Klana Resort Seremban Review
Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Semenjak COVID-19 ni, rindunya nak bercuti. Kalau dulu hampir setiap masa ada je I akan travel ke luar negara. Nampak gayanya, kali ni kita travel dalam Malaysia jela. Tapi rupanya, best juga ye travel dalam Malaysia ni. Baru I tahu wujudnya sebuah hotel yang rupanya ala-ala Santorini Greece, yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan je tau!
Apakah nama hotel tersebut? Ya, sudah tentunya hotel yang viral itu iaitu Klana Resort Seremban! Tahukah korang bahawa hotel ini dahulunya dikenali sebagai Klana Olsen. Apa yang menariknya ialah, hotel Klana Resort ni merupakan hotel di bawah kerajaan Negeri Sembilan dan sering dikunjungi oleh Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan tau. Haaa power tak??
So jom kita lihat explore dulu



Untuk pengetahuan korang, mereka kini sedang mengadakan promosi voucher untuk Deluxe Room ni semurah RM 90 tau! Murah kannn?? Dah lah bilik cantik hokeyyyy, sebab diorang baru buat major renovation. Memang serious berbaloi! Mana nak dapat harga RM 90 untuk bilik cantik camni, pastu valid digunakan untuk hari Sabtu Ahad jugak tau! Haa jom tengok Deluxe Room camne :
Katil dia walaupun single, tapi memang sangat luas, boleh la muat dua orang yang kurus dalam 1 katil single tu haha
Siap ada ironing board lagi tau!


Kelebihan bilik di bahagian tower ini ialah, korang boleh nampak view menyeluruh Klana Resort Seremban, memang sangat-sangat cantik!





Haa buka pintu sliding je terus nampak pool!! Mesti tak keruan kalau ada bebudak ni! hihi.






Selain itu, korang juga boleh cuba extreme activities di sini seperti menaiki ATV, cuba high ropes, flying fox, water rafting dan rapelling. Cuma berani tak berani je? Hihi. Berikut merupakan pakej-pakej yang disediakan. Bagi yang nak buat team building pon korang boleh try buat di sini. Pakej dia pun harga berpatutan!






KANI TANUKI SALAD
TEMPURA ZEN
MAKI SUSHI
This one I tak ingat nama tapi trust me memang sedappppp sangat. Maybe korang boleh tunjuk gambar ni je kalau korang nak try. Senang, hahaha

Memang sedapppp! Kalau korang nak try menu lain, kat bawah ni ada buku menunya. So korang boleh la usha-usha. Antara menu yang terdapat di restoran ini ialah :









Ok selesai sudah ceritakan semuanya, so tiba masanya untuk overall review yang korang nantikan haha
OVERALL REVIEW
PROS :
- Bilik luas
- Bilik semua design baru
- Harga promo sangat murah!
- Macam-macam aktiviti boleh buat
- I suka bahagian blok sebab ala-ala Santorini Greece
- I super love Yuri Japanese Restaurant, next time nak datang lagi
- Swimming pool dia best sebab besar, so puas la berenang!
- Ada netflix, definitely a plus point
- Banyak promosi yang disediakan
- Bilik ada iron
- Parking banyak, tak perlu berebut parking
- Super comfy bed and pillow. Had a wonderful sleep walaupun baru lepas tengok cerita Ju-On kat Netflix hahaha!
CONS :
- Some parts of the hotel nampak dah lama, maybe perlu maintenance dan kerja-kerja pembersihan
Overall, I would say that my stay here was great! Macam-macam aktiviti ada, pastu bilik pun cantik dan bersih. Tidak dinafikan, hotel ni ada la bahagian yang nampak lama tetapi kalau untuk harga RM 90, rasanya boleh je tutup sebelah mata. Biasalah, hotel ni pun dah lama, itu memang tidak dinafikan. Haha. Ok apa tunggu lagi, cepat-cepat grab promosi dia RM 90 untuk deluxe room ni sekarang!
Boleh klik link ini untuk dapatkan voucher RM 90 sekarang : 60127097888
Voucher valid sehingga 30 Jun 2021
Boleh ke laman web Klana Resort untuk promosi terbaru :
Disclaimer : segala yang ditulis untuk post ini relevan diwaktu i datang review.























































