Hi everyone.
So harini adalah sambungan untuk post sebelum ini. Boleh klik link di bawah untuk membaca post sebelum ini :
Kitorang ni lately asyik tidur lewat je. Sebab apa? Sebab main game UNO sampai pukul 2 pagi. Hahahaha. Harini nak berjalan jauh so kena makan banyak-banyak. Harini, kitorang 7 orang termasuk 2 orang media akan dibahagikan kepada tiga kumpulan sebab harini destinasi group semua lain-lain. Masa kitorang cakap dah siap-siap pilih group mana pergi mana, guide kitorang cam tabik la sebab kitorang dah buat decision awal-awal dan tak gaduh-gaduh nak pilih mana.
Group 1 : Mount Nokogiri, Kamogawa Sea World
Group 2 : Disney World, Ikspiari
Group 3 : Castle Town Otaki, Aeon Mall
Destinasi yang aku pilih untuk hari ini ialah... Group 1! Sebab aku dah pernah pergi Disney Sea en beberapa tahun lepas, so macam nak try something new. Lagipun I memang minat ikan-ikan, rasa cam ralit tengok dia berenang. Hahaha. Besides, ni kan orang sponsor, so nak la pilih something yg rare than usual. Hihihihi
Mount Nokogiri, Chiba
Mount Nokogiri merupakan pergunungan di peninsula Boso, di Honshu Jepun. Gunung Nokogiri ni boleh dikenal pasti dengan rupa dia yang macam gigi gergaji haha so cute
Haa gitu ghoman eh.. So jom tengok dulu apa yang ada kat sana
Harga pergi balik naik cable car untuk dewasa 930 yen manakala kanak-kanal 450 yen. Tak tahu macamana one way tu. Maybe jalan kaki kot.
Kat sini, kalau korang nak tahu, diorang panggil ropeway ye, bukan cable car. Kita kat Malaysia bantai je, semua panggil cable car hahahahaha.
Bila dah sampai tu, ingatkan dah sampai la kan. Rupanya.. Emm kena jalan jauh lagi
Sampai sini, boleh pilih dua jalan. Kalau kiri, akan dapat tengok ukiran buddha yang besar, kalau kanan, akan ke puncak.
So first of all, kita pergi yang kiri dulu lah. Haha. Sebab dekat and masih semput iols nak ke puncak.
Tadaaa. Hebat betul dia ukir ke dalam batu-batu tu. Mesti bagi korang cam biasa je kan. Jap jap sabar jap up sikit gambar iols sekali buat perbandingan.
Haaa, nampak tak betapa besarnya ukiran tu. Fuhhh
Dari sini, dah boleh nampak dah puncak dia. So destinasi kita ialah MENUJU PUNCAK! Kitorang diberi masa 15 minit je ke atas. Oh my god. So lariiiiii
More stairs like amagashhh. Dahla i pakai heels. Hahaha (Sebenarnya i thought dia stairs macam ni je, rupanya sebelum sampai ke tangga, banyak pulak kena mendaki batu batu)
Saing kitorang masa tengah naik tu, ada dua couple atuk and nenek. Aku jadi bersemangat untuk mendaki sebab atok nenek Jepun tula. Steady habis lahhh. Aku yang muda ni yang termengah-mengah. So tak boleh tunjuk kita lemah! Kita boleh! Malaysia boleh! Okay over pulak.
Akhirnyaaa. Fuhhh semput.. Fuhhh. Kat puncak ni, dikatakan "view of hell" sebab tengok bawah dia apak dia seram gila. Hahahaha Aku ni dahlah gayat, terus sejuk je kaki
Dari sini boleh nampak Tokyo Mount Fuji dengan Tokyo Bay. Sebelah i tu, Ed Junaidi, online editor of Gaya Travel.
Sila baca Gaya Travel online untuk info-info travel yang best! Link di bawah ini :
Jom turun..
Not bad for someone who wore heels hahaha
Destinasi seterusnya ialah....
Kamogawa Seaworld!
Okay, ini, korang seriously memang kena wajib pergi kalau dah sampai Jepun. Sebab dia satu-satunya kat dunia yang ada performance oleh Orca. Dulu ada jugak di USA, tapi Orca tu dah mati. Cedih..
Harga tiket dia :
2800 yen untuk dewasa
1400 yen untuk kanak-kanak.
Ni diambil dari website dia :
Ada free WiFi uols. Jangan risau.
Sampai-sampai je terus kena bergegas ke restoran sebab pukul 1 ada show and tak boleh terlepas. Haha
Ya Allah cantiknya restoran dia. Impressive sangat.
Tempat kitorang duduk berdekatan dengan tingkap, and view kitorang ialah Orca sedang berenang-renang. Besttt
Harga makanan dia.
Sementara tunggu makanan, kita tengok dulu Orca. Ralit tau tengok dia berenang. Hihi
Ibu dan anak sedang bermain-main dibelakang. Omey ngat
Okay makanan dah sampai. Obviously itu bukan daging ok haha. Salmon dengan apa tah satu lagi tak ingat. Green tea latte dia sedap gilaa arghhh rindunya
Lepas dah makan, kena rushing sebab nak tengok show pertama which is Beluga.
#ShowOne - Beluga
Show dia dalam 20 mins. Comel sangat Beluga ni. Tengok tak cerita Finding Dory? Ini lah haiwan itu. Heee
Macam-macam la dia buat tapi oopsss korang kena pergi sendiri untuk tahu apa. Hihi
#ShowTwo - Dolphins
Ni pon best gilaaa. Yela i first time tengok dolphin buat show camni. Jakun sikitttt. Dolphin buat macam2 antaranya race, menyanyi, lompat sana sini. Macam-macamlah haha
Lepas show ni habis, dalam pukul 1.20, kitorang macam dilema, nak pergi bergambar dengan Dolphin or nak rushing pergi tengok persembahan Orca sebab kena jalan la untuk tengok performance seterusnya. Tapi masa tu aku dah tak tahan nak terkincin, (tank kecik, minum sikit je nak ke toilet, menyampah), so suruh my friend Fit untuk tunggu while I pergi toilet cepat-cepat sebab dah sejam menahan rasa cam pundi nak burst. Bahaha
Bila dah siap tu, yela kincin je kan, bukannya vera, sebab tu kejap je, cepat-cepat ke tempat Dolphin untuk bergambar. Rupanya, tak boleh sebab dia only 10 minutes after setiap show je boleh, itu pon limited kat 10 orang. We cry.......
Tapi nak bergambar dengan dolphin bukan free ye. Nak bergambar, kena bayar 400 yen, nak pegang, kena tambah lagi 600 yen. So dalam RM 30 sekali pakej la... #cry
#ShowThree - Orca
Personally, I think, this is the best part of the show la. Sebab ni serious first time aku tengok Orca depan mata. Bayangkan, ikan paus, depan mata, buat performance. Macam woowwwww. Tahu tak Orca ni adalah sejenis haiwan yg susah untuk mendengar arahan, tapi kiranya orang Jepun hebat la dapat train dia buat performance. Haa kelas kau Jemahh
Nampak tak sticker kuning tu? Siapa duduk row tu ada high possibility untuk basah . Hahahaha. Yela, Orca tu kan besar, bila dia pusing and hempaskan badan dia tu, memang splash la air kat kita. Tapi ada je orang yang memang nak kena splash sbb baru rasa thrill en. Hahahha siap bawak payung cover.
Nampak tak tempat duduk dah basah? Hahahha
So gambar di bawah adalah gambar-gambar yang aku amik semasa show tu berlangsung. BEST BEST BEST
Hebat boleh touch ball.
Memang to me, this show was spectacular la. Two thumbs up! Memang patut pergi kalau dah sampai Jepun. Haha
Lepas dah tengok Orca, ada satu lagi show yang nak kena pergi sebelum bebas berjalan-jalan di sekitar Kamogawa Sea World. Kat sini ada macam-macam la, yela macam aquarium. Haha
Kejap lagi ada show, Sea Lion! So sekarang kita tengok dulu Sea Lion yang tak buat performance and tengah happy terdampar dan sunbathing.
Yang sekor tu bukan main tegak lagi tidur. Hahaha. Tapi kalau tengok muka diorang ni, semua tengah senyum sambil tidur. Comel sangatttt.
Tepat jam 2.30 petang, maka bermulalah persembahan oleh Sea Lions. Bagi aku, ni pon best, dan diorang ni sangat cunning! Macam budak-budak nakal. Hahaha. Pandai tepuk tangan, main bola and banyak lahh..
Pandai timang bola okay. Uols pandai buat camtu? Haha
Lepas habis persembahan, kitorang pun pusing-pusing la tengok Kamogawa Sea World. Pastu pergi tunggu lagi kat area dolphin sebab nak bergambar. Bila tanya, staff dia cakap yang nak bergambar, kena book sebelum show dia start. We cry lagiiiii.. So hati dah sedih, taknak berharap dh, kitorang pun jalan la pusing-pusing Kamogawa Sea World. Tapi aku cam memang dari awal lagi dah cakap kalau ada, ada, kalau takde, takpela...
Sekitar Kamogawa Sea World. Macam ala-ala Disney Sea. Boleh baca my experience pergi Disney Sea di link di bawah :
Kat sini pon ada observatory deck. Macam oversea gituuw. Eh jap, memang ni kat oversea pon. Heeee
Adoi jari capew niiiiii
Tapi tour guide kitorang memang baik la, usahakan jugak call manager bagai. Tengah fengfeeling bergambar, tetibe guide kitorang cakap, manager cakap dia bagi bergambar, and bagi free, tapi untuk kitorang je. Like whatttttttttt this is amazing broooo!! Kalau tak kena bayar 1000 yen untuk pegang dan bergambar. Memang rezeki Fit la, sebab dia yang bersungguh-sungguh nak and guide pun berusaha nak tolong. Hebat!
That one lucky girl!
Mungkin ada yang rasa kesian sebab dolphin ni kena panjat ke atas untuk bergambar dengan manusia. And aku baru tahu, dolphin sebenarnya diajar buat camni untuk mudahkan diorang timbang berat badan dolphin-dolphin di sini. So alang-alang tu buat la sekali untuk sesi bergambar. Lagipun, tiles dia licin so tak sakit pun kena tummy dolphin tu :)
Yang comelnya, guide kitorang tu, selama ni guide ke situ, tapi ni first time dia dapat sentuh dolphin. Macam wowww, bertuahnya kami dan dia untuk hari itu. Alhamdulillah..
Dah pukul 4, it's time to go back home. Ecewah macam ada rumah je kat sini..
Goodbye Kamogawa Sea World. Will be missing you. Nak datang lagi one day...
Orang Jepun punya hospitality, dia akan hantar kita sampai ke bas dan akan lambai kat kita sampai bas tu dah takde depan mata dia. So kita kena buat benda yang sama la. Lenguh tu memang lenguh, tapi courtesy la orang dah buat camtu, kena la buat juga kan. Hahahaha
Ini ialah sijil sebagai bukti dah pernah pegang dolphin..
Lol this guy menang lottery (bukan lottery judi la), got this animal for 1000 yen. Tapi mesin dia memang cam lottery la, cuma takde rugi kat sini. Either dapat kenit, medium or large size, and Ezral was lucky enough to get the biggest and the baddest. Okay cam tajuk movie lak. hahahahah. I guess it was everyone's lucky day! :)
That night, check in kat hotel, (ye kitorang everyday tukar hotel) and nak kena bersiap sedia untuk International Exchange Party. Masa tu dah pukul 5.50, so aku memang bertekad nak pakai baju kurung (because I love baju kurung, lagi-lagi cultural exchange macamni). Gigih minta iron sebab nak iron baju kurung hahahahahaha. Bebudak ni pakai baju diorang pergi berjalan tadi. Aku gigih mandi bagai. Yela nak pakai baju baru kan hahaha
Bila dah siap tu, aduhhhhh aku terlambat pulakk. Nasib Fit tunggu aku. Thank you Fit, love you muahh.
Bila masuk je room tu, everyone was like wahhhh kawaiiii puji-puji baju kurung iols cakap cantik. Bangga la jugak sebab bawa identiti Malaysia ke situ.
Tadaa, pakai baju kurung. Heee. Kat sini dapat la kenal-kenal ngn students dari Jepun yang lain.
Lepas tu ada gathering untuk kitorang 7 orang, sebab esoknya nak pergi jumpa Governor of Chiba weh. Ibarat nak jumpa Menteri Besar weh. Atotttttt. So sebelum pergi kenala baca serba sedikit tentang dia. Rupanya dia ni dulu penyanyi dan pelakon, pastu baru join politik. Macam Arnold Sschwarzenegger.
That night, kitorang pusing-pusing sekitar Chiba bersama. Saje nak jalan-jalan tengok apa best.
Gigih berjalan pakai baju kurung. Hahaha. Pastu pergi beli ais krim Matcha. Hehehe.
Sekian itu sahaja untuk harini.
Boleh klik link di bawah untuk membaca post sebelum ini :
Boleh klik link di bawah untuk membaca post selepas ini :
No comments:
Post a Comment