Monday, 16 January 2017

Naritasan Shinshoji Temple and Mother Farm, Chiba

Assalamualaikum dan hi semua? Apa khabar? 

Perghhh bulan ni dan bulan lepas aku memang pack betul travelling. Nak update blog pon tak sompek. Alhamdulillah di beri kesempatan ini untuk menaip di blog secepat mungkin. 

Jadi aku nak share la sedikit perkongsian. Alamak cam usrah pulak bunyinya. Baru-baru ni, aku dan 6 orang lagi dari seluruh Malaysia telah terpilih untuk di sponsor kan trip 5 hari 4 malam ke Chiba, Jepun. Fully sponsored, from flights to accommodations to meals, entrance fees siap dapat souvenirs lagi! Nak tahu camne I dapat? Tu nanti I share k, no problem :)

Tapi dah dapat free sponsors ni, bukan la saja-saja disponsor. Ada misi yang kena buat, which is to promote Chiba, and this is what I am doing now la, writing in my blog. Haha


Alhamdulillah, we are the lucky 7! Seramai 500-600 orang yang apply, dan only 7 orang yang terpilih untuk mengikuti trip ini.

First of all, apakah itu Chiba? Pernah dengar tak? 


Chiba ni merupakan salah satu prefecture yang terdapat di Jepun. Kira bahasa mudah dia, negeri la. Memang dekat sangat dengan Tokyo, dan airport diorang merupakan Tokyo Narita International Airport.

Perasan tak dalam map tu, Chiba ni macam bentuk apa? Sekali tengok, macam bentuk teddy bear dari pandangan sisi, siap ada lidah terjelir lagi. Haha. Maka, tercipta la mascot yang diberi nama CHIBAKUN. Seekor anjing berwarna merah lidah terjelir. (I still find it as a teddy bear rather than a dog. hehe)

Haa, gitula kekdahnya.. Haha


Kitorang naik penerbangan Malaysia Airlines, dan sebelum bertolak kita pun bergambar la dulu dengan kawan-kawan yang akan ke Chiba sekali.


Dalam flight lagi dah diperkenalkan dengan makanan Jepun. Hahaha indahnya dunia. Sebab aku memang peminat Salmon, so memang suka la makanan diorang ni.


Yeay dah sampai Narita Airport. Alhamdulillah. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk tiba. Disebabkan negara diorang matahari terbit kan, jadi diorang 1 jam lebih awal dari kita la.


Disambut oleh orang-orang yang terlibat untuk programme ini. Best sangat.


Sesi memperkenalkan diri. Yang mengikuti kami ada 2 orang media, satu online editor Gaya Travel, Ed Junaidi dan satu lagi Lets Travel tapi dia takde dalam gambar.


Nak tahu tak apa yang best di airport Narita ni? Ada prayer room.



Menariknya ada separator lelaki dan perempuan. Bagusnya orang Jepun ni, sangat memahami. Tabik spring!!
Siap ada tempat ambil wuduk kecik cenonit omey angat.


You know, being with Japanese, diorang memang sangat mementingkan masa. Jadi belum sempat nak relax, tetibe dah kena berlari kejar train. Hahahahaha. Tapi sempat letak bag dulu la. Diorang memang saje nak bagi kitorang experience naik train.





Sekarang ni, kita akan ke Kensei Narita Station sebab destinasi pertama kita ialah Naritasan Shinshoji Temple. 1 stop je dari airport.





Dah sampai. So dari sini, kena berjalan dalam 10 minit masa orang Malaysia. Haha. Yela, orang Malaysia kan jalan slow. Hihi



Masa tengah berjalan, tetibe ternampak orang pakai baju kimono berjalan juga. Ingatkan yela biasalah orang datang nak try kimono, rupanya sebab yang wanita itu baru sahaja berumur 20 tahun. Jadi, untuk orang Jepun, ini satu pencapaian terbesar la, (cewah) sebab bila dah umur 20, baru la diorang boleh minum alcohol, hisap rokok, mengundi dan macam-macam la. Haha


Chiba terkenal dengan kacang tanah jadi boleh borong banyak-banyak k..


Kawasan dia memang cantik. Macam zaman-zaman dulu.. 

Naritasan Shinshoji Temple



Yeay dah sampai. Nampak tak lantern merah tu? Sama macam yang aku pergi dulu kat Asakusa, Tokyo, cuma bezanya yang kat sana tu dibuat oleh kertas, manakala yang ni dibuat oleh besi dan beratnya ialah 800kg okay!! Kalau jatuh nauzubillah.. Kenapa dia buat berat macam tu? Sebab taknak bagi dia bergerak-gerak ditiup angin yang kencang.

Boleh baca mengenai trip saya ke Tokyo di link ini :




Nampak tak asap-asap tu? Itu ibarat kita mengambil wudhu' la. Kiranya kalau kena badan tu dapat sucikan dari kekotoran.


