Bajet ke Legoland

13:14:00

The overall budgetting to Legoland

Salam semua. Nak share harini perbelanjaan ke Legoland baru-baru ni.

Duit minyak : RM 100 (Pergi - balik) 
Tol : RM 60 (Pergi - balik) 

Pergi 4 orang satu kereta so share 4 orang. 
Seorang bersamaan : RM 40

Hotel pulak kitorang duduk hotel bajet je berdekatan dengan Legoland tu. Warm Blanket hostel. 

Satu bilik double room RM 52 (book guna Agoda so termasuk charge banks semua) 

So satu bilik aku share 3 org dengan girls so sorang about RM 18



Cara nak ke tempat ni, korang cari je signboard Horizon Hill. Memang dah dekat sangat la. Dalam 5 min je ke Legoland (kalau tak sesat) Hahaha.

Kat sini pon ada kedai Albab Kings ni. Memang sedap betul nasi lemak dia.


Mesti cuba!



Satu lagi nasi lemak ayam dia. Harga tak ingat. hehehehe

So total bajet seorang ke Legoland :

Tol : RM 15
Minyak : RM 25
Hostel : RM 18
Tiket Legoland : FREE
Makan2 : Roughly around RM 20

Grand total : RM 78

So nasihat aku, cari tiket Legoland free sebab Johor tak berapa nak ada tarikan sangat so macam kalau korang beli tiket legoland yang harga RM 160 + RM 78 = RM 238. Rasa tak berapa berbaloi la. hehe..

Camne nak dapatkan tiket legoland FREE? Kumpul token dari sinar harian, selalu perasan kat coklat2 biskut2 pon ada voucher legoland. Sekarang ni dengar cerita beli buku karang kraf boleh dapat voucher. So kumpul!


Good luck semua.

Related Post

1 comments

  1. Salam,

    Saya nak tanya pasal tiket free tu. Memang saya biasa tgk kat bungkusan makanan ada promo mcm tu, tapi biasanya promo free tu berserta tiket berbayar. Memang ada ke yang totally free tanpa perlu ada pengunjung berbayar dalam group kita? Tq...

    ReplyDelete