Klik di bawah untuk membaca post sebelumnya :
Sebenarnya, saya banyak merujuk laman web Visit Korea ini semasa merancang untuk subway trip ini, tetapi saya telah banyak olah agar lebih menguntungkan pihak kami.
Dengan adanya tiket ini, anda bebas untuk menaiki subway untuk ke mana-mana sahaja, tidak kira berapa banyak kali kita naiki, asalkan dalam hari yang sama pembelian tiket itu. Jadi, untuk membeli tiket ini, perlu ke Busan station kerana mesinnya hanya terletak di situ dan beberapa tempat yang terkenal sahaja.
Daeyeon Station -- Towards Yangsan --> Seomyeon
Tambang : 1200 won
Di Seomyeon, turun di station ini untuk tukar ke line oren pula, atau namanya line 1.
Seomyeon -- Towards Sinpyeong --> Busan station
Tambang: 200 won (kerana pertukaran line)
Ikut sahaja seperti gambar rajah di bawah :
Setibanya di Busan Station, kami pun ingin membeli tiket one day pass kami. Tetapi, kami tidak faham cara dan bagaimana untuk memasukkan duit. Oleh itu, tekan sahaja butang merah untuk memanggil pegawai mereka, tidak sampai 15 saat, seorang pegawai wanita datang sambil berlari menuju ke kami.
Mesin ini hanya menerima wang 1000 won. Oleh itu, anda perlu menukar wang besar anda di mesin bawah ini :
Oleh itu, bermulalah one day trip kami melawati sekitar Busan. Antara tempat-tempat yang kami akan lawati menggunakan pass ialah :
1. Gamcheon Cultural Village
2. Jagalchi Market
3. Gukje market at Nampo Station
4. Yongdusan Park
5. 40 stairs, tempat Running Man shooting tu
5. Beomosa Temple
6. Masjid Al-Fatah Busan
7. Pulang ke Daeyeon Station
Jom ikuti satu per satu cara untuk ke tempat-tempat ini.
1. Gamcheon Cultural Village
Kebiasaannya, orang yang datang ke Busan pasti akan ke perkampungan ini. Jadi, kami turut mengambil peluang untuk melihat sendiri perkampungan Gamcheon ini.
Cara untuk ke tempat ini ialah :
Busan station -- Towards Sinpyeong --> Teosong
Keluar exit 6 dan jalan terus sehingga ke hujung jalan. Kemudian, belok ke kanan.
Jalan dalam lebih kurang 2 minit, anda akan berjumpa dengan hospital kanser seperti gambar di atas.
Kemudian, tunggu shuttle bas berwarna hijau yang bernombor 2. Bas di korea boleh menggunakan T Money sahaja. Saya rasa trip pergi balik tambangnya 900 won kerana apabila saya menyentuh T Money, harga yang tertera ialah 0 dan apabila pulang, tambang yang ditolak 900 won. Jadi saya tidak berapa pasti tentang ini kerana saya ada juga merujuk blog lain yang menyatakan tambang 900 won untuk satu hala.
Shuttle bus itu akan berhenti betul-betul di hadapan papan ini yang terletak di sebelah kiri anda. Anda hanya perlu jalan sedikit sahaja dan anda akan dapat melihat perkampungan ini di sebelah kanan anda.
Di sini, tidak begitu banyak aktiviti yang boleh dibuat melainkan mengambil gambar sahaja. Cumanya, kami agak malas untuk menjelajah kawasan ini kerana... kawasan ini berbukit dan bertangga.
Running Man pernah membuat shooting di tempat ini. Setelah bergambar, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke destinasi seterusnya. Justeru, untuk pulang, kita harus menaiki bas yang sama untuk menuju ke tempat yang sama.
Kemudian, kami ke Jagalchi market.
Toesong -- towards Nopo --> Jagalchi
Di sini juga tidak begitu menarik pada pendapat saya. Kerana kebanyakannya hanyalah menjual barangan basah seperti ikan, sotong.
Di hadapan Jagalchi Market ialah Nampo market. Tetapi disebabkan tidak tahu, kami pun menaiki subway dan turun di Nampo station. Nasib tak perlu bayar apa-apa sebab ada one day pass.
