Review Restoran Nasi Arab Kajang

23:00:00

Assalamualaikum gais. Harini nak share review makan di Restoran Nasi Arab Kajang. Ye, nama dia memang begitu. Haha..

Cara nak ke sini, boleh masuk tol Bangi dan ikut arah UKM. Senang cerita, WAZE dan cari "BANGI ONE STOP HOME CENTRE" confirm sampaii.







So beginila rupanya Restoran Nasi Arab Kajang.
First menapak di sini, I was not 'really' impressed but hey, don't a book by it's cover. Kita datang untuk apa? MAKANNN...



A little bit of the interior designing. This place is huge!


Nah gambar menu terbalik satu. Apa yang kitorang order?

1. Chicken Kabsa RM 13 Regular
2. Mix grilled RM 25
3. Mango lasse RM 9

This time sbb berdua je, so makan la sikit je. haha.



Dalam 5 minit duduk, tetibe dah sampai ayam yg dah mandi tu. Fuhh laju betul service. Dan portion dia ni pon besar gilaaaa. Sorang makan tak larat wooo.. 2 ok la. haha

Then about 30 mins later, baru sampai aku punya. Haa ni lambat sikit. Maybe dia nak panggang bagai dulu. *Think positive*


Chicken Kabsa dia memang sedap, nasi sedap gila..

Mix grilled pon sedap tapi lamb dia a bit masin. but tolerable la dan sedap kalau di makan dgn roti..

Cuma bezanya mix grilled ni dgn yg lain is.. Mix grilled ni lack of mayonese, tartar sauce or any kinds of sauce, so mcm agak nak tercekik jugakla. And so far, aku makan mix grill, usually ada french fries. Tapi ni xde. But I don't really mind pon la about the fries. But I do mind about the sauceeee.. Sbb rasa cm ada yg tak cukup. Emm..

So total bintang Nora nak bagi is....


Kenapa 3 bintang?

Pros

1. Makanan sedap
2. Jus mango lasse dia sedap
3. Service cepat la jugak utk menus like Chicken Kabsa

Cons

1. Simple interior *not so much of an issue though*
2. Plating dan hiasan pinggan pon biasa2 je
3. Service for other kinds of menu like Mix grilled took a while
4. Maybe boleh pertingkatkan kebersihan

Overall, kalau minat nak try makan nasi arab yang murah dan sedap, anda amat digalakkan dtg sini. Tapi kalau jenis datang untuk bergambar sakan, ambil gambar makanan, not so much la. Tapi hey, kita mmg dtg utk makan pon! Hahaha

Tu jee adios de amigos!

Related Post

0 comments