Assalamualaikum uolss. Apa khabar? Nak coti-coti ni tak de plan nak travel memana ke? Takkan lah tak nak kann. Hehe.
Rata-rata,, aku banyaakkk dapat soalan
1. Perlu ke beli luggage?
1. Perlu ke beli luggage?
2. Perlu ke check in luggage? Boleh tak kalau taknak check in luggage?
3. Check in luggage tu ape?
4. Berapa kg nak beli eh?
5. Apa beza Hand Carry dan Check in Luggage?
Jawapannya....
"It totally depends on you"
Mari kita tengok satu per satu dulu k. Let me explain.
HAND CARRY
Hand carry ni dikira sebagai bag yang korang bawa untuk bersama korang SETIAP MASA, dari masuk je pintu KLIA, sehingga naik plane itu sendiri, sehingga telah pun selamat mendarat.
Kalau nampak orang tarik2 bag macam ni, maksudnya hand carry la tu..
Dan kebiasaannya, hand carry ni korang akan simpan di compartment di atas kepala, ataupun di bawah kerusi korang lah.
So get the idea for hand carry? Ini tiada masalah apa sangat pon. Cuma certain airlines seperti AIR ASIA dan other domestic flights dia tak bagi bawak hand carry yang besar2. Kiranya bag tarik korang tu ada lah size dimension yg korang kena ikut. Yela, sbb Air Asia buat duit dengan memaksa orang beli luggage untuk check in, dan oleh itu, dia agak strict sikit dengan size 'bag tarik' korang tu.
dan carry on ni memang FREE OF CHARGE. So most backpackers tend to use this option sbb nak JIMAT.
Cuma kalau bag korang terlebih besar dan terlebih berat, pastu kantoi pulak dengan officer, so bersiap sedia la untuk dipaksa check in dan bayar 2X ganda lagi mahal.
CHECK IN LUGGAGE
Kalau korang cam teragak-teragak, lepas ke kalau aku bawak bag ni utk hand carry?
Kalau cam agak2 korang ni memang jenis bawak segala pinggan, mangkuk, periuk, baju berlapis2, sila fikirkan option untuk check in k.
Usually, kalau naik airlines yang mahal2 seperti MALAYSIA AIRLINES, QATAR dan lain-lain yang MAHAL, korang tak perlu risau sbb Check in luggage dorang FREE (kiranya harga tiket korang tu dah termasuk sekali la luggage korang, usually 30kg).
Tapi, domestic airlines yang MURAH MURAH jer ni, korang kena beli luggage, sama ada semasa beli ticket, atau dh lepas beli tiket tetibe baru terfikir nak tambah luggage, boleh la pergi kat 'manage my booking' dan beli luggage.
Check in luggage ni camne pulak?
Okay cuba tengok gambar bawah ni..
Selalu kan tengok orang beratur di kaunter, pastu bagi luggage kat orang tu dan puff orang tu tak perlu bersusah payah heret bag tu ke mana-mana?
Haa, ini la namanya check in luggage. Kiranya korang tinggalkan luggage ni, dan nanti bag2 ni semua akan di bawa oleh 'buggy' cm golf tu dan disumbatkan di dalam perut kapal terbang.
Macam tu lahh ceritanya.
Kalau nak check in luggage ni, korang boleh buat online atau bayar masa di kaunter. Tapi I'm telling you, bayar di kaunter mmg cekik darah *based on people's sharing la, Alhamdulillah belum pernah kena lagi*
So contoh ko beli 20 kg, make sure JANGAN LEBIH ye berat bag korang tu dari 20 kg. Kang tetibe bila timbang, berat bag korang 21kg, haaaa 1 kg tu kena bayar juga. RM 40 utk 1 kg. Macam beli ikan pulak en..
So bila dah tiba di negara seberang, situasi di bawah akan berlaku :
Situasi ini adalah situasi di mana korang menunggu luggage korang tiba. Diingatkan, semasa dalam plane, kita memang takkan nampak pon bag kita ni. So usually ini macam bergantung pada takdir la.
Sebab apa? Kadang2 bila tunggu bag ni, ada banyak kemungkinan berlaku. Antaranya :
1. Bag korang tak muncul2 sebab tertinggal or tercicir
2. Bag ko kena curi
3. Bag ko terbuka dan terburai
4. Bag ko kemek kena sepak terajang dengan orang yg uruskan bag ni.
So sebenarnya bagi aku check in ni menyeramkan sbb kita tak tahu nasib kita kan. Sebab tu klu aku check in bag, aku akan make sure aku letak baju spare dalam bag carry on. So in case kalau bag aku tak muncul2, at least aku dah ada baju spare utk sehari. Selebihnya beli jela kat sana kan. Tapi so far alhamdulillah tak pernah jadi pape, tapi bag kotor penuh ngn tapak kasut tu biasala. Tapi member aku penah la, sampai2 je tengok bag dah terburai.
Okay, so far dah faham kan? So sekarang ni nak jawab soalan tadi.
1. Perlu ke beli luggage?
Seperti apa yang telah aku terangkan di atas, memang up to u. Depending pada negara korang nak pergi, berapa hari di sana, musim apa. Kalau winter memang aku sarankan beli je check in bag tu.
2. Perlu ke check in luggage? Boleh tak kalau taknak check in luggage?
Depends juga. Kalau korang tak nak check in bag pon ok. Kalau rasa bag carry on korg tu dh mencukupi utk bawak segala keperluan, then tak payah check in luggage. Tapi kalu korang dh purchase check in luggage tu, guna jela. Dah bayar mahal2 tp xnak check in tu memang pelik.
3. Check in luggage tu ape?
Baca balik penerangan aku di atas2
4. Berapa kg nak beli eh?
Depends.
5. Apa beza Hand Carry dan Check in Luggage?
Baca balik penerangan aku di atas2
Okaylah, setakat itu je penerangan aku. Any questions boleh terus tanya di komen di bawah ni k. Thanks
Nak tnye, if Air Asia, kalau i tak beli checked luggage masa booking ticket, but masa nk check in kaunter, in case beg i mmg bwh 7kg tp nk check in jgk sbb malas nk angkut dlm overhead compartment depa bg ke?
ReplyDeletetak bagi sebab itu kira kena beli luggage dgn dia :)
DeleteSalam sis,klw kita nk bwk bekalan mknn utk melancong mcm megi,sardin dan seangkatan dgnnya dlm hand carry luggage boleh ke? Ke mknn x dibenarkan?
ReplyDeleteHi, kalau kita dah check in online tapi tak book for baggage. And nak pre book for baggage tapi I keliru macam mana nak tau beg kita berapa kg and nak pilih berapa kg? Kalau dikatakan beg saya tak sampai langsung 20 mereka masih nak baggage drop tak?
ReplyDeleteAhh finally jumpa jawapan yg aku cari2 haha. Thank youuuðŸ˜❤️
ReplyDeletesaya beli 2 lugage yang berat 15kg/beg. Kalau saya isi satu beg 20 kg dan satu lagi 10kg blh x?
ReplyDeleteA very awesome blog post. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. best luggage
ReplyDeleteTravel luggage which is checked has a few specifications; in addition, you ought to guarantee that the luggage could be opened advantageously on the off chance that it is chosen for search. Lightweight suitcases are very extraordinary.Visit this site for more info
ReplyDeleteDlm tiket tu sdh ditulis kh pintu mna prlu dimasuk dn sblm msuk tu check in luggage? Mcm mna mhu tahu luggage kita mana stu time smpi sdh di airport? Security tnjuk kr klau mnta tolong tnjuk pintu kluar ?
ReplyDelete