Monday 7 December 2020

Review Taaras Beach Resort & Spa


Assalamualaikum dan hi guys!!

Cuti kali ni, kita akan ke Pulau Redang! Siapa je yang tak tahu Pulau Redang kan? Pulau Redang, turut dikenali sebagai 'Paradise Island of Malaysia'  ataupun pulau syurga di Malaysia, merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia, dek kerana air lautnya yang jernih dan sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving. 



Di Pulau Redang, saya dan husband akan menginap di Hotel Taaras Beach Resort and Spa, iaitu sebuah hotel mewah yang terkenal di Pulau Redang dan sering menjadi pilihan artis-artis serta pengunjung luar negara untuk menginap di sini.

Sebelum kita ulas lebih lanjut review di Taaras Beach Resort, eloklah sekiranya saya share beberapa tips penting untuk ke Pulau Redang terlebih dahulu :

Waktu Terbaik untuk ke Pulau Redang :
  • Waktu terbaik untuk ke Pulau Redang ialah pada March - Oktober. 
  • Pada November - Februari, kebanyakan resort akan tutup kerana musim tengkujuh. Feri juga limited kerana laut sedang bergelora. Tetapi jangan risau sebab Taaras Beach Resort ada boat dan flight yang tersendiri, so diorang buka sepanjang tahun.

Cara untuk ke Pulau Redang :

1. Memandu dari KL 
2. Menaiki Bas dari KL
3. Naik direct flight dari Subang Airport 

Untuk option (1) dan (2), korang perlu ke Kuala Terengganu terlebih dahulu, dan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam (bergantung kepada kadar trafik).

Dari Kuala Terengganu pula, korang perlu menaiki feri / speedboat untuk ke Pulau Redang. 

1. Ferry dari Jeti Syahbandar Terengganu

>Harga RM 55 seorang
>Jeti Syahbandar terletak betul-betul di dalam Kuala Terengganu
>Feri boleh memuatkan 260 orang dalam satu-satu masa
>Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Jeti Syahbandar ke Jeti Redang

2. Naik Speedboat dari Jeti Merang Terengganu

>Harga RM 55 seorang
>Jeti Merang terletak 30 minit dari Kuala Terengganu
>Speedboat boleh memuatkan 20 orang dalam satu-satu masa
>Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Jeti Merang ke Jeti Redang


Harga untuk ferry dan speedboat sama, RM 55 one way. Yang bezanya feri ambik masa 2 jam perjalanan, speedboat pula ambik masa 30 minit perjalanan. Lebih baik ambik speedboat kan. Jimat masa. Kami ambil speedboat. Saje nak try. Hihi


Untuk option (3), iaitu naik direct flight dari Subang Airport, khas untuk pengunjung The Taaras Beach & Spa Resort, korang ada pilihan yang lebih selesa iaitu dengan menaiki kapal terbang dari Subang terus ke Redang. Mereka pun sedang mengadakan promosi FLIGHT PERCUMA ke Pulau Redang, boleh baca info selanjutnya di : 

https://www.thetaaras.com/fly-me-away


Jeti Redang ke Hotel Taaras Beach Resort

Untuk pengetahuan korang, kalau dari jeti Redang untuk ke hotel-hotel lain, kebiasaannya mereka perlu membayar RM 10 untuk menaiki shuttle bas bagi menghantar ke resort masing-masing.




Tetapi istimewanya Taaras Beach Resort, dia siap ada provide shuttle bus Taaras Beach Resort sendiri untuk siap sedia menunggu kedatangan korang tau. Haaa special kan.


 Serba Sedikit Tentang Taaras Beach Resort 

Terletak di utara Pulau Redang dengan pantai private yang menghadap ke Laut China Selatan, Taaras Beach & Spa Resort menyediakan semua kelengkapan yang anda perlukan untuk percutian pantai yang santai dan romantis. Dari bilik yang besar dan selesa hingga ke spa di mana korang boleh memanjakan diri dengan urutan memanjakan, sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran, badan, dan jiwa. Sesiapa sahaja pastinya tidak akan mahu meninggalkan tempat ini sebaik sahaja melangkahkan kaki ke sini.


