Cable car di Genting Highland

March 05, 2018






Salam semua. Baru-baru ni iols baru je balik dari Genting Highland. Pergi pon last minute sebab dapat hotel free di First World Hote. Haaa nak tahu camne nak dapatkan hotel free? Nanti i akan share kan how I got it free hehe.

Since dah dapat hotel free, kitorang pon bertolak la ke Genting that morning. Perjalanan rupanya sejam je dari KL. Takdela jauh sangat. Perjalanan naik pon okay la, takdela pening sangat haha. 

Firstly, kitorang park di Genting Highland Premium outlet. The reason is, sebab nak naik cable car. Hashtag gigih.. Masa i google cable car genting, rupanya ada satu cable car tu tutup, which is cable car yang lama tu zaman kita kecik2. Sekarang ni yang dibuka ialah Awana SkyWay sahaja. So untuk naik cable car Skyway ni, boleh bermula di Genting Oremium Outlet. Nama station di Genting Premium Outlet ni ialah Awana Station. Park je kereta korang kat situ and naik cable car saaaammmmpai ke SkyAvenue station (berdekatan First World Hotel) 

Tengok map di bawah




Kelebihan naik cable car ialah korang tak payah lalu jalan yang macam ular tu. Gambar di bawah ialah waze yang I dah screenshot dari Genting Premium Outlet untuk ke First World hotel dengan menaiki KERETA.




Okay boleh tahan nak muntah bila teringat hahaha. Tapi antara kelemahan naik cable car pula ialah tak boleh bawak bag luggage yang besar. So terpulangla korang prefer yang mana.


Back to the story, di Genting Premium Outlet, kami pon carila signboard Awana Skyway, sebab gigih naik naik cable car kan. Hahaha. 


So ikut je signboard macam di atas.




Ikut je signboard


Bila dah sampai, korang boleh pilih la, nak beli kat kaunter atau di kiosk. Cam i, prefer kiosk la, lagi senang hehe




So cara nak beli tiket pada kiosk ni agak mudah


Pilih bahasa yang korang nak


Beli tiket yang dikehendaki. For me better terus beli return je, so da ada tiket pergi balik siap-siap. Kalau korang nak thrill, and jenis tak gayat, ambikla glass floor gondola. Boleh nampak bawah terus hehehe. Tapi iols gayattttt so taknakkkk


Klik berapa banyak korang nak. Macam kitorang sebab pergi berdua, so harga pergi balik untuk 2 orang RM 32 la.


Dah beli tiket, boleh la naik cable car. Yeayyyyy. 

From Awana station, the next stop is Chin Swee Station. Kat sini ikut kome la nak turun ke tak, tapi for me dah alang2 tu turun jelaaa tengok ape yang best. Hihi









Cantik gak tempat ni. Tapi dua gambar ni cukup hihi. Nanti i update lagi ape best di sini kat post lain ye..

Next stop is SkyAvenue station. On the way naik ke sini, korang akan nampak 21st Century Park tengah under construction.





So inilah station Skyavenue. Dia link terus dengan shopping mall skyavenue yang best gilerrrr..


But for now I nak share pasal cable car je dulu. Trip 2days 1night di genting i akan share kemudian. And not to forget, cara dapat hotel free pon i akan share jugak, in sha allah. Till then, have a nice day everyone ❤️















Related Post

3 comments

  1. Tengok yang jalan bengkang bengkok tu pun dah rasa pening.. hahaha so better naik cable car kan.. lagi-lagi for bagpackers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulaaaaaaa mmg nak termuntah ponnn kalau naik kereta lagi2 time nak balik haha

      Delete
  2. kalau nk ke first world hotel tu,,kena teruskan naik cable car smpai atas ye?

    ReplyDelete

FOLLOW ME

submit a blog