Japan : Osaka

00:57:00

Hi semua. So ini adalah sambungan previous post :




Kanouya kyoto hostel ni provide free breakfast. So boleh la nak makan roti bakar ke buat air ke *self service*. 

Lepas dah selesai makan minum bersiap2, it's time to say 'goodbye kyoto' *owner rumah kena paksa ambil gambar*  Nasib ada jumpa akak2 Melayu yang backpack ke Jepun juga. Takdelah rasa seram sgt sbb xde kenal sape2 kt Jepun. Haha. Lagi buat best sebab boleh kutuk owner dia yang pelik tu dalam bahasa Melayu. hahahaha

So sekarang, it's OSAKAAAA.. Dari hostel tu, ktorang pergi ke Kyoto station (normal bus fare 230 yen one way). Dah sampai Kyoto station tu, korang boleh je beli tiket to Osaka dengan harga 560 yen je. (murah kan) Memula plan nak naik bullet train tp macam mahal jeee so tak jadi. hmm..

Dah sampai osaka station, macam biasa, kitorang pon teraba-raba mencari tempat nak beli OSAKA AMAZING PASS pulak.. Pastu ada pakcik Jepun ni baik gila, dia tolong tunjukkan (even dia pon sesat nak cari counter tu). Akhirnya jumpaaaa. Senang cite en, ko just capture screen gmbr bawah ni, and tunjuk kat sesapa kat mana nak beli. Preferably tanya tourist information la.



OSAKA AMAZING PASS, 3000 yen ni untuk 2 hari. So dengan pass ni, ko boleh naik turun bus, train (for all Osaka subway lines), and boleh juga pergi ke tempat2 menarik dia FREE! Bukan setakat pergi je free, in fact kalau ko nak naik river cruise ke, ferris wheel ke pon free! Tak semualah free, ade jugak tempat yang dia bagi diskaun je. Tapi, kalau dah ade tempat free, baik kite g kat tempat free je ye dak. HAHAHA.. 

Boleh pergi ke website ni untuk rujuk list tempat mana free :




Dah dapat amazing pass, kitorang pon check in kat hotel dulu, hantar barang2 baru la selesa nak berjalan. Nama hotel : Diamond hotel, 900 yen semalam. Boleh rujuk my previous post :

Hotel lobby dia. Ada satu je lift, and sangat sempit. Muat dalam 3 orang je kot with large luggage HAHA.


First destination : Tampozan Ferris Wheel yaww kat Bay Area. 

Nak pergi sini : 

dari Osaka station, jalan sikit ke Umeda station ----> Honmachi station (ambil platform 2) ---> Osakako station. 

Masa beli tiket tu dia akan bagi map. Dalam map tu dia akan bagi list2 tempat menarik and cara nak ke sana by train. 



So ini la Tampozan Ferris wheel nya. Kat sini pon ada Kaiyukan Aquarium, and Santa Maria cruise. So boleh try ye.. Kalau nak makan pulak boleh ke Tampozan shopping mall tu. Kitorang makan subway je kat sana. Try subway avocado udang dia. RAREE tak penah ada di Malaysia! Harga : 600 yen.

Pastu kitorang jenjalan menuju ke Hard Rock Cafe pulak, Okay boleh je skip part ni. Sebab plannya nak tengok2 Universal Studios Japan tu, orang kata dekat je ngn bay area, tapi tak jumpa pon. Hmmm



Then, we went to Dotombori sebab orang kata ada banyak makanan Halal kat situ.. Tapi singgah kejap sebab tak berapa nak lapar. Then terus ke Namba station. And there came the fun part! Serious Namba best, macam2 ado.





Mesti korang pelik, apehalll la depan ketam pon nak ambik gambaq. Orang kata kalau datang Osaka, tak ambil gambar depan ketam and Glico tak sah. Entah tak de apa yang menarik pon. Tapi kang menyesallll. Saya follow the flow jee. haha





Takoyaki 500 yen share 3 orang. Sedap dan panassss


Naik river cruise Tombori tu. Free je, kan dah ada OSAKA AMAZING PASS. Dah ada tu, cuba je segala tempat yang menarik, sebab free! Rugi tak cuba dah bayar mahal2.

Dah malam tu, kitorang jalan2 sikit lagi, pastu came across with a few girls yang mabuk. Okay, first time jumpa orang mabuk sepanjang di Jepun. Menurut sepupu aku yang dah lama kerja kat Jepun, dia cakap orang Osaka ni kasar2 sikit. Dan bila tengok sendiri, ya ternyata dorang kasar and sombong sikit. Pastu kat Osaka lahh baru boleh nampak sampah sarap sikit, tapi still jauh lagi bersih la dri Malaysia. LOL..

Malam tu, kitorang balik ke hotel. 


