Memahami cara membaca mata wang

09:40:00

Hi semua. Nak travel? Tapi tak tahu bila dan masa yang sesuai untuk travel sebab orang asyik cakap mata wang kita jatuh? Apa itu mata wang? Kenapa penting sangat mata wang ni.

Sebelum itu, kalau orang ada cakap2 pasal currency, itu lah mata wang. Maksudnya nilai duit kita dengan duit sesebuah negara.

Sebagai contoh, aku nak pergi Australia la konon2. Nak tahu currency dia berapa. Jadi, korang boleh type kat google :


Currency exchange

Nanti akan keluar cam gambar atas. Sekarang, select negara Malaysia dan Australia





Okay, so roughly, google punya currency begitu.  Ini bermaksud,

$1 = RM 2.99

So contoh korang stay kat hotel yang berharga $ 20, jadi kena la darab 2.99 untuk tukar jadi duit Malaysia.

$20 x 2.99 = RM 59.80

Jadi, nilai bilik yang korang book untuk semalam dalam duit Malaysia ialah hampir2 RM 60. Oleh itu, korang boleh la buat pengiraan bajet more or less.

Moving on.. Dah tahu rounghly the current currency, boleh korang tengok2 kedai Foreign Exchange pulak. Harga di kedai2 berbeza, so better korang survey utk cari kedai paling berbaloi untuk kita.

Macamana nak baca papan ni?


Memandangkan kita sedang tengok duit Australian dollars sekarang ni, tengok papan ni dan terus cari AUSTRALIA.

Lepas tu, tengok kat box WE SELL. Maksudnya itulah harga yang diorang jual duit tu.. 

So konon2 korang nak bagi duit RM 100 kepada diorang, jadi diorang jual duit AUD tu dengan membahagikan.

Senang camni :

AUD --> MYR = Darab
MYR --> AUD = Bahagi 

So sekarang nak tukar duit ke AUD kan? 

RM 100 bahagi kan dengan 3.04, Korang akan dapat AUD 32.8947

Disebabkan number dia tak cantik, so normally kedai akan minta korang bagi duit Malaysia lebih sikit lah untuk genapkan ke AUD 35 terus

****AUSRALIAN DOLLARS = AUD
****MALAYSIAN RINGGIT = MYR

Faham x?

So lepas korang dah pergi Australia dan dah shopping2 semua, balik tu tengok2 ada banyak pulak duit lebih. Jadi buat apa simpan lama2 kan, baik tukar balik ke duit Malaysia.

So pergi balik ke kedai tadi dan tengok board td tu.



Tengok bahagian WE BUY pulak. Maksudnya dia nak beli lah duit Australia kita tu.

So konon2 korang ada lagi 50 AUD, tukar ke duit Malaysia :

AUD 50 x 2.96 = RM148 je

Kenapa dia beli lagi murah dari dia jual? Biasa la, itula business strategies. Haha. Okla tu je. Selamat mencubaaaa

Related Post

3 comments

  1. Hi! Selalunya nak dapat murah tukar dalam Malaysia ke atau dekat airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuka siap2 di kedai dlm malaysia. Kat airport mahal mencekik darah. Jangan! Haha

      Delete
  2. Jadi, kalau nak dapat duit rm banyak, kita tukar duit asing kat money changer yang "we buy" paling tinggilah kan?

    ReplyDelete