Nami Island, Petite France, Seoul
Ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membacanya :
Assalamualaikum.
Hari ini nak share pengalaman saya dari Seoul ke Nami Island dengan menaiki subway sahaja. Sesungguhnya, cara ini memang antara yang termurah dan termudah di dunia.
Tapi there are definitely other ways la untuk ke Nami Island from Seoul. Antaranya ialah :
1. BAS
Harga ialah seperti tertera di bawah :
Boleh tengok and book tiket dari website ini : Nami Bus
Bas ini sesuai lah untuk mereka yang lebih berusia sikit daripada kita yang muda ini. Kerana mereka berduit dan sudah tentunya menjimatkan tenaga daripada menempuh banyak tangga di dalam subway nya itu.
- ATAU -
2. KERETAPI
Ini sudah tentu alternatif yang paling murah, daripada menghabiskan duit sebanyak 15000 won untuk pergi balik dari Seoul ke Nami Island, saya memilih untuk cara ini.
Caranya ialah, daripada
1. Seoul Station -- towards Soyosan --> Hoegi station
Turun di Hoegi dan tukar line ke Jungnang line
2. Hoegi -- towards Yongmun --> Sangbong station
Di Sangbong, tukar line hijau yang bernama ITX
3. Sangbong -- towards Chuncheon --> Gapyeong station
Perjalanan dari Sangbong ke Gapyeong mengambil sekitar 50 minit.
Jangan main-main, pakcik dan atok pun pandai menggunakan handphone sekarang!
Total hanya sekitar 2050 won, dan mungkin ada cas untuk pertukaran station sekitar 400 won. Jadi, total untuk ke Nami Island dengan menaiki subway tidak melebihi 3000 won pun!
Total perjalanan kira-kira mengambil masa 1 jam setengah dari Seoul untuk ke Gapyeong ini. Terus tunggu untuk Gapyeong shuttle bus yang mengelilingi satu Gapyeong dengan harga hanya 5000 won sahaja! Antara tempat yang di cover oleh shuttle bus ini ialah :
- Gapyeong station (sudah tentu)
- Nami Island
- Petite France
- Chapyeong station
- Garden of Morning Calm
Ini antara route dan masa yang bas ini cover.
Pastikan anda menunggu di perhentian bas yang ditetapkan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan dalam jadual kerana bas ini amat menepati masa. Boleh bayar tiket pada pemandu bas sahaja.
Apabila sampai, teruskan sahaja perjalanan.
Okay, apabila tiba di sini, tidak bermakna anda sebenarnya sudah tiba di Nami Island. Untuk ke Nami Island pula, ada dua alternatif :
1. ZIP WIRE
Harga 38000 won termasuk entry untuk ke Nami Island
- ATAU -
2. NAIK FERRY
Disebabkan ini cara yang paling murah untuk ke Nami Island, sudah tentulah lebih ramai yang beratur untuk membeli tiket di sini. Harganya 8000 won sahaja, termasuk dengan entry untuk ke Nami dan feri.
Dalam masa dua tahun je tidak ke Nami Island, feri nya telah berubah 360 darjah! Kini lebih moden dan eksklusif!
Setibanya di Nami, kami mengharapkan agar Nami diliputi salji tebal, namun, masih kelihatan daun-daun kering di mana-mana sahaja.
Aksi lompat itu wajib
Patung apakah?
Dulu, bergambar di sini juga tetapi dengan orang lain.
Persis di padang pasir pula.
Semasa kami sedang berjalan-jalan, cuba teka kami terjumpa siapa? Ya, Bunga Cinta Lestari! Sedang berlakon untuk filem terbarunya Jilbab traveller.
Untuk solat, boleh solat di sini kerana ada disediakan surau.
Perjalanan mengambil lebih kurang 30 minit dengan menaiki bas.
Tiba sahaja di Petitie France, perlu membeli tiket yang berharga 9000 won.
Apabila masuk ke sini, anda akan terpesona dengan kecantikannya....
Kalau perasan, ini tempat runningman pernah buat shooting suatu masa dahulu!
Memang betul-betul persis France, cuma versinya petite - Mini
Petite France = Mini France
Kat sini best untuk bergambar je. Selain itu, antara yang best di sini ialah dapat melihat persembahan.
Jadual persembahan
Kami sempat untuk menonton persembahan 'puppet' dan best!
Kemudian, untuk balik, boleh keluar daripada petite france dan tunggu bas betul-betul di side yang awak baru keluar itu. Jangan melintas kerana bus stop di seberang itu menuju ke Nami Island semula.
Sedang menunggu kedatangan bas
Oleh kerana kita sudah berada di Petite France, maka, station terdekat ialah Chapyeong station berbanding Gapyeong station.
Untuk pulang, perjalannya sama sahaja cuma versi terbalik. Haha
Dalam perjalanan, kami sempat singgah membeli kimbap 1000 won untuk satu roll. Sedap yang amatttt.
Sambungan post ini ialah :
Untuk membaca post lain mengenai Korea backpack (mengikut turutan hari) :
6) Namsan Tower, Bukchon Hanok Village, Myeongdong, Seoul Cultural Center
7) Nami Island, Petite France
8) YG Entertainment, Ewha University ,Cats Cafe
9) Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti
7) Nami Island, Petite France
8) YG Entertainment, Ewha University ,Cats Cafe
9) Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti
Taknak pening kepala? Boleh je book tour guide yang murah dan sangat best. Klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut :
Nak backpack sendiri tapi nak panduan mudah? Boleh dapatkan Naracards, panduan yang bersaiz mini sesuai untuk di bawa ke Korea!