Nami Island, Petite France, Seoul

01:02:00

Ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membacanya :


Assalamualaikum.

Hari ini nak share pengalaman saya dari Seoul ke Nami Island dengan menaiki subway sahaja. Sesungguhnya, cara ini memang antara yang termurah dan termudah di dunia.

Tapi there are definitely other ways la untuk ke Nami Island from Seoul. Antaranya ialah :

1. BAS

Harga ialah seperti tertera di bawah :



Boleh tengok and book tiket dari website ini :  Nami Bus

Bas ini sesuai lah untuk mereka yang lebih berusia sikit daripada kita yang muda ini. Kerana mereka berduit dan sudah tentunya menjimatkan tenaga daripada menempuh banyak tangga di dalam subway nya itu.       

- ATAU -

2. KERETAPI

Ini sudah tentu alternatif yang paling murah, daripada menghabiskan duit sebanyak 15000 won untuk pergi balik dari Seoul ke Nami Island, saya memilih untuk cara ini. 

Caranya ialah, daripada

1. Seoul Station -- towards Soyosan --> Hoegi station

 Turun di Hoegi dan tukar line ke Jungnang line 

2. Hoegi -- towards Yongmun --> Sangbong station


Di Sangbong, tukar line hijau yang bernama ITX


3. Sangbong -- towards Chuncheon --> Gapyeong station


Perjalanan dari Sangbong ke Gapyeong mengambil sekitar 50 minit.


Jangan main-main, pakcik dan atok pun pandai menggunakan handphone sekarang!

 Total hanya sekitar 2050 won, dan mungkin ada cas untuk pertukaran station sekitar 400 won. Jadi, total untuk ke Nami Island dengan menaiki subway tidak melebihi 3000 won pun!




Total perjalanan kira-kira mengambil masa 1 jam setengah dari Seoul untuk ke Gapyeong ini. Terus tunggu untuk Gapyeong shuttle bus yang mengelilingi satu Gapyeong dengan harga hanya 5000 won sahaja! Antara tempat yang di cover oleh shuttle bus ini ialah :

- Gapyeong station (sudah tentu)
- Nami Island
- Petite France
- Chapyeong station
- Garden of Morning Calm

Ini antara route dan masa yang bas ini cover.


Pastikan anda menunggu di perhentian bas yang ditetapkan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan dalam jadual kerana bas ini amat menepati masa. Boleh bayar tiket pada pemandu bas sahaja.




Apabila sampai, teruskan sahaja perjalanan.

Okay, apabila tiba di sini, tidak bermakna anda sebenarnya sudah tiba di Nami Island. Untuk ke Nami Island pula, ada dua alternatif :

1. ZIP WIRE




Harga 38000 won termasuk entry untuk ke Nami Island

- ATAU - 

2. NAIK FERRY

Disebabkan ini cara yang paling murah untuk ke Nami Island, sudah tentulah lebih ramai yang beratur untuk membeli tiket di sini. Harganya 8000 won sahaja, termasuk dengan entry untuk ke Nami dan feri.











Dalam masa dua tahun je tidak ke Nami Island, feri nya telah berubah 360 darjah! Kini lebih moden dan eksklusif!






Setibanya di Nami, kami mengharapkan agar Nami diliputi salji tebal, namun, masih kelihatan daun-daun kering di mana-mana sahaja.













Aksi lompat itu wajib



Patung apakah?



Dulu, bergambar di sini juga tetapi dengan orang lain.





Persis di padang pasir pula.



Semasa kami sedang berjalan-jalan, cuba teka kami terjumpa siapa? Ya, Bunga Cinta Lestari! Sedang berlakon untuk filem terbarunya Jilbab traveller.




Untuk solat, boleh solat di sini kerana ada disediakan surau.



Setelah puas pusing di Nami Island, untuk ke Petite France, anda perlu menaiki feri semula dan perlu menunggu bas di hadapan 7E ini.



Perjalanan mengambil lebih kurang 30 minit dengan menaiki bas.

Tiba sahaja di Petitie France, perlu membeli tiket yang berharga 9000 won.

Apabila masuk ke sini, anda akan terpesona dengan kecantikannya....




Kalau perasan, ini tempat runningman pernah buat shooting suatu masa dahulu!







