Japan : Tokyo Day Tour

14:27:00

Assalamualaikum. 

Post ini ialah sambungan daripada post lepas. Untuk merujuk post lepas, boleh klik link di bawah


Macam biasalah, pagi2 bersiap, masak untuk bekal sekali sebab kali ni nak terus check out dari Rumah Pelajar Malaysia. Yang bestnya kitorang dapat rate 1000 yen je per malam. Fuhhh Alhamdulillah rezeki.

So keluar2 je, terus menuju ke Nishikoyama Station. Dari situ, kitorang menuju ke Tokyo Station, sebab malam tu, kitorang akan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Kyoto dengan menaiki bus. Setibanya di Tokyo Station, kitorang letak bag dalam locker (kali ni dah pandai bajet saiz bag, so beli locker 300 yen je). Kitorang letak kat YAESU SOUTH EXIT Tokyo station. Bersebelahan dengan Mc Donald. Dah tinggalkan bag, and terasa diri ini begitu ringan, kitorang pon berjalan dengan riangnya. 

Ingat tak pass yang aku beli masa kat airport tu? TOKYO METRO PASS tu? Haaa time ni la nak gunanyaa.. Tapi sebelum tu kitorang pegi kat office Tokyo Subway untuk refund kan PASMO. dapat la 500 yen. Bermulalah Tokyo day tour kami... Ingat, pass ni hanya untuk TOKYO SUBWAY je ye! Bukan untuk JR Line. Jadi, aku suggest korang download apps ni dari Appstore :


So memang senang sangat, nak pergi ke tempat2 menarik, type je kat situ, pastu nnti dia akan tunjukkan kena naik train ape line ape dan berapa harga.

Basically ini lah itinerary aku untuk hari tu :

Tokyo Station - Ueno Station   

Sekarang dah boleh enjoy pakai TOKYO METRO PASS untuk seharian. So ke manakah destinasi pertama kami? Ye, sudah tentu Ueno Station. Kenapa?  Sebab kitorang nak acah-acah fengfeeling rasa picnic kat negara orang sambil makan sushi. hahaha..



keluar je dari subway, akan nampak jalan ni. ko cross the zebra 
and belok kiri. Sebenarnya aku nak highlight, yang kereta2 ni 
akan berhenti macam kereta kat atas semata2 untuk bagi orang cross. cam woww, kalau Malaysia mahu teruksss kena hon.


Dah sampai Ueno Park. Kat sini besarrr gilaaa ponek nak jalan. 


Kat sini pon ada temple2 dia juga.





Perut sudah kenyang, hati banyak senang, masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya pulakk..

Ueno Station – Asakusa


basically laluan yang kitorang lalu pakai TOKYO SUBWAY METRO PASS

                                         
                             Beca dia. Comel!
Suasana meriah nak New Year. Ramai gilaaa orang yang tengah semayang dalam tuu.. Bau colok agak kuat juga la..

 


PINTU MASUK DIA. *ajet ajet kuat*



Dapat bergambar ngan gadis2 Jepun berkimono. Humble sangat dorang :)

Oh ye, dari Asakusa ni, boleh dah nampak TOKYO SKYTREE, tapi sebab masa tu tengah terik, so tak berapa nak nampak dalam gambar.



Asakusa - Roponggi

Seperti mana yang korang tahu, Roponggi ni tempat orang kaya2. Kira macam Gangnam di Korea. Kalau kat Malaysia pulak, emm entah lah tak dapat fikir kat mana. haha..


Sila lihat gambar map di atas. Faham kan. Sekarang ni aku nak pergi ke Roponggi kan? So, dari Asakusa tu, ko naik balik subway ko datang tadi, menuju ke Ginza 09. Senang je subway ni nak paham kan. sebab station dia semua ada nombor and ikut turutan. Dah sampai Ginza tu, turun dan pergi cari Hibiya Line pulak. Klu ikut Hibiya line pulak, Ginza tu kira station ke 08. So ko menuju ke Roponggi station yg ke ? ye 04. jadi dari Ginza 08 nak ke Hibiya 04 berapa station? 4 stop. Haa pandai pon.


Honestly speaking, aku rasa kalau kau nak skip Roponggi memang okay sangat sebab tak de apa sangat ponnn. Kitorang kelua2 je subway, sunyi sepi, macam takde orang. Cuma bandar dia a lot more organised laaa. Tapi yela, alang dah dpt metro pass yang boleh pergi ke semua tempat tu, apa salahnya kan pergi.. Kang menyesal lakk. hahaha



Roponggi - Komiyachi (Tokyo Tower)

Destinasi seterusnya ialah ke Tokyo Tower. Tapi klu ikut subway menggunakan metro pass 600 yen tu, xde line direct ke situ. So aku cam dah cuak nak ke tak pergi. Pastu tengok map kat board tu, option nak ke sana ialah ke Komiyachi Station. So kitorang pon naik subway ke situ. And kena jalan sikit la untuk tengok Tokyo Tower tu..





