Tuesday, 6 February 2018

Rest and Relax di Penginapan Mewah 5 Bintang di One World Hotel






Hi semuaaaa. Apa khabar?

Hari ini Miszdae nak share sesuatu yang best! Okay, kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibu kota sendiri pon tiada kan?

Walaubagaimanapun, kalau kita sanggup, boleh saja untuk cuba bermalam di kota tapi bukan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai contoh, kawasan Petaling Jaya yang kurang kesesakannya berbanding ibu negara Malaysia. Satu dua malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di bandar ini tau! Dan di manakah tempat paling sesuai untuk bermalam di Petaling Jaya? Sudah tentulah di One World Hotel, di Bandar Utama.


Seperti namanya yang jelas bermaksud ‘satu dunia’, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan pusat Bandar Utama iaitu bersebelahan bangunan-bangunan syarikat penting seperti Sri Pentas milik Media Prima dan bangunan IBM. Ia juga benar-benar bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Dengan pembukaan pengangkutan awam terbaru negara iaitu MRT atau Transit Aliran Massa, sebuah stesen bernama Bandar Utama telahpun siap dibina di sebelah hotel mewah ini. Lantas, ia terlalu mudah ditujui jika ada yang ingin ke hotel ini dengan menaiki pengangkutan awam selain kereta, bas dan teksi.


Lokasi strategiknya yang bercantum dengan One Utama, pusat membeli belah terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbaik di dunia (diakui oleh CNN), memudahkan perjalanan ke pusat membeli belah tersebut. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Tidak lupa juga ia sangat berdekatan dengan jalan ke kawasan komersial Mutiara Damansara di mana terletaknya The Curve dan IKEA (yang boleh dikunjungi dengan MRT). Malah The Curve dan IKEA hanyalah satu stesen sahaja dari stesen Bandar Utama di sebelah hotel ini.





Hotel yang menyediakan 438 buah bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Ini termasuklah suite-suite mewah untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Dilengkapi dengan pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat, hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya. Beberapa bilik suite eksekutif di hotel ini juga mempunyai kerusi urutnya sendiri.


Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini mampu menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik executive dan premier. Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Lounge tersebut yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga, mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di situ.


Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Ini termasuklah Cinnamon Coffee House, Restoran Jepun Kura, Restoran Cina Zuan Yuan, dan beberapa tempat makan lagi. Tidak kira sajian Asia atau barat, semuanya ada di One World. Malah, pilihan sajian buffet di Cinnamon Coffee House hotel ini barangkali antara yang terbaik di Malaysia. Ini kerana pilihannya begitu banyak dan benar-benar menyelerakan!



Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, One World menampilkan Long Bar, yang sering mewarnai malam penghujungnya dengan kehadiran DJ-DJ, serta kumpulan-kumpulan kugiran terkemuka. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya. Jadi buat anda yang tidak pernah terfikir untuk mencuba bermalam di Petaling Jaya, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan pengangkutan awam MRT serta pusat membeli belah di setiap penjuru sabaik sahaja anda melangkah keluar, One World Hotel pasti pilihan yang bijaksana.

Jangan lupa download apps Traveloka di Mobile anda, dan buat reservation sekarang. Book dengan Traveloka adalah yang terbaik kerana anda boleh check One World Hotel price online. Buatlah tempahan sekarang, dan selamat bercuti!

1 comment:

  1. Nice! Maybe boleh recommend some of my friends yg nak bercuti di Malaysia..

    ReplyDelete