Tuesday, 17 January 2017

Sawara, Chiba

Salam hi semua.. 

Post ini ialah sambungan post sebelum ini. Klik link dibawah untuk membaca post sebelumnya :


Jadi seperti yang diceritakan semalam, harini kitorang akan berjumpa Governor of Chiba. Like I said, ibarat Menteri Besar la di Malaysia. The cool thing is, takde pulak protocol over macam kat Malaysia. Kira simple je style diorang.

Elemekkk maafla screenshot dari video je ni. Dah tak sempat nak transfer-transfer bagai. Hihi

Yang bestnya, siap masa kitorang masuk je bangunan government diorang, semua orang tepuk tangan. Pernah tak tengok cerita Korea yang bila bos-bos dia datang, semua orang kena tepuk tangan? Haaaa best gila sebab first time tau rasa camni hahahaha

Selepas hasil penyelidikan sikit sikit, orang yang bakal kami jumpa ialah Kensaku Morita, merupakan penyanyi dan pelakon sebeluh menyertai politik dan telah mendapat jawatan sebagai Governer di Chiba.

Masa dia masuk je tetibe dia cakap "Apa Khabarrrr" semua orang terperanjat tapi gelak la sebab dia kelakar. Hahahaha. Tapi persoalan dia kenapa kena jumpa dia? Yela, kitorang kan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan dia, so dia nak tahu la serba sedikit tentang orang yang ditaja. Gittuwww~



So antara soalan-soalan dia tanya ialah apa yang best di Chiba. Aku of couse la jawab Kamogawa Sea World. Hahaha. (Sebab baru berlaku semalam kan) pastu cerita la best buat sushi roll.  Pastu tambah dramatic sound effect " SUGOIII". Pastu diorang semua happy and gelak-gelak sebab bangga dengan negeri diorang. hahahaha


Dapat sijil. Hehe. Nampak tak betapa kelakarnya Mr. Morito ni. Comel sangatttt



Ingat tak aku cerita pasai Chiba-kun tu? Kalau tak ingat baca balik post aku yang first. Sila klik link di bawah okay. Haha




Bila fikir siapa kat dalam tu, tetibe rasa cam alamak gelinya siapa la yang aku cium. HAHAHA


Alamak ada orang interprem lagiii.


Jangan risau kawan-kawan, kita pun ada Malaysia-kun. Malaysia-kun bertemu Chiba-kun


Selesai sudah berjumpa dengan orang VIP. Hahaha ok itu poyo.


Sekarang kena catch up train untuk menuju ke Sawara Station. Korang kalau datang Chiba, boleh lah datang ke Sawara sebab kat sini boleh try pakai kimono. Hee


Sawara Station, yang dibuka pada tahun 1898. Woww 



Kat area sini cam zaman dulu-dulu sikit



Dah sampai Sawara ni jangan risau, ada je Tourist Information Centre. Ada map semua and apa aktiviti yang boleh dibuat di sini. So senang.. Tapi sebelum boleh pakai kimono, kena makan dulu. Hahaha

Restoran kitorang harini namanya Chiyofuku, Sawara



Cantik sangat dalam dia...

Unik style makanan dia. Cam dalam box. Haha


Lepas dah siap makan, kena paksa diri if nak kincin atau vera okay! Sebab once dah pakai kimono susah nak tanggal-tanggal dah. Hahahaha

Kitorang then pergi ke sebuah salon berdekatan la, sebab bagi those yang free hair, diorang boleh dandan rambut and kira sekali pakej la. Weols yang pakai tudung ni tak dapat  la nak dandan gituuuuu.



Memakai kimono. Kempis terus perut aku weh. Macam pakai corset haha.


Tadaa. Bag boleh pilih, selipar boleh pilih, baju boleh pilih. Macam macam ada. I suggest uols pakai tudung plain la baru senang nak pilih baju. I lak terlupa haritu akan pergi kimono fitting. Sebab tu pakai baju yang plain je. Sobs


Dah siap semua boleh la berangan jalan-jalan sekitar bandar Sawara







Musim winter ni. Sebenarnya sejuk tau! Tapi nasib ada matahari so takdela sejuk menggigil. Haha






Since ini hari terakhir kitorang kat Jepun, kasi chance la aku nak memenuhi ruang blog ini dengan gambar-gambar. Hahaha

Baru kejap nak berangan dah kena rushing untuk pergi shopping pulak. Hahaha. So kenala bukak segala kimono tu..

Then, kitorang pi shopping kat MEGA Don Quixote Narita. Korang wajib pergi sini jugak sebab barang dia murah-murah gila dan gila dan gila.


Seperti biasa, di sambut kehadiran kami oleh staff yang bertugas..








Yang ni murah sangat sampai dah terborong sampai licin. Hheehehe. Usually kat kedai 80 - 100 yen okay! Ni murah teruk dah ni. Coklat ni serious sedap. Cari brand Alfort, Bourbone





Green tea dia pun sedap!

Dah sebenarnya itu je apa kitorang buat pada harini. That night kitorang stay kat Marroad International Hotel Narita. Hotel ni dekat sangat dengan airport so boleh nampak kapal terbang tengah take off and landing. Best! Tempat ni pun restoran dia halal!

Okay kita fast forward, so esoknya kitorang dah bersiap sedia la untuk flight balik Malaysia :(


Fast Forward  4X >>>


Dah sampai dah Narita airport. Time to go back home :(






Jap-jap sebelum naik flight, kena la buang apa yang patut. Sebab dalam flight dah tak best sangat dah nak kincin or vera. Tapi nak cerita je kat korang, kalau korang agak-agak rasa cam segan nak vera takut bunyi plup plup, sila lah tekan flushing sound tu k. Sangat berguna. Bahahahaahaha


Okaylah setakat itu sahaja kisah trip kami. Overall, memang bersyukur gila terpilih untuk join trip ni. Fully sponsored pulak tu. Alhamdulillah. Meet us in Matta Fair this March, 2017 okay!

Nak tahu camne nak dapatkan free trip camni? Haa tu kena tunggu dulu. Aku nak packing ni, petang ni flight untuk Euro trip tapi tak siap packing lagi. Nak termuntah dah ni menulis kat blog. Hahaha. Okay see you soon!

Klik link dibawah untuk membaca post sebelumnya


No comments:

Post a Comment