Disebabkan Hotel Taaras Beach Resort ni terlalu besar, maka, penginap akan mendapat peta. Jadi korang boleh la rujuk pada peta tu untuk ke mana-mana. Disebabkan hotel ini juga besar, jadi korang digalakkan untuk menggunakan khidmat buggy. Korang boleh tunggu buggy di hadapan lobby.


Jenis-jenis Bilik yang terdapat di Taaras Beach Resort : 
*Sila klik pada nama untuk info selanjutnya

  • Room size is 46sqm and has a private balcony
Cliff Bay Twin 
  • Room Size is 46sqm and a private balcony
Garden Suite 
  • Room size is 70sqm, has a one-bedroom suite with separate living room
Cliff Bay Suite 
  • Suite size is 92sqm, has a one-bedroom suite with separate living room, has a separate bathtub overlooking greenery and a private balcony 
Cliff Premier Suite 
  • Suite size is 100sqm and each room of this suite has a private balcony and spacious living, dining and rest areas
Ocean Front Suite 
  • Suite size is 80sqm, has a separate living room and its location is absolutely breathtaking and a private verandah 
Ocean Front Master Suite 
  • Suite size is 140sqm and has separate lounge and dining areas as well as private butler pantry and fridge full of delicious snacks
The Taaras Villa
  • The villa size is over 1440sqm and it is a wonderful solution especially for long term stays, the private infinity swimming pool is a dream come true as well as well as home gym and personal butler and Chef service.
  • Disebabkan kami menginap di Cliff Bay Suite, jadi I akan ceritakan segalanya tentang bilik kami ye. Hihi

 CLIFF BAY SUITE 

Setibanya di bilik kami, I was truly amazed sebab memang sangat-sangat luas dan cantik, memang sama seperti dalam gambar! Sila scroll ke bawah untuk melihat gambaran penuh bilik ini.








Apa yang paling I suka dengan bilik ni ialah ada bath tub yang menghadap laut, memang sangat-sangat cantik! Boleh lah mandi sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan kan? Sangat menenangkan. 



Seriously korang perlu try. Selain tu, antara features lain yang terdapat di bilik ini ialah :

FEATURES

  • Room size 92 m²
  • One-bedroom suite with separate living room
  • King-size bed
  • Private balcony overlooking greenery or ocean
  • Parquet floor tiles throughout the room
  • Air-conditioning and ceiling fan
  • Marble floor bathroom with rain shower cubicle
  • Separate bathtub overlooking greenery
  • Interconnecting room available



Kemudahan yang terdapat di Taaras Beach Resort : 

This hotel ada keunikannya yang sendiri, dan satu-satunya hotel yg paling exclusive di Pulau Redang! Facilities dia pun best gilaaa, haaa you nak ape, just name it, semua ada!

✅ Private beach


Yang bestnya kat Taaras Beach Resort sebab dia ada pantai persendirian yang sangat cantik!! Pastu banyak juga port untuk bergambar yang cantik-cantik! Jangan lupa bawak baju untuk ootd yang cantik! Air dia pun seriously jernih, jadi boleh nampak ikan berenang. BESTTT SANGATT!

Private jetty

Di Taaras pun ada jetinya yang tersendiri. Jangan salah faham ye, ni bukan jeti utama kalau kita dari Terengganu tu, tapi ni ialah jeti yang khas untuk guest Taaras sekiranya ada join activity air seperti snorkelling, kayaking, island hopping dan lain-lain. 


✅ Transparent kayak



Kalau korang nak experience transparent kayak yang viral tu, korang boleh cubanya di Taaras Beach Resort tau, sebab ada disediakan!!