Namba station ----> Dobutsanmae station, exit 8. 

Cakap pasal exit2 ni, please peka ye. Tengok map, baca dia cakap exit kat mana. Sebab kalau salah exit memang masak laaa kau nak mencari jalan yang lurusss.. Maksud aku camni, macam kalau kita nak naik ktm, kite masukkan tiket kat mesin tu, laluan itu lah masuk, itulah keluar kn? Kat osaka, kadang ada lebih dari 10 exit yang macam tuu. And exit2 tu akan lead kau ke tempat lain.  Contoh kau patut keluar exit 2, tapi kau g keluar kat exit 13 pulak. Boleh tak de masalah, tapi jauh la nak menapak. and kalau kat jepun, if aku maksudkan jauh, it means very very FAR!


 So, back to the story, it was freezing cold, and the rooms have no heater. Rasa cam nak matii kebekuan tauuu. wuuuu.. Pastu kitorang decide untuk tidur bertiga dalam 1 bilik tu.. Itu pon sejuk gilaaaaa and sudahnya aku pon dapatlah demam. Haha

The next day, kitorang berbekalkan OSAKA AMAZING PASS pon menuju ke destinasi pertama kami iaituuu.. 


OSAKA CASTLE 

Dobutsanmae station ----> Tenmabashi Station



Jangan risau, dah datang dari jauh takkan nak ambik gambau depan castle je kan? Haa, dah ade amazing pass, boleh masuk dalam istana tu and naik sampai atas for freeee.. Seronok kan?? Kitorang masuk, and dalam tu cam museum la, sejarah Jepun. But I wasn't feeling too well so most of the time duduk jela.

Dari osaka castle tu, kitorang terus ke Osaka Museum of Housing and Living untuk merasai sendiri kehidupan orang2 Jepun zaman dahulu. Best, highly recommended untuk korang semua!

Tenmabashi Station ----> Tenjinbashisuji 6-chome Station




Main badminton zaman dulu2. hahaha


Kat sini best sebab boleh rent pakai kimono dengan harga 200 yen siap dapat free socks. hahaha. Dah rent tu boleh la ko nak bergambo celah mana2 as long as dalam tempat tu laa..



Then dah puas bergambar, kitorang pon menuju ke destinasi seterusnya iaitu Osaka Zoo! Free entrance for those yang ada amazing pass ye.

Tenjinbashisuji 6-chome Station  ----> Tennoji station


Mira and her pose. Hehe



demam2 tapi still pekena aiskrim depa.




From our hotel, it's time to say good bye to Osaka. Macam biasa, nak balik ke airport pon naik train. 

       Dobutsanmae station ----> Tennoji station ----> Kansai airport

Sebenarnya dari Dobutsanmae station nak ke Tennoji station tu, nak jalan kaki pon boleh je sebab dekat la jugak although xde la dekat sangat. Sampai je airport, cari je signboard international departure. yang pastinya, belah kiri.. Kalau kanan akan nampak family mart semua. So tunggu check in luggage kat situ. (masa flight airasia aku tula kat situ, xtahula skrg) 

Ingat tak kawan i yang lost her phone tu? Well, until kitorang dah balik Malaysia, that phone still tak dijumpai. So we assumed it was stolen. Cuma terkilan takkan lah orang Jepun nak mencuri ye dak?? Pastu sepupu aku cakap ada dua je possibilities, either foreigner yang curi, or orang jepun yang muda2 yang desperate nak duit. Camtulaa..

And so, dah balik Malaysia, life goes on as usual, and my friend manages to get an iphone 6 from her dad. A few weeks later, a miracle happened! They found the iphone 5!!!! Tapi persoalannya... Nak pergi ambil ke tak kat Jepun? Kos nak ke sana pon dah ibarat sebijik iphone 5. Huhu.. 


So, memang seronok sangat pergi Jepun ni. Best sebab diorang ni sangat baik, humble, kind and segala yang positive. Tak penah sekali pon aku terjumpa tandas yang kotor. kan best kalau Malaysia pon camtu. Hmmm.. Oklahh, setakat itu je apa yang saya nak share. Hope you had a great time reading my blog. Thanks in advance! :)


*******************************

Previous post : 



Related Post

5 comments

  1. boleh x nak tau cmne nak tau exit yg kite nak tuju tu ? ade tulis kat mane2 ke?

    ReplyDelete
  2. ada dear. Lebih elok jika awak dh tahu destinasi awak tu siap2, sebab usually dia memang akan bagitau kena kluar di exit mana :)

    ReplyDelete
  3. Assalam, amazing pass tu valid utk 1 hari je ke? bleh habis jalan ke satu hari sj di osaka? tqvm

    ReplyDelete
  4. Kos makan brpe total? Ke masak or dine out je everytime?

    ReplyDelete