Oryukdo Skywalk, KBS, Hueundae Beach, Busan

21:00:00

Post ini ialah sambungan bagi post sebelumnya :





Keesokan harinya, destinasi pilihan kami ialah...

Oryukdo Skywalk! 

  Apa je yang menarik kat tempat ni? Nak tahu, kena baca sampai habis lah ye.


Jadi, dari Hostel kami, keluar balik ke simpang yang anda boleh nampak kedai CU tu, tetapi jangan ke kanan pula (untuk menuju ke Daeyeon Station). Anda ambil ke kiri dan terus je hingga tiba di Busan Museum. Kemudian, tunggu bas di perhentian bas yang berdekatan dengan Busan Museum itu.

 



Perhentian bas ini terletak betul-betul bersebelahan Busan Museum. Kiranya daripada Guest House untuk ke sini, anda perlu lintas jalan raya.  

Tunggu bas nombor 2 yang berwarna hijau, menuju ke Igidae Park / Oryukdo Skywalk.

Harga tambang ialah 1100 won, tetapi sekiranya anda mempunyai T Money (sama fungsi seperti Touch N Go di Malaysia), anda boleh dapat diskaun, dan harga tambang menjadi 1010 won. Tak perlu takut tak perlu gentar kerana station ini ialah yang terakhir. Malah, pemandu bas juga akan melaungkan "Oryukdo Skywalk", jadi anda pasti tidak akan terlepas stationnya.





Inilah gambaran apabila anda tiba di sini. Semua ini ialah Igidae Park. Sekiranya anda ingin mencuba Oryukdo Skywalk, boleh naik di atas bukit di sebelah kiri itu. 



Pujian bagi Allah, tempat ini tersangatlah cantik dan menakjubkan. Rugi sekiranya anda tidak datang ke sini! Sebab apa? Untuk ke sini tidak perlu bayaran satu sen pon! Semuanya PERCUMA!





Untuk melalui skywalk itu, anda dikehendaki untuk memakai alas kaki yang disediakan ini pada kasut, agar tidak mengotorkan lantai kaca itu.





Pemandangan di bawah. Ya, kita memang akan berjalan di atas kaca sepanjang 15 meter, yang membolehkan kita melihat laut dan batu-batu secara langsung! Secara jujur, untuk sesiapa yang takutkan ketinggian, ini mungki akan menjadi satu cabaran untuk anda. Sahuti cabaran ini dengan mencubanya sendiri!










Jarak bahagian yang berkaca hanya pendek sahaja.

Setelah puas bergambar di skywalk, kami pun berjalan-jalan di sekitarnya iaitu di Igidae Park, yang terletak dia atas bukit. Untuk ke sana, perlu menaiki tangga yang banyak! Tetapi apabila di puncak, udaranya begitu nyaman, dan pemandangannya juga indah. 









Tangga bermula.... 





Jalan yang bertangga, tetapi amat berbaloi kerana pemandangan di bawah amat cantik!
 
  

Sekiranya penat, anda boleh berhenti untuk berehat di kerusi-kerusi yang disediakan. Menjadi orang melayu, sudah tentu kami cepat penat. Naik tangga sikit sudah mengeluh. Hihi.

Pemandangan di bawah.. 



Sekiranya anda rajin, anda boleh meneruskan perjalanan menaiki bukit-bukit. Tetapi sebagai orang Melayu, sudah tentu kami malas.

Kami kemudiannya menuju ke KBS Busan. Jadi, daripada Oryukdo Skywalk, naik bas nombor 2 tadi dan berhenti di Perhentian bus Busan Museum, dan menuju ke Daeyeon Station. Kemudian, kami menaiki subway di line hijau yang menuju ke Jangsan, dan berhenti di Namcheon (KBS) station.

Ringkasannya :

1) Naik bus 2, stop @ Busan Museum
2) Jalan ke Daeyeon Station 
3) Naik subway hijau menuju ke Jangsan.
4) Berhenti di Namcheon Station

Boleh rujuk gambar rajah di bawah. Kali ini je saya tolong terangkan mengenai subway. Lepas ini boleh lah anda download Busan Metro Apps di Google atau Appstore.

 Cadangnya untuk ke KBS ialah untuk menghabiskan sisa baki hari kami. Lagipun, mana la tahu sekiranya terjumpa Il Gook dan triplets.  Setelah sampai di KBS station, ikut sahaja exit yang tertulis KBS. Seperti dibawah, exitnya ialah exit 2.



Keluar daripada station ini, kira-kira dalam 500 meter perjalanan, anda akan nampak bangunan KBS yang tersergam indah. Tidak perlu risau, kerana pengunjung bebas untuk masuk dan bergambar di dalamnya.







Gambar ini di ambil oleh security guard KBS ini. Hihi



Kebetulan malam itu akan ada persembahan daripada Kang Gary. Tetapi tidak ada rezeki untuk melihat kelibat Gary.



Kami berada di sini hanya sekitar 30 minit kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk ke Huendae Beach. Oleh kerana pantai ini juga terletak pada line hijau, dan menuju ke arah Jangsan juga, maka ia telah pun memudahkan kerja kami. 

Namcheon Station ---> Huendae station (7 station sahaja) 
Tambang : 1200 won




 Setelah tiba di station, keluar melalui exit 3 untuk ke pantai, dan terus je sehingga anda melihat pantai. Mudah sahaja perjalannya.



Dalam perjalanan, kami sempat membeli fish cake yang berharga 500 won satu batang.


 Tiba di Huendae beach, kami dapat menyaksikan pertunjukan ahli silap mata secara percuma. Terpulang kepada anda untuk memberikan mereka tips.




Dari Huendae beach, untuk pulang ke Daeyeon station, hendaklah menuju ke arah Yangsan.

Huaendae -- towards Yangsan --> Daeyeon 
Tambang : 1200 won 

Kos tambang ialah :

1. Bus pergi balik dari Busan Museum ke Oryukdo Skywalk 
= 1010 won x 2 = 2020 won

2. Subway Daeyeon Station --> KBS = 1200 won
3. KBS --> Huaendae = 1200 won
4. Huaendae --> Daeyeon = 1200 won

5. Lawatan ke tempat menarik = Percuma

Total damage hari ini ialah : 5620 won


Related Post

1 comments

  1. bersih betul tempat diorang ni, lagi buat bertambah cantik.

    ReplyDelete