Tokyo German Village, Chiba

12:04:00

Ohaiyo Gozaimasu!! Ecewah sejak duduk jepun tetibe cakap Jepun pulak. Hahahaha.

Nak baca post sebelum ni, boleh klik link di bawah :


So ini lah morning view kami dari hotel. Cantik sangat

Siap ada pelangi. Sugoiiiiii



Tak tahu la pasaipa kitorang lambat sangat, pastu tak sempat nak breakfastttttt. Pastu orang Jepun kan sangat punctual, so nak tak nak ke bergerak jugak menuju ke destinasi seterusnya tanpa makan. Nasib ada strawberry semalam tau. Huhu

Alang-alang tu, mai tengok gambar hotel ni dulu. Hehe













Okay, diorang pun dah panggil suruh cepat naik bas, so good bye hotel. Nak berangkat ke destinasi seterusnya...




Ini je breakfast untuk hari ini. Tula padan muka, siapa suruh lambat. Haha. Yang lawak semua perempuan ye tak breakfast. Nampak beno perempuan memang slow hahahaha :(

Destinasi seterusnya ialah Kamanuma.



Kat sini kitorang akan belajar cara buat sushi dan dye gunakan warna tumbuhan. Nak cakap exact place pun tak reti sebab dia cam tak commercial kan sangat tempat ni. Ni kira rumah persendirian la.

Making Chiba Sushi Roll for Lunch






Cantik dan kemas betul rumah dia.



Sesi pengenalan dulu..



Lepas sesi pengenalan terus belajar cara nak dye kain. Cepat betul haha



Dalam masa yang sama belajar dye kain, kitorang pun belajar buat sushi juga. Pehh tahu tak betapa lajunya orang Jepun buat kerja. Kita ni terkulat-kulat lagi. HAHAHA

Dye kain


Okasan (mak) tengah mengajar buat sushi roll. Kitorang bukan buat sushi roll biasa je tauuu. Buat bunga dalam sushi roll. Gulp ape tu cam susah jee


Fast forward >>>>>>>>


Pose Suicide Squad sikit. lol


Proses dia tak tahu la nak kata rumit ke senang tapi kalau dah belajar in sha Allah senang la hehe. Lepas dah siap roll, kena potong pulak.


The moment of truth. Ni yang penentu jadi ke tak bunga dalam sushi kita tu hehe



Tadaaa. My very own sushi roll flower. Heeee Terharu gila berjaya buat dengan cantik. I cryyyyyyyy 

Lepas dah buat sushi roll, masa untuk makan la pulak kan.. Yela, sebagai reward hasil penat lelah buat sushi. Gituuu



Peh lauk dia penuh meja okay! Haha. Sedappppp




Lepas dah makan tu, it's time to go. Ambil gambar dengan mama (okasan) and papa (otosan) dulu.



Seterusnya kitorang ke waterfall dia. Nama dia Nomizo Waterfall.

Nomizo Waterfall



Time ni tak amik gambar banyak sangat sebab iPhone dah mati. Sakit hati juga sebenanya ngn iPhone sebab baru tahu dia akan mati kalau sejuk sangat. Haiyaaaa

Tokyo German Village, Chiba

Seterusnya kami ke Tokyo German Village pula. Dia ni macam theme park la. Best!! Kalau semalam tempat best bagi aku ialah Mother Farm, harini tempat paling best bagi aku ialah sini laaaa.


Cara-cara nak datang ke sini :



Harga tiket pula :

Dewasa 1200 yen 
Kanak-kanak 600 yen

Aku sarankan korang datang sini time musim sejuk sebab ada satu tarikan ni is only available during winter. Nama dia Tokyo German Village Illumination.

Okla enough mumbling jom tengok apa yang ada.








Bila masuk je tempat ni, tetibe buat aku macam terkenangkan Petite France di Korea. Lebih kurang je konsep dia. Best I like. Kalau tak tahu Petite France tu apa, boleh baca di post ini : Petite France, Korea






Lompat sikek..









Peek-a-boo oleh Bhavi


Dah nak start dah weiiiii. Cepat naik atas bukit baru nampak


Aduh sape ambil gambar goyang ni


Tadaaa time malam. Cantikkk. Tak boleh tunjuk gambar banyak-banyak, korang kena pergi sendiri sebab memang best!




Sebenarnya banyak je tarikan dia. Ada ferris wheel, roller coaster, macam-macamla. Tapi tak sempat nak tengok semua sebab tempat dia besar sangat..

Malam tu kitorang pergi Mitusi Outlet Park Kisarazu untuk shopping dan dinner. 




That night, dah penat, tak sabar nak check in ke hotel je. Kitorang stay di Tokyo Bay Plaza Hotel kali ni.





Okaylah setakat itu sahaja.. 

Boleh klik link di bawah untuk membaca post selepas ini :

Boleh klik link di bawah untuk membaca post sebelum ini :

Related Post

0 comments