 Floating Badminton Court 


Haa korang pernah ke experience main badminton dekat atas air laut? Kalau belum, korang boleh try experience di Taaras Beach Resort. Unik!!

Turtle lab


Dibuka pada tahun 2018, dan di sini terdapat semua maklumat tentang penyu di sini, very informative!

✅ Recreational Centre 






Kat sini ada macam-macam game yang korang boleh main for free, antaranya ialah snooker, ping pong, mah jong dan macam-macam lagi!

✅ Free shuttle bus pickup and drop off to Redang jetty
✅ Swimming pool
✅ Gymnasium
✅ Karaoke Room
✅ Jojo's Playroom, anak-anak boleh enjoy sepuas-puasnya di sini
✅ Direct Flight Subang - Redang
✅ dan paling penting, semua tempat di Taaras Beach Resort ialah Instagrammable!!!


 PROMOSI 

Fuhh mesti rasa tak sabar nak pergi kan? Tapi bila tengok harga macam mahal sangat pula kan. Jangan risau sebab dorang tengah buat promosi tau sekarangg!! Boleh klik setiap gambar untuk tengok promosi terkini :




Best kannnn? Apa tunggu lagi, dah boleh rentas negeri kan? Jommmmmm kita bercutiiii

10 comments:

  1. wow..cantik . Thanks sis utk info

    ReplyDelete
  2. Thanking You for sharing travel tips. Keep Sharing Travel blog.

    Get online Dubai Visa at https://www.emiratesvisa.co.uk/

    ReplyDelete
  3. In vacations, most visitors have desire to go there. Taaras beach is looking gorgeous in your post. Being, I am giving Indoor Air Quality In Fort Worth TX. You can install your AC easily at your home.

    ReplyDelete
  4. Bestnya tempat ni. Thank you for info! :D

    Nak cari Inspired Perfume Malaysia yang TAHAN LAMA dan MESRA SOLAT? Therichscents ada!

    ReplyDelete
  5. I recently got a test online regarding and I failed in color vision difficulties. It indicated that I most likely have some color vision difficulties. I've checked it with my family and they cleared the test. you can also take online color blind test
    .

    ReplyDelete
  6. Color and personality are quite strongly related. Our preferences for certain colors usually correlate with specific personality patterns. In today's article, learn about this fascinating aspect of human psychology.
    Although many people think that colors aren’t related to feelings, opinions, or behaviors, there are others who strongly believe in the relationship between color and personality. Very few people would choose garments of a color they dislike or paint their living room in that color.

    Most people have one or more favorite colors. However, if you ask them the reason for this preference, very few would be able to explain it. Because of this, it does seem that there’s a link between specific personality traits
    and preferences for one color or another. Research into the psychology of color can deepen our understanding of this subject.

    ReplyDelete
  7. Personality tests
    are a great way to explore different aspects of who you are, and uncover layers you perhaps hadn't recognized about yourself before.

    Being truly self-aware is hard — while they might not be always 100% accurate, personality tests work well as a starting point for self-discovery by providing results you might not have concluded on your own. These insights are invaluable for personal and professional growth.

    When you've got some downtime and want to explore aspects of who you are, why you make certain decisions, who you work well with, or get some guidance on potential career paths, take a look at the best free online personality tests we've compiled.

    ReplyDelete
  8. was just browsing through the internet looking for some information and came across your blog. I am impressed by the information that you have on this blog. It shows how well you understand this subject. Bookmarked this page, will come back for more. Data Library Research is an market research company that helps to find its passion for helping brands grow, discover, and transform.

    ReplyDelete
  9. Resort spa means a facility within the boundary of a resort building that provides professionally administered personal care treatments such as, but not limited to, massages, facials, hair care, and nail care. The Resort spa has witnessed significant advancements in terms of treatments in the past few years. Research and development activities have resulted in remarkable outcomes helping the global Resort spa market
    grow extensively.

    ReplyDelete