Wednesday 18 May 2016

Ramadhan Buffet at Palm Seremban Hotel, Seremban Review


Assalamualaikum semua. Haa bila tengok gambar kambing golek tu apa perasan semua? Teringin, terliur, terusik sanubari kan? Hihi. Ini belum masuk bulan puasa lagi, kalau dah bulan puasa ni nanti, nafsu tu macam satu kambing tu ibarat kita sorang boleh habiskan! Hahhahaha

Okay, so sebenarnya dah bagi klu dah pun kat atas tuuu.

Palm Seremban Hotel menjemput semua untuk berbuka puasa secara buffet dengan harga istimewa iaitu hanya RM 59.00 bagi dewasa manakala untuk kanak-kanak dan warga emas, boleh menikmati dengan  harga RM 29.50.

Lebih istimewa apabila mereka turut menyediakan voucher buffet dan anda semua boleh mendapatkannya dengan harga RM 55.00 sahaja! Tetapi voucher ini terhad, like people say "While Stock Last". Gittuwww. 

Buffet Ramadhan bermula dari 7 Jun 2016 sehingga 4th July 2016


Sekiranya anda berminat, anda boleh ke Palm Hotel Seremban, yang terletak di atas Palm Mall Seremban, dan buffet Ramadhan ini akan diadakan di Sago Coffee House, yang terletak di tingkat 6, Palm Hotel Seremban.

 Saya sebenarnya telah mendapat jemputan untuk food review mereka. Event bermula pukul 5 petang, dan saya sudah tiba pada jam 4.55 petang. Kebetulan perut pun sudah lapar, bila melihat makanan yang disajikan, nafsu makan tu menjadi-jadi. Hahaha.


 Minta maaf lighting kurang menarik, but no one really cares about the lighting as long as you have food in front of you! Hihihi. 

Jadi, apa yang menariknya untuk berbuka puasa di sini? Menurut chef Eliziadi bin Abidin, menu untuk tahun ini berkonsepkan "Selegho Waghih" and those yang nak cuba makan makanan Negeri Sembilan yang sedap, this is definitely the place to try! Antara menu yang menjadi signature orang nogoyi yang akan disajikan ialah Gulai Daging Salai, Ikan Sembilang berlado, Ikan Tenggiri Masak Cili Api (memang pure nogoyi ni sobab ado cili api) dan macam-macam lah sonang cito! Bukan setakat lauk nogoyi jo, lauk-lauk seperti Kari kepala ikan, Asam podeh, kambing golek, puyuh yang dimasak pelbagai jenis masakan, sotong kembang masak podeh, aishh kalau list kan satu-satu memang tak buek kojo lain la cito eh. Hahaha *Haaa dah terspeaking negeri pulakk..

Sebab apa? Sebab.... Untuk buffet Ramadhan ini, beliau akan menyediakan lebih daripada 100 jenis makanan untuk iftar! Ya Allah banyaknyaa pilihan tak sabarnyaaaa. Jadi, pada sesiapa yang tak tahan pedas, or tak makan cili api, jangan risau sebab menu dia memang ada macam-macam lauk.



 Labu masak Lomak

Rendang pucuk ubi

Tempoyak. Tengok gambar ni pun dah terliur tau!

  Masak lomak cili api.


Dah banyak sangat lauk, den pun dah confuse ni lauk apo. Haha

 Oh lupa nak cerita, bukan sahaja ada macam-macak lauk yang dihidangkan, malah anda juga boleh ke gerai-gerai yang akan di-set up kan di luar seperti gerai Yong Tau Fu, gerai Sate Pak Sattar (ni memang sedap sebab tembam-tembam sate dia and sangat juicy!) Roti John, Murtabak, Kambing Bakar, Egyptian Style Roasted Whole Lamb and many moreeee. Jangan risau, ini bukan kena beli asing k! Sudah included dalam harga buffet. Yela, kata buffet kan, "EAT ALL YOU CAN" la. Hahahaa

 Chef dan kambing golek. Hihi.


Jadi apabila ditanya, adakah chef merupakan orang Negeri Sembilan? Chef Eliziadi berkahwin dengan orang Negeri Sembilan, dan dia sudah tahu selok belok lauk Nogoyi, manakala Chef Johanif pula memang merupakan orang piau (pure) nogoyi. 

So no wonder lah masakan dia memang terasa macam masakan yang beli kat kampung-kampung. Ini review jujur k! Memang terasa lemak, pedas, memang cukup rasa. So memang tak kecewa la kalau makan masakan Nogoyi kat sini. Haha

  
Kuih-muih juga akan disediakan untuk berbuka nanti. Macam-macam kuih, appetisers, and desserts yang disediakan nanti. Antaranya ialah seperti pisang goreng, keropok lekor, apam balik, ABC, Leng Chee Kang, Bubur Lambuk. 

OMAIGASH PENGSAN SEBAB BANYAK SANGAT!!!hahaha

********
So now, let's start the review. Overall, I would give 4.5 out of 5 stars la. Kenapa?

- Harga memang affordable. For a hotel, it's cheap!
- banyak gila makanan
- makanan memang sedap
My choice : satey and kambing bakar must cuba!
 Lauk lemak cili sodap gila
- servis bagus
- terdapat surau di tingkat 7 yang selesa untuk solat
- bersih (of course la, hotel kan. haha)
Cumanya, tempat buffet dia doesn't really look like a hotel, but as long as it is comfortable is fine enough!

Sekian, my honest review. Thank you Palm Hotel Seremban for inviting me over!














No comments:

Post a Comment