Hi korang. Recently aku pergi jejalan sekitar Putrajaya. Actually baru lepas lepak2 di IOI so pergi la bersiaran kejap di Putrajaya.
Hangpa semua nak tau dak, dekat putrajaya, ade tempat best utk rekreasi! Nama tempat dia, Monumen Alaf Baru Putrajaya!
Sedikit info la kan ape benda Monumen ni. *Wikipedia je pon*
Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
*too bad wawasan 2020 macam dah tak nampak je bayang-bayangnya*
Cara nak ke sini, hangpa waze naa. Dekat je ngn JPN semua2 tu. Area Presint 2 je..
So sampai2 je kami cam waahhh best gilaqqqq.. Oh sebelum tu, nak masuk sini semua free je. Kalau hang nak cuba macam2 tu yg kena bayaq na.
Kalau hangpa nak tau, kat sini ada "I AM SKYWARRIOR". Suka tengok Ninja Warrior kt AXN dak?? Haa tempat ni ala2 gituuu la.
Kalau hangpa nak try yg Ninja warrior tu, ini details depa :
- Bayaran RM10.
- Boleh main sampai penat
- Minimum ketinggian 4ft
- Terdapat 8 halangan sebelum anda di gelar Skywarrior.Halangan tersebut adalah Chelik Falls, Ulu Sepat Leap, Marudi Crossing, Kinabalu Ferrata, Langkawi Walk, Kinabatangan Swing, Cameron Web dan Danum Valley.
Jalan depan sikit, hangpa boleh nampak Belon udara cenggini. Belon ni, kalau nak naik harga dia RM 38 with myKad. Haa mahal tak. Kami masa nak masuk tu, terkejut beruk sbb mahal terus tak jadi. hahahhaa. Kalau takde myKad, harga RM 68. Duk kat atas tu 15-20 min jer. Ikut hang laa kalau nak rasa membaziaq ke tak.
Kalau hangpa bernasib baik, boleh la tengok festival2 belon udara panas. Cantikkk.
Menyulusuri perjalanan ini, akhirnya kami tiba di kawasan rumputan hijau yg sedap untuk diragut. Eh cam lembu lak bunyinya.
Di hadapan kawasan rumputan ni, inilah monumen alaf baru nya. moden gituu
Kat sini sangat best untuk nak berjogging mogging uols. Yela tepi tasik gituuw.
Malam2, inilah pemandangannya. Cantikkan??
So far, this place is awesome la untuk lepak2 just to hangout u know. Kat sini ada banyak cafe juga kalau korang nak makan2. Cuma satu je, tempat ni masih dlm construction agaknya sbb banyak tanah2 merah di atas pavement. Tapi kalau tutup sbelah mata, okay je tempat ni. Check it Out yoo
ada tpt parking tak? kena bayar ?
ReplyDelete