Tuesday, 6 November 2012

Solat hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum seperti kemarau ataupun solat ketika menghadapi peperiksaan.


1)Menyempurnakan wuduk.

2) Kemudian berniat :


  "Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala."

3) Solat sebanyak dua rakaat. Tidak disyari’atkan untuk dilaksanakan solat Hajat ini secara berjemaah sebagaimana yang kebiasaannya diamalkan di Malaysia.

4)Tidak ada bacaan ayat-ayat mahupun surah-surah yang tertentu yang dibacakan dalam jumlah tertentu untuk solat Hajat ini.

5) Berdoa sama ada di dalam solat atau sesudah solat. Jika ingin berdoa ketika dalam solat antara tempat yang afdal untuk berdoa adalah ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Tidak ada lafaz doa tertentu yang disyaria’tkan bagi solat hajat. Justeru, doa tersebut bolehlah disusun sendiri mengikut apa yang dihajati.

Aku faham, biasanye kite buat solat jodoh ni bila nak exam je.. (hehehe) and kadang2 orang solat hajat untuk mencari jodoh and macam-macam lagi.. It depends to the individu.. Moga - moga kita sama - sama menuju ke arah yang lebih baik insyaALLAH.. :)

No comments:

Post a Comment