Showing posts with label tempat makan best selangor. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best selangor. Show all posts

Monday, 27 May 2019

Berbuka dalam Talam di Tempurung Kitchen

May 27, 2019 0

Assalamualaikum. Macamana bulan puasa so far? Harini nak berbuka di mana? Kalau belum ada plan, boleh la try berbuka di

Tempurung Kitchen,
 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Harini berpeluang untuk berbuka dengan crew Amboi Dot Com. Siapa kenal? Mesti pernah ternampak je diorang ni Facebook yang selalu buat video-video lawak tu haha


Okay back to story, jom kita review set berbuka di Tempurung Kitchen

APA YANG MENARIK DI TEMPURUNG KITCHEN?

HARGA YANG BERPATUTAN

So persoalannya, apa yang menarik? Haaa Tempurung Kitchen memperkenalkan set talam dengan harga yang murah dan sangat-sangat berpatutan! Jadi korang boleh lah datang dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan sebab kuantiti dia banyak!

Jom kita tengok menu-menu set talam oleh Tempurung Kitchen.







Haaa, menarik kan? Meskipun namanya set talam, tapi korang janganla geli, don't worry, sebab pinggan ada disediakan, so boleh je ambil dari set talam dan masukkan ke dalam pinggan untuk makan. 

Yang paling best sebab macam-macam adaaaa, korang boleh je pilih mana-mana ikut selera korang.

SUASANA MINIMALIS DAN ELEGANT 

Dae memang tabik lah dengan Tempurung Kitchen kerana effort diorang untuk mencantikkan restoran ini. Nampak classy dan elegant tetapi amat minimalis, ala-ala hipster gitu.






Cantik kannn. Walaupun minimalis tapi designnya moden dan elegant! Jangan risau, walaupun nampak moden dan elegant, tetapi harga makanannya tak mahal pun, sesuai untuk bajet anda.

PERNAH DITERJAH OLEH JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3


Haaa jangan main-main tau, diorang pernah diterjah oleh JJCM. Bukan beshe-beshe ni restoran niiiii

GO CASHLESS AT TEMPURUNG KITCHEN


Lupa nak bawak dompet? Haa boleh bayar pakai Boost dan dapatkan cashback! Boleh juga bayar pakai Maybank QRPAY. Menarik kannn. Selain tu korang juga boleh order dari Food Panda!

MAKANAN YANG ENAK LAZAT DAN SEDAP!

Apa yang paling penting untuk setiap restoran bukan hanyalah terletak pada nama, tapi sudah tentu terletak pada makanan yang dihidangkan. Jom tengok makanan yang dihidangkan, dan jom kita try semuanyaaa




I love the presentation. Memang cantik dan menarik!

TALAM KELANTAN


Antara hidangan yang ada untuk talam kelantan ialah : nasi putih, ikan singgang, ikan rebus goreng, daging goreng, sayur masak lemak, ulam, budu

TALAM SHELL OUT






Antara hidangan yang ada untuk talam shell out ialah shell out dan nasi kerabu. Memang sedappp dan recommended!

TALAM CHINESE



Antara hidangan yang ada untuk talam chinese ialah nasi putih, ikan siakap sweet sour, daging black pepper, buttermilk chicken, pak choi oyster, sambal belacan. SEDAPPPPPP GILAAAA

TALAM WESTERN



Antara hidangan yang ada untuk talam western ialah mushroom soup, garlic bread, spaghetti, chicken chop / lamb chop, french fries, jumbo sausage, coleslaw. 

Makanan dia memang so far semua sedap, memang ada rasa, memang lazat! Walaupun bulan puasa pun dia boleh maintain kualiti rasa tu memang tabik!!

SIDE DISH


Siapa tahu ni ape? Yessss Koba Guling. First time makan, sedappppp!

Overall, memang dae puas hati sangat-sangat dengan Tempurung Kitchen. Good job Tempurung Kitchen and keep up the good work!

So bagi anda yang nak ke Tempurung Kitchen, boleh lah hubungi 
mereka 

INFO TEMPURUNG KITCHEN

Tempurung Kitchen,
 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Atau lebih mudah, whatsapp je mereka : 

Kalau korang nak pergi selepas bulan puasa pon boleh. Boleh baca review dae sebelum ini di 



Monday, 8 October 2018

RESTORAN MANGKUK AYAM, TARIKAN TERBARU CYBERJAYA

October 08, 2018 0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Harini korang nak makan kat mana? Kalau belum ada plan, jom try makan di Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya! 



Nama dia unik kan? Rare betul nama restoran mangkuk ayam tu. Nama yang unik itula kita lebih cenderung untuk mencuba. Konsepnya ala-ala kopitiam, ditambah pula interior design yang moden dan hipster, sangat sesuai untuk semua golongan samada tua & muda!

Restoran ini terletak di D Pulze Cyberjaya je. Okay enough babbling, let's go straight to the point. Apa je menu yang menarik di restoran ini?





Ini merupakan menu bagi Restoran Mangkuk Ayam. Apa yang menarik tentang menu ini ialah mereka menyediakan kombo set iaitu makanan main dish berserta minuman dengan harga yang murah! 

Apabila diamati menunya, for me the price is quite reasonable la. Not too expensive, so it is affordable. Tapi samada berbaloi atau tidak tu, kita kena tunggu sampai habis review ini.





Haa nampak tak banyak makanan atas meja tu. Tak sabar nak tryyyy.

MAIN MEALS


Jadinya, antara menu yang korang kena try ialah :


Bubur ayam (RM 8.90)

To be honest, I am quite surprised ada bubur. So far jarang la jumpa restoran yang ada jual bubur selain McD. Haha. Sedap bubur dia! Portion dia pun besar, boleh makan untuk dua orang.


Asam laksa (RM 11.90)



Kuey Teow Sup Ayam (RM 11.90)



Mee kari (RM 11.90)



Nasi rendang daging (RM 13.90)


SNACKS AND DESSERTS



For those yang nak makan ringan-ringan macam snacks and desserts pula, antara menu menarik yang korang boleh cuba ialah :


Mangga Ais (RM 7.90)



Rojak buah (RM 7.90)


Taufu sumbat (RM 7.90)


Pecal sayur (RM 7.90)


Mee rojak ayam (RM 10.90)


Mee rojak sotong (RM 11.90)
This one memang sedap! rojak dia macam yang kita makan kat mamak tu. Sedapp

DRINKS

Dia ada pelbagai jenis air, antara yang menambat hati dae ialah Jus Kedondong Asam Boi, dan Jus Limau Kastar Asam Boi.




Jus Limau Kastar Asam Boi (RM 5.90)

I ordered Jus Kedondong, tapi tak sampai-sampai and end up habis so takpelah takde rezeki.






So itulah antara menu yang sempat dae list kan.. Semua ni in sha Allah memang padu beb!!! 




Pros :
Makanan sedap
Harga reasonable

Cons :
Restoran sempit sikit

DISCLAIMER : At the time I dihidangkan makanan ini, memang sedap. So tak tahu in the future macamana whether dia boleh maintain the quality or not.



Video simple for Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya :



So kalau korang nak try, bolehlah kunjungi :


RESTORAN MANGKUK AYAM
P10 (Ground Floor), DPulze Shopping Centre.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10.00 AM - 10.00 PM
Facebook : https://www.facebook.com/Mangkukayam/