Di sini, kata orang, syurga makanan, atau Myeongdong bagi di Busan. Kerana konsepnya lebih kurang, cuma di Busan lagi best kerana ada lagi banyak makanan yang menarik!
Kat sini ada aiskrim yang panjangnya 32cm! Harga 2000 won sahaja. Di sini, anda boleh berjalan kaki ke Yongdusan park di mana terletaknya Busan tower. Caranya agak sukar untuk diterangkan, tetapi apabila anda berjalan sekitar Nampo, pasti anda akan jumpa jalannya.
Anda akan melihat pintu gerbang seperti ini, dan sila naiki escalator ini untuk ke atas. Terdapat 3 tingkat bagi escalator, dan ia tersangatlah tinggi! Nasib ada escalator. Haha
Dipuncak.
Dari Nampo station, kami ke Jungang station pula.
Nampo -- towards Nopo --> Jungang
Keluar ikut exit 13 dan ikut signboard '40 stairs culture' yang berwarna coklat.
Seterusnya, perjalanan kami ialah untuk ke Beomosa Temple.
Jungang -- towards Nopo --> Beomosa Temple
Tempat ni tidak perlu pergi kerana setelah penat berjalan, rupanya perlu naiki bas untuk ke temple nya. Oleh kerana kami tidak mahu membazirkan duit, kami terus kembali ke station untuk ke destinasi seterusnya. Tetapi sekiranya anda berminat, boleh naiki bas nombor 90.
Hari sudah semakin gelap, kami pun bergegas untuk ke Dusil station. Ada apa di sini? Di sinilah terletaknya masjid Busan, yang diberi nama Masjid Al-Fatah Busan.
Beomosa Temple -- towards Nopo --> Dusil
1. Keluar di exit 8.
2. Dari station, terus sahaja ke arah papan yang ada nombor 5 itu. (Jangan berpusing ke arah pakcik di gambar itu pula!)
3. Terus dalam lebih kurang 300 meter.
4. Kalau anda jumpa kedai tayar Hankook ini, bermakna anda di jalan yang benar.
5. Nampak tak papan tanda warna coklat tulis "Islamic Center"? Haa ikut papan tanda tu. Kalau tak nampak, tidak mengapa. Apabila nampak sahaja stesen pam minyak SK, belok ke kanan.
Haa, nampak dua orang budak itu. Ikut laluan mereka itu.
6. Nanti akan jumpa satu jambatan. Lintas jambatan itu.
7. Terus sehingga ke hujung jalan dan kemudiannya belok ke kanan. Semasa ini, jika anda ragu-ragu, boleh rujuk je papan tanda Masjid Al - Fatah Busan
8. Terus dan anda akan lihat restoran Morocco di sebelah kanan anda.
9. Anda sudah tiba di destinasi anda
Tempat solat wanita di tingkat 2. Ambil wuduk pula di tingkat 1.
Semasa sedang berehat-rehat, kami sempat bermain denga seorang bayi kecil, yang bernama Iram. Emaknya warga Indonesia, yang berkahwin dengan lelaki Korea yang sudah memeluk agama Islam. Sedang kami berborak, tiba-tiba kakak ini ajak kami untuk makan, katanya dia akan belanja. Alhamdulillah, rezeki kami orang bermusafir.
Satu hidangan, harganya dalam 13000 won. Jadi, sorang kira-kira RM 42. *Pengsan* Terima kasih akak, semoga Allah permudahkan segala urusan akak in sha Allah.
Satu pinggan yang bernilai 13000 won.
Malam ini, kami akan menuju ke Seoul dengan menaiki keretapi Mugunghwa. Boleh teruskan bacaan pada entri seterusnya.
Sambungan post ini ialah :
Untuk membaca post lain mengenai Korea backpack (mengikut turutan hari) :
6) Namsan Tower, Bukchon Hanok Village, Myeongdong, Seoul Cultural Center
7) Nami Island, Petite France
8) YG Entertainment, Ewha University ,Cats Cafe
9) Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti
7) Nami Island, Petite France
8) YG Entertainment, Ewha University ,Cats Cafe
9) Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti
Taknak pening kepala? Boleh je book tour guide yang murah dan sangat best. Klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut :
One day metro pass tu boleh kongsi tiga org tak? Atau dia kena one card holder je?
ReplyDelete