Palestin Perjalanan Terakhirku

21:35:00


Assalamualaikum..

Memandangkan hari ini ialah Israk Mikraj, jadi nak share la sambungan terakhir pengalaman di Palestine. 

*Memang saje tunggu hingga hari ini baru nak share*

Can I not be formal in this post? Rasa nak selitkan sedikit English dan bahasa Melayu untuk post ini. Minta maaf jika ada yang tidak suka, saya akan cuba perbaiki from time to time.


Jadi pada hari terakhir di Palestine, kami pun menghabiskan masa mengelilingi kota lama Palestine. Di sini, terdapat kira-kira


30000 Islam
4000 yahudi
2000 Armenian
6000 Kristian

Di bawah ini merupakan peta kota lama yang mengelilingi masjidil Aqsa dan Dome of Rock.





Pada hari tersebut, kami memulakan perjalanan kami dengan menaiki bas menuju ke kawasan Yahudi di kota lama. Kadang kelakar juga apabila melihat nama gate mereka merupakan 'Dung Gate' - Pintu tahi. Memang sesuai la kot dengan perangai mereka.


Oh look, there's one jew.


Oh look, more jews

Sewaktu di sini, tiba-tiba kami terdengar pukulan gendang dan bunyi seakan-akan trumpet. Rupanya orang yahudi sedang membuat majlis iaitu apabila yahudi berumur 13 tahun, mereka akan buat sambutan untuk menunjukkan mereka sudah 'akil baligh'.



Kami pun meneruskan langkah dan menuju ke destinasi pertama kami iaitu ke Tomb of David (makam nabi Daud)



Ini merupakan kitab zabur. Rasanya kitab ini sudah diadaptasi dan diserongkan. Yang menariknya, mereka turut ada terjemahan, sama seperti Al-Quran.

(Saya pun tak berapa pasti samada ini terbalik atau betul)




Makam nabi Daud dibina dengan sangat cantik, meskipun jasadnya tiada disitu pun. Kepada mereka, nabi Daud merupakan raja pertama mereka yang mahir dalam berperang serta pandai menyanyi. 

"David was the first king in Jerusalem whose reign was later looked back on as a golden era. He is known both as a great fighter and as the "sweet singer of Israel", the source of poems and songs, some of which are collected in the book of Psalms. "

Source : bbc.co.uk

Kami kemudiannya menuju ke kawasan orang Kristian pula. Di sini, terdapat sebuah gereja yang teramat besar yang bernama The Church of the Holy Sepulchre.


Apa yang menariknya di sini? 

"The site of the Church of the Holy Sepulchre in Jerusalem is identified as the place both of the crucifixion and the tomb of Jesus of Nazareth." 


Jadi di sini lah ramai yang percaya bahawa nabi Isa disalibkan, manakala kita sebagai orang Islam sudah tahu bahawa nabi Isa telah diangkat ke langit dan diganti oleh orang yang seiras dengannya.




Gereja ini telah dibina kira-kira 1700 tahun yang lalu. Apa yang menariknya tentang gereja ini ialah, keluarga Muslim yang memegang kunci bagi gereja ini kerana jika diberi pada orang Kristian, mereka akan gaduh sesama sendiri iaitu antara catholic, orthodox, dan armenian. Mereka pernah cuba untuk memegang kunci, tetapi dalam seminggu sahaja, mereka sudah bergaduh besar. Jadi, orang Islam lah yang pegangkan kunci ini sehingga sekarang.



Gereja ini sangatlah besar, cantik dan bertingkat-tingkat. Kami yang muda ni, seluruh gereja kami teroka dari atas hingga ke underground dia.


Destinasi seterusnya ialah berjalan di sekitar kota lama di kawasan yahudi dan Kristian. Kami kemudiannya menaiki tangga untuk melihat sendiri 'wailing wall' dari jauh.

Tahu tak apa itu wailing wall? Di sini lah tempat yahudi merayu pada tuhannya sambil menghadap sebuah dinding. 



Oleh kerana kami pun tidak berminat untuk melihat secara dekat, maka inilah contoh gambar orang sedang wailing di wailing wall dari Google.


Tapi tahukah anda, disebalik wailing wall ini merupakan kawasan orang Islam dan terdapatnya masjid Buroq?

Boleh baca tentang masjid Buroq di sini :


Memandangkan hari ini merupakan 27 Rejab, dipercayai berlakunya Israk Mikraj, maka saya ingin kongsikan kisah ini yang saya dapati daripada Whatsapp. 

BUROQ, NABI YUSUF AS & NABI ADAM AS di dalam ISRAK & MIKRAJ

Hari ni 27 rejab merupakan hari berlakunya ISRAK MIKRAJ yg merupakan satu lagi mukjizat agung nabi saw.
Firman Allah :

 سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

[Surat Al-Isra : 1]

Israk bererti perjalanan nabi saw pd waktu mlm dr masjidil haram ke masjidil Aqsa di Palestin.

Manakala mikraj pula bermaksud nabi dinaikkan dr masjidil Aqsa ke sidrotul muntaha melepasi langit yg ke tujuh yg berlaku pd satu mlm shj.

Pelbagai hikmah di pelajari dan pelbagai peristiwa dipertontonkan kpd kita.

Malahan dgn sebab peristiwa ini nabi saw mengenali siapa yg mukmin dan siapa yg munafiq.

Antara persoalan yg menjadi pertikaian orientalis barat ialah bagaimana nabi saw boleh melalui israk mikraj hanya pd satu mlm shj sedangkan jarak antara mekah dan palestin sejauh kurang lebih 1500 km.

Bahkan mereka juga mempertikaikan jarak antara bumi dan matahari sejauh 150 juta km. Apatah lagi utk melalui setiap 7 lapisan langit yg kira2 500 tahun perjalanan dgn menunggang unta setiap satu lapisan antara lapisan yg lain.

Memang betul peristiwa ini tidak masuk ke dlm logik akal manusia. Oleh sebab itu israk dan mikraj wajib dibaca dan difahami melalui jalan iman kerana hanya iman shj yg menjadikan segala perkara yg sukar pd manusia menjadi terlalu mudah bg Allah dan segala perkara yg luar biasa pd manusia menjadi sgt biasa bg allah.

Melalui hadis yg mulia, nabi saw memberi jawapan setiap persoalan yg dibangkitkan dan tidak mungkin israk mikraj berlaku begitu shj tanpa perancangan dan campurtangan Allah swt. Allah memberi izin nabi melalui israk mikraj dgn dianugerahkan beberapa mukjizat.

Antara mukjizat yg berlaku ke atas nabi saw ialah nabi diizinkan allah menunggang buroq yg langkahnya sejauh mata memandang walaupun tubuh badannya lebih kecil drpd keldai dan besar sedikit drpd baghal.

Nak naik buroq?
Insya allah kita juga turut berpeluang utk menunggang buroq dgn syarat masuklah ke dalam syurga Allah yg sgt mulia.

Nabi sempat bertemu dgn nabi yusuf as. Subhanallah kata nabi, kecantikan nabi yusuf separuh drpd kecantikan manusia di dunia.

Namun, kecantikan nabi yusuf tidak mampu menandingi kecantikan nabi adam as kerana nabi adam diciptakan sendiri oleh Allah swt.

Subhanallah!!!
Apakah kita tidak mahu bermimpi bertemu dgn insan yg sgt cantik ini?

Insya Allah kita pasti akan bertemu mereka dgn syarat masuklah ke dalam syurga agar kita bukan shj boleh menatap wajah mereka malahan kita boleh memeluk tubuh badan yg sgt mulia.

Seperkara yg sgt menarik dlm peristiwa israk mikraj ialah Allah menganugerahkan nabi saw dan kita sbg ummatnya anugerah SOLAT yg sgt hebat kerana dgn hanya bersolat 5 waktu shj, Allah menggandakan pahalanya seperti solat 50 waktu.

Wah!!! Inilah perkara yg sgt hebat yg Allah anugerahkan  kpd kita. Mengapa perlu malas bersolat sedangkan jika difikirkan dgn akal semata2, sekiranya tidak ada solat, apakah lagi cara kita mampu utk masuk ke dalam syurga Allah swt?

Dgn zikir, berapa jam kita boleh mengabdikan diri kpd Allah dgn berzikir. Membaca quran, lagilah sukar. Dapat membaca 2 muka surat setiap hari yg hanya menghabiskan masa selama 30 minit pun alhamdulillah.
Apatah lagi ibadah yg lain.

Maka bersyukurlah kpd Allah dgn anugerah SOLAT yg memungkinkan kita masuk ke dalam syurga jika dilakukan dgn khusyuk dan ikhlas kerana Allah.

Sedikit peristiwa dan hikmah ini telah dibicarakan oleh nabi saw melalui hadis2 baginda yg sgt mulia dan dinukilkan oleh buku UST GHAZALI OMAR dlm kitabnya Peristiwa Israk Mikraj & Pengajarannya buat umat masa kini.

Berimanlah kpd Allah dan rasul saw dgn peristiwa ini. Sekurang-kurangnya israk mikraj memberi nilai tambah kpd pengukuhan keimanan kita seterusnya meningkatkan kekhusyukan solat kita kpd Allah 'azzawajalla.

***************

Kami kemudiannya menuju ke makam nabi Musa yang terletak kira-kira 11km daripada selatan Jericho dan kira-kira 20 km daripada Jerusalem.  


Tiba sahaja makam ini, kami disambut oleh unta yang sangat comel!




Di sini terdapat tanda-tanda besar dan kecil  kiamat yang telah diframekan.



Tetapi malangnya, bahasa Arab saya out jadi saya tidak berapa faham apa yang dituliskan.

Ini merupakan hari terakhir kami di Palestin. Kemudian kami mula menuju ke Jordan dengan menaiki bas dan melepasi imigresen Israel. Kemudian kami menuju ke airport Amman Queen Alia, (antara airport yang tercantik saya pernah jumpa) untuk menuju ke Oman.




Tiba di Oman, maka berakhirlah perjalanan kami. Memang sangat bermakna trip kami kali ini dan saya amat merindui Palestin. Jika diberi kesempatan, saya akan cuba untuk kembali ke sana In sha Allah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk ke Palestin kerana pengalaman sepanjang di sana memang sangat aman, dan menyeronokkan. 


Anda suka baca kisah saya di Palestin? Boleh mengikuti kisah-kisah saya dengan lebih lanjut semasa di Palestin dengan klik link di bawah ini :



Related Post

0 comments