Tokyo Tower - Shibuya 

Dari Komiyachi station tu, destinasi seterusnya ialah ke Shibuya Station. haha time ni cam lawak lahh, sebab kitorang nk keluar dari station tapi entah macamana dah sesat2 sampai ke shopping mall pulakk. So sempat la tengok keadaan tempat groceries dia petang2. Lebih kurang je cam Malaysia, yang peniaga terpekik2 panggil customer tu en suruh beli ikan.


Apa yang menarik di Shibuya? 

1. Hachiko Statue
2. Shibuya Crossing

Nak bergambo dengan Hachiko Statue ni, beratur woii panjang plak tuu.. Tapi orang Jepun jela yang beratur. Then ada sekumpulan foreigners (bukan Malaysian tapi malas nak sebut negara mana) main potong je barisan. Kesian orang2 Jepun yang dah tunggu lama. Tapi bersabar je tengok dorang. *Tabik*




Akhirnya dapat bergambar ngn patung anjing ni. Kenapa famous sangat dia ni? Sedih tau cerita dia. Anjing ni sangat setia kat Tuan dia. Everyday dia tunggu depan subway setiap kali owner dia balik kerja. Pastu one day owner dia meninggal. Tapi anjing tu tak tahu. Pastu sebagai rutin harian, dia akan tunggu depan subway, tapi owner dia tak muncul2 pon.. Sebagai penghargaan, orang2 jepun pon buat la patung ni sebagai peringatan kisah ni. *lap air mata*




Shibuya crossing. Memang rata2 orang akan suruh bergambo dekat sini. Memula aku cam terfikir ape kebenda la menarik sangat pasal zebra crossing ni. Rupanya, satu benda yang aku tak tahu - Zebra crossing ni bukannya cross seberang je, tapi kiri kanan depan belakang. Maksudnya, bila traffic light merah, kereta2 dari jalan yang kat kiri kanan depan belakang semua akan stop, dan manusia2 pon akan melintas. So ko nak lari kiri kanan depan belakang or pusing2 time tu pon boleh hahahha. Kitorang smpai nak dekat 10x patah balik semata2 utk bergambar kat situ. 

Shibuya Stn. - Tokyo Stn.

Hari pon dah nak malam, it's time to get going to Tokyo station. Yela, takut tertinggal bas pulak kan..

Sementara nak tunggu bas, kitorang lepak dulu dlm station sebab ada banyak gila kedai. Pekena depa punya Hokkaido ice cream dulu.. Sedap gilaaa, rasa susu pure.



Harga : 200 yen untuk vanila, vanila coklat pulak 260 yen




Amik gambar as kenangan di Tokyo Station *dia ada part2 yang macam lama, and ada part yang baru gilaa* 



Bas kitorang pukul 2230, tapi aku ni jenis kalau boleh nak pergi awal. Sebab yela takut la kan, kita kat tempat orang, kang sesat at least ada masa back up. Masa tu pukul 8, and  kitorang pon bersiap2 untuk ke Kajibashi parking lot tu. Tetiba, tengah jalan2 tarik bag tu, a friend of mine just realised her phone was missing. Not just a phone, it was an iphone 5 okay. Apa lagi kelam kabut la ktorang, pergi balik Tokyo Station cari bagai nak rak setiap pelusuk. Dah menangis2 sebab tak jumpa, masa pon dah pukul 9. Kitorang pon buat laporan polis. Tak tahu sama ade kena curi or tertinggal mana2, tapi kitorang cek memang tak adeee.

Masa tu memang dilema sangat sama ada nak 

1. naik je bas ke Kyoto, sebab tiket dah book, and kitorang pon dh check out dari RPM but still keep in touch ngn polis kt Tokyo.
2. Stay je kat Tokyo sampai phone jumpa.

Honestly, kitorang memang tak tahu nak buat keputusan apaa sebab macam lost sangat.. Sudahnya, owner phone tu pon decide utk teruskan perjalanan ke Kyoto. 

Kitorang pon menuju ke kabishi parking lot and menuju ke kyoto..

Jangan bayangkan nak naik bas Willer Express tu, tempat dia cam proper bus stop. Oh tidak sama sekali. Dia memang kawasan parking yang tidak berbumbung, and ada banyak bas kat situ. Pastu akan ada sorang conductor, dia pegang kertas and pen pastu dia yang akan panggil2 orang bas mana kena naik semua. Tapi dia cakap FULLY IN JAPANESE okay. Aku dah cuak dahh aduuuhhhh camne nak tahu niii.. Dahla banyak gila bas. pastu Solusi dia? Ye, pergi dekat dia, tunjuk booking confirmation (email yang kite dah print je) and cakap KYOTO. KYOTO. WILLER EXPRESS. Dia cakap wait here. I tell if bus come. Okay? Fuhh pandai pon cakap English. So kitorang pon tercongok depan dia sampaaaii bas tu sampai. 







Bukti kitorang tercongok depan dia. Hahahaha



Nak tahu kisah pasal phone tu? Nanti aku sambung on the next post.


**************************

Previous post :  Tokyo DisneySea

Next post : Kyoto

**************************

Related Post

1 comments