Memang betul-betul persis France, cuma versinya petite - Mini

Petite France = Mini France



Kat sini best untuk bergambar je. Selain itu, antara yang best di sini ialah dapat melihat persembahan.




Jadual persembahan 





Kami sempat untuk menonton persembahan 'puppet' dan best!

Kemudian, untuk balik, boleh keluar daripada petite france dan tunggu bas betul-betul di side yang awak baru keluar itu. Jangan melintas kerana bus stop di seberang itu menuju ke Nami Island semula.




Sedang menunggu kedatangan bas


Oleh kerana kita sudah berada di Petite France, maka, station terdekat ialah Chapyeong station berbanding Gapyeong station.




Untuk pulang, perjalannya sama sahaja cuma versi terbalik. Haha



Dalam perjalanan, kami sempat singgah membeli kimbap 1000 won untuk satu roll. Sedap yang amatttt.


Sambungan post ini ialah :





    Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

    Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
    Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
    Cuti bajet dan backpack murah ke Australia

    Related Post

    21 comments

    1. Replies
      1. ok in sha allah tp panas sikit la sbb summer

        Delete
    2. Tgk pakcik tu mcm pandang kt sis je.. menakutkan.. tapi sbenarnya die pandang hp.. haha.. ☺

      ReplyDelete
    3. Hi sis, kalau hujung bulan 2 korea still snow ke?

      ReplyDelete
    4. Saya baru nak dtg sana 5/2 ni.. Ad tips ke Everland tak? Saya solo traveller je

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya tak pergi everland sbb sy baca orang cakap tak digalakkan prgi time winter sbb tak best..

        Delete
    5. kalau tengok gambar2, cuaca sejuk tapi jalan basah. maknanya skali skala ujan la kan.

      ReplyDelete
    6. sis.. nak tanya
      kalau naik subway dr seoul ke gapyeong (3000 won one way ke return ??
      then smpai ke gapyeong naik gapyeong shuttle bus 5000 won tue terus pergi ke nami island ke?? berhenti di stop nami island then naik ferry dr stop nami island tue?? sbb according to the bus shuttle route tu die ade stop dkt nami island.. then naik ferry plus admission 8000 won tue return ke cmne?? thank you??

      ReplyDelete
      Replies
      1. sorry balas lambat.

        1. around 3000 won for return
        2. gapyeong bas tu route dia mmg sampai ke nami island tapi bukan lah terus. dia ada banyak stop sebelumnya.
        3. dah sampai nami island, beli entrance ticket dan baru naik ferry ke nami
        4. yes return 8000 won

        :)

        Delete
    7. Salam... boleh share iti ke? Sb plan nak p next year bln jan... tq
      farinatika@gmail.com

      ReplyDelete
    8. Salam. Why tak boleh bukak others link? :(

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya dah betulkan link. tq so much sebab inform :)

        Delete
    9. Salam, nak tanya if perjalanan nak balik ke Seoul from Chapyeong Station sama je ke dengan Gapyeong?

      ReplyDelete
    10. salam, tiket itx ke gapyeong beli di sangbong station ke? tiket itx utk blik dri chapyeong plk?

      ReplyDelete
    11. Salam. Nak tanya. Tiket ITX Gapyeong tu kena purchase in advance ke? Sbb sy tgk ade org post dia purchase in advance through website korail pass. Thank you.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Saya tlng jawab since saya da study sikit2 huhu. Ada org beli online sebab dia nak book awal. Sbb kalau beli on the spot, kadang2 tak dapat seat. So kene la berdiri sepanjang perjalanan ke sana. Kalau kompem blh dtg on time, blh la book. Or pergi sana on weekend. Kalau weekdays, blh je beli dekat kaunter. Depends individu. Harap membantu :)

        Delete
    12. nk tny la..ujung bln 12 n awal bln 1 ade salji x kt nami island tu

      ReplyDelete
    13. nk tny la..ujung bln 12 n awal bln 1 ade salji x kt nami island tu

      ReplyDelete
    14. macam mana nak beli tiket gapyeong city tour bus tu?
      pakai t- money touch dalam bus atau kena beli melalui kaunter?

      ReplyDelete