Alahai ada orang interpremmm hahahaha. Serious tak perasan. Bila tengok gambar baru tahu ada orang kat belakang tu hahaha




Apa yang menariknya, temple ini merupakan temple bagi penganut Buddha dan temple ini telah ditemui pada tahun 940 oleh Kancho Daisojo. Jadi rasanya lebih kurang je cara semayang dia di sini dengan rakan-rakan kita di Malaysia. Sebab dua orang our chinese friend cakap lebih kurang je 



Ini merupakan memorial. Bukan kubur ye..


Di temple ini ada disediakan free guided tour across the temple. Kalau anda berminat, boleh book di laman web di bawah :




Cuba teka tu apa? Haha. Ye pandai murid-murid. Itu merupakan kubis!! Comelll


Lepas dah pusing-pusing temple, perut sudah lapar, kami pun ke restoran yang terletak di hadapan pintu gerbang temple tu je.


Nama kedai dia Wakamatsu Honten.





Sesiapa yang tak boleh makan daging or ayam, boleh tukar dengan tempura dia. 

Kemudian, kami meneruskan perjalanan seterusnya ke ...

Mother Farm, Chiba

Yang ni memang I excited sangat nak pergi. Sebab aku memang suka pergi farm-farm ni. hahahha. Memang suka haiwan. 

Okay jom kita tengok apa ada kat Mother Farm ni dulu..





Haa, best kan.. Gambar-gambar ni diambil dari website dia je pun. 

Boleh tengok kat website dia : 

Dia pun ada bagitahu harga tiket dan cara nak ke sini. Boleh amik JR dari Tokyo Station dan berhenti di Kimitsu Station. Nanti akan ada bus transfer dari station ke Mother Farm tu..



Memandangkan haritu hujan, terpaksa la pergi buat aktiviti indoor je. Sedih gila tauu. Tapi takpe, nasib baik haiwan-haiwan dia gebu dan comel haha


Tengah mendengar penerangan dia 



Tengok tu, seboleh-bolehnya nak berhimpit dalam bakul yang sama. Haha


Manager dia bagi kitorang free ice cream. Tahu tak masa tu hujan, pastu sejuk gila, pastu makan ais krim. Resepi untuk demam tu. Haha. Tapi nafsu lebih berkuasa so makan juga ice cream. Korang mesti try tau sebab dia guna susu fresh dari lembu di farm ni.


Tengah bersedia nak tengok pertunjukan sebentar lagi sambil makan ais krim




Show dah mula. Unik betul sebab dihadang oleh kaca. Tapi best! haha


Lepas show tamat, kami dijemput untuk beri makanan dan untuk membelai haiwan-haiwan yang masa show tadi tu. Bestt sebab rasa geli-geli lidah dia. Aku taknak letak gambar aku sebab muka aku semua tengah menahan geli hahaha



Kemudian kami ke strawberry farm. Yahooo. Ada shuttle bus yang disediakan. Boleh je nak jalan kaki tapi takut tak larat jela hahahaa 


Tadaaa dah sampai.. Sebenarnya banyak yang merah-merah. Tapi tak nampak pulak dalam gambar. Haha




Setiap orang diberi bakul untuk letak strawberry tula. So boleh siap-siap bawak balik dah. Manis gilaaa strawberry dia!!

Seterusnya, sudah tiba masanya untuk check in ke hotel. Antara hotel yang aku suggest korang duduk kat Chiba ialah Hotel Mikazuki. Sebab dia menghadap lautan pasifik. Antara yang bestnya tempat ni juga, ada onsen. Jeng jeng jeng, apakah onsen itu? Sila google hahaha



Ni bilik dia. Terlupa nak ambil gambar bahagian katil haha. Tapi best. Lepas siap letak barang, kena cepat sebab nak pergi dinner pulak. Hahaha. Tapi tak payah la share gambar makanan ye dak. Kang aku yang menaip ni yang terliuq.



Ex curators untuk @backpackingMy di Twitter. Kalau tak tahu pergi follow cepat untuk dapatkan tips-tips hangat backpacking!


So sebelum pergi onsen, kena pakai yakuta. Acah-acah fengfeeling Jepun la. Kasi Chance la. Hahaha. Okla, sebenarnya onsen ni mandi hot spring kt kolam dia. Kat hotel ni ada k! So kalau datang sini sila cuba.


Ni onsen dia tapi view pagi la sebab malam tu dah gelap tak nampak luar dah. So masuk sini memang cam sauna, air dia pun panas. Hahaha. Okaylah setakat tu sahaja untuk kali ni. Adios~

Boleh baca sambungannya di post bawah. Sila klik :
Tokyo German Village, Chiba

1 comment: