Monday 27 May 2019

Berbuka dalam Talam di Tempurung Kitchen


Assalamualaikum. Macamana bulan puasa so far? Harini nak berbuka di mana? Kalau belum ada plan, boleh la try berbuka di

Tempurung Kitchen,
 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Harini berpeluang untuk berbuka dengan crew Amboi Dot Com. Siapa kenal? Mesti pernah ternampak je diorang ni Facebook yang selalu buat video-video lawak tu haha


Okay back to story, jom kita review set berbuka di Tempurung Kitchen

APA YANG MENARIK DI TEMPURUNG KITCHEN?

HARGA YANG BERPATUTAN

So persoalannya, apa yang menarik? Haaa Tempurung Kitchen memperkenalkan set talam dengan harga yang murah dan sangat-sangat berpatutan! Jadi korang boleh lah datang dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan sebab kuantiti dia banyak!

Jom kita tengok menu-menu set talam oleh Tempurung Kitchen.







Haaa, menarik kan? Meskipun namanya set talam, tapi korang janganla geli, don't worry, sebab pinggan ada disediakan, so boleh je ambil dari set talam dan masukkan ke dalam pinggan untuk makan. 

Yang paling best sebab macam-macam adaaaa, korang boleh je pilih mana-mana ikut selera korang.

SUASANA MINIMALIS DAN ELEGANT 

Dae memang tabik lah dengan Tempurung Kitchen kerana effort diorang untuk mencantikkan restoran ini. Nampak classy dan elegant tetapi amat minimalis, ala-ala hipster gitu.






Cantik kannn. Walaupun minimalis tapi designnya moden dan elegant! Jangan risau, walaupun nampak moden dan elegant, tetapi harga makanannya tak mahal pun, sesuai untuk bajet anda.

PERNAH DITERJAH OLEH JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3


Haaa jangan main-main tau, diorang pernah diterjah oleh JJCM. Bukan beshe-beshe ni restoran niiiii

GO CASHLESS AT TEMPURUNG KITCHEN


Lupa nak bawak dompet? Haa boleh bayar pakai Boost dan dapatkan cashback! Boleh juga bayar pakai Maybank QRPAY. Menarik kannn. Selain tu korang juga boleh order dari Food Panda!

MAKANAN YANG ENAK LAZAT DAN SEDAP!

Apa yang paling penting untuk setiap restoran bukan hanyalah terletak pada nama, tapi sudah tentu terletak pada makanan yang dihidangkan. Jom tengok makanan yang dihidangkan, dan jom kita try semuanyaaa




I love the presentation. Memang cantik dan menarik!

TALAM KELANTAN


Antara hidangan yang ada untuk talam kelantan ialah : nasi putih, ikan singgang, ikan rebus goreng, daging goreng, sayur masak lemak, ulam, budu

TALAM SHELL OUT






Antara hidangan yang ada untuk talam shell out ialah shell out dan nasi kerabu. Memang sedappp dan recommended!

TALAM CHINESE



Antara hidangan yang ada untuk talam chinese ialah nasi putih, ikan siakap sweet sour, daging black pepper, buttermilk chicken, pak choi oyster, sambal belacan. SEDAPPPPPP GILAAAA

TALAM WESTERN



Antara hidangan yang ada untuk talam western ialah mushroom soup, garlic bread, spaghetti, chicken chop / lamb chop, french fries, jumbo sausage, coleslaw. 

Makanan dia memang so far semua sedap, memang ada rasa, memang lazat! Walaupun bulan puasa pun dia boleh maintain kualiti rasa tu memang tabik!!

SIDE DISH


Siapa tahu ni ape? Yessss Koba Guling. First time makan, sedappppp!

Overall, memang dae puas hati sangat-sangat dengan Tempurung Kitchen. Good job Tempurung Kitchen and keep up the good work!

So bagi anda yang nak ke Tempurung Kitchen, boleh lah hubungi 
mereka 

INFO TEMPURUNG KITCHEN

Tempurung Kitchen,
 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Atau lebih mudah, whatsapp je mereka : 

Kalau korang nak pergi selepas bulan puasa pon boleh. Boleh baca review dae sebelum ini di 



No comments:

Post a Comment