balik, tapi akan nampak bangunan jpn di belah kiri warna coklat. So masuk ke Jabatan Imigresen dia.

Setibanya di sana, kena ambil nombor dulu. Tapi masa nak ambil nombor tu, abang tu tanya 

"First time buat passport ke dah penah ada passport?"

"First time"

"Kalau first time ada bawak salinan IC tak? Kalau takde, kena fotostat di bawah"

Dan di situ la baru aku tahu first timers kena bawak salinan IC. Ingat tu k!






Adik gua. Masa tu nombor 1088. Kitorang 1089. Nampak tak betapa takde orangnya. Betul la teori aku hahahaha


Someone's promoting himself.


Segala urusan hanya buat di kaunter je. Bagi salinan IC, cap jari kiri kanan, tanda tangan sini sana, and ambil gambar passport.



Best kan, sekarang tak payah susah2 buat gambar passport kat luar. Toleh je muka dah ada kamera besar gedabak di sebelah. So semuanya settle time tu juga. Bagus la kemajuan zaman sekarang, I likeeee. Cumanya, kalau gambar tudung senget benget tu tak leh buat apa la. Kalau g kedai gambar cina at least boleh minta ambil gambar sekali lagi hahahaha


Lepas dah settle tu boleh la buat pembayaran sebanyak RM 200. Resit tu simpan untuk jadikan bukti semasa pengambilan passport, Passport siap dalam masa sejam. Time tu kitorang dtg around 3.15, selesai urusan around 3.30. So passport boleh pickup pukul 4.30 ptg. Awesome kannnn tak perlu tunggu lama2. Tabikk

So pkul 4.30 ptg, adik aku pon pergi la ambil passport dia dengan bangganya. Jadi, begitu la ceritanya hahahaaha..

Kalau nak renew passport, just ambil nombor je, tak perlu salinan IC dh. Selepas tu procedure dia sama je.

Selamat bercuti gaissss

11 comments:

  1. Assslam. Cik missdae.
    Hang asyik tulis JPN beberapa kali. Jangan terkeliru, JPN ialah Jab. Pendaftaran Negara tempat buat Kad Pengenalan. Tempat buat Pasport yang hang dok cerita ini ialah Jab. Imigresen Malaysia atau JIM.
    Terima kasih..jangan marah naa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kat atas tu saya tulis di melaka, JPN dan tempat buat passport dalam bangunan yang samaaaaa.

      Bukannya saya maksud saya buat di JPN. Harap tak tersalah baca. Terima kasih dan maaf diatas kekeliruan

      Delete
  2. ok terima kasih Misz Dae, jadi bersemangat baca entri ni..doakan sy dapat keluar negara satu hari nnti."satu hari nnti" tu dlm 3 4 tahun lg,taknak lambat sgt,nnti dah tua..

    ReplyDelete
  3. saya p jpn mana ada buat passport...depa soh p imigresen, jpn x buat passport depa buat ic n surat beranak ja..buang masa ja p sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kat atas tu saya tulis di Melaka, JPN dan tempat buat passport dalam bangunan yang samaaaaa. Kitorang panggil JPN sebab senang, pendekkan je terus nama tu sbb dia memang dalam bangunan yang sama.
      Bukannya saya maksud saya buat di JPN. Harap tak tersalah baca. Terima kasih

      Delete
  4. Jabatan IMIGRESEN lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba baca betul-betul dan satu persatu-satu

      Delete
  5. Sampai kat kaunter , dia ada tanya tak ada bawak gambar passport ke tak ? boleh wasap saya untuk jawapan 01155940227

    ReplyDelete
  6. Surat beranak takyah bawa kan utk 1st time?

    ReplyDelete
  7. I am very enjoyed for this blog. Its an informative topic. It help me very much to solve some problems. Its opportunity are so fantastic and working style so speedy. Passports

    ReplyDelete
  8. There is so much in this article that I would never have thought of on my own. Your content gives readers things to think about in an interesting way. migronis.com

    ReplyDelete