Assalamualaikum dan hi semua.
Lama betul tak bersiaran. Yela sebab tak bercuti gi mana sgt pon kan sejak musim Covid ni..
Ok first of all korang kena baca dulu la SOP di laman rasmi MOTAC. Klik sini untuk baca lebih lanjut : MOTAC
After korg dah tahu serba sedikit tentang SOPnya, baru la mudah utk I share tentang langkah-langkah SOP di KLIA2 untuk Travel Bubble Langkawi ni
Moga bermanfaat
Flight kami pukul 3.30 pm, jadi kami tiba di KLIA 2 pada pukul 1 tghari
Setibanya di KLIA 2 ;
1. Macam biasa kita kena scam Mysejahtera dan check suhu terlebih dahulu.
Sedihnya tu je flight yang adaaaaa
2. Kemudian kita perlu ke kaunter pendaftaran utk swab test
3. Kat kaunter swab test, kita perlu scan QR code dan jawab soalan tentang Test Kit kita beli tu. Soalan dia mudah je, dia tanya “beli kat Guardian KLIA 2 ke?” I jawab tak sbb mmg dh beli siap2 kat Watson luar
(Kalau tak bawak test kit pon boleh je beli kt mana2 drugstores in KLIA 2)
4. Then kita akan dpt bekas dan nombor giliran
5. Tunggu nombor giliran kita dipanggil dan kita akan buat test tu depan pegawai kesihatan
6. Fuhhh nervous teruksss ye tunggu result
7. Lepas dah settle, kita masukkan kit kita ke dalam bekas tu dan bawak ke next counter
7. Letak je kat kaunter dan tunggu sampai diorang panggil. Kat kaunter ni dorg akan verify samada result kita negatif or positif
Fuhhhh sumpah nervous sbb tadi tak sempat tengok result saliva kit i tuu hahahaha
8. Alhamdulillah result kami negatif, so dia bagi la QR code utk check in Mysejahtera dgn tertulis “Ujian Covid 19 NEGATIF”
Settlee! Boleh la pergi check in / terus pergi ke perlepasan domestik dengan aman.. Anyway, sedih sangat bila tengok perlepasan antarabangsa kosong takde orang....
9. So kita pon pergi ke perlepasan domestic, tunjuk kt dia :
- ic, boarding pass, mysejahtera
Settleeeee! Seterusnya mcm biasala kena scan bag, and then tunggu kat gate sampai la plane sampai
Sedihnyaaa takde orang sangattt
Kita tunggu sampai plane tiba..
Langkawi here we comeeeee
Alhamdulillah dah sampaiii Langkawi
Simple je kannnn..
Setakat itu sahaja. Harap membantuu sedikit sebanyak utk korg plan travel ke Langkawi ✨
When we will go for trip. Your tips would be good proved for us. Further, I am providing the Home Painting Services in Sacramento CA to you. You can solve your rots problem.
ReplyDeleteyour blog is informative for public. Buy A Custom Essay
ReplyDelete