Monday, 31 August 2020

Berkat Madinah Ampang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa di sini penggemar membeli makanan asal dari arab? Haa sama la kita. Setakat ni di Malaysia, kalau kita nak beli makanan arab, mesti satu nama kedai ni akan muncul dalam minda, Berkat Madinah. Betul tak? Haa, terdapat banyak branch Berkat Madinah ni sebenarnya tau, tapi antara branch yang famous ialah di Ampang, Shah Alam dan Kajang.

Kali ni kita nak pergi Berkat Madinah Ampang sebab dengar cerita ini antara Berkat Madinah yang terbesar selain Shah Alam, siap ada restoran dan cafe lagi tau! So jom kita masuk ke mart dia dulu untuk membeli belah.

BERKAT MADINAH MART

Ayuh kita masuk dan lihat produk apa yang menariknya di Berkat Madinah mart ini :

 ANEKA ROTI

Kalau masuk ke Berkat Madinah ni, rasanya memang tak sah kalau tak beli roti dia, sebab roti dia semua fresh tau! Selalu kalau I datang sini, ada je roti yang freshly made, dan biasanya time panas-panas tu memang orang akan berebut-rebut la dapatkannya. 

PELBAGAI JENIS MADU @ HONEY

Selain itu, di Berkat Madinah ini juga mempunyai pelbagai jenis madu tau!

Fuh cuba tengok betapa likatnya siap boleh ditarik-tarik. Haha

Harga pun berbeza-beza, ada yang murah ada yang mahal.

Apa yang bestnya kita siap boleh rasa tau. Pilih je nak yang mana, nanti dia bagi tester sikit. Memang sedap. Yang I try ni madu untuk 'yang dah kahwin' je haha. Harga RM 320 /KG.

Kalau korang nak madu dalam jar macam ni pun ada. Pelbagai jenis brand ada tau! Rambang mataaaa.


ZAITUN @ OLIVE

Di samping itu, di Berkat Madinah ini juga mempunyai pelbagai jenama, jenis dan saiz untuk minyak zaitun tau! 

Antara jenama yang popular bagi minyak zaitun ialah Al-Ahlam, dan minyak zaitunnya berasal dari negara Syria.

Selain itu, jenama Al-Baraka Land ni juga merupakan antara jenama untuk minyak zaitun yang popular, kerana ia merupakan organik dan berasal dari negara Palestin.

I memang suka beli minyak zaitun sebab selain boleh makan untuk kesihatan, I juga banyak gunakan minyak zaitun untuk masakan la, especially kalau masak spaghetti. Gittuuuwww

Ke korang nak zaitun buah tu? Pun adaaa hokeyy!!


Nyummmm sedapnyaaaa!


KURMA @ DATES

Selain itu, kalau korang mencari-cari kurma untuk berbuka puasa, korang boleh dapatkan kurma di sini sebab ada pelbagai jenis kurma yang korang boleh cuba tau!

Nak dalam kotak ada, nak kurma timbang pun ada.

Antara kurma yang sering menjadi pilihan di Berkat Madinah ialah Majdool Saudi 1st Grade, Ajwa Madinah, Ajwa Long, Ajwa Madinah Premium, Mabroom Al Madinah, Safawi Al Madinah, Mariami Dates, Palestinian Medjoul Dates dan banyak lagi. Haaa nampak tak kurma dari pelbagai negara Arab berjaya di-import masuk ke Malaysia tau! 

Jadi kenapa korang kena beli kurma di Berkat Madinah?

- Di sini terdapat lebih daripada 100 jenis kurma
- Harga dijual secara borong
- Kurma premium hanya boleh didapati di sini dan tiada di tempat lain!

Korang juga boleh beli kurma yang fresh begini. Haa pernah try tak? Sedappp! So far tak pernah jumpa lagi di mana-mana, memang first time jumpa di Berkat Madinah ni la haha

PELBAGAI JENIS MANISAN DAN KUDAPAN



Ada pelbagai jenis baklava


Btw I pakai baju Juwita Kurung dari Msdahlia. Sangat cantikkk, simple but elegant! Korang boleh dapatkannya disini :




Ada pelbagai jenis dried fruits seperti dried papaya, goji berry, pitted prunes, dried strawberry dan lain-lain.


Untuk kacang pula seperti roasted chickpeas, roasted sunflower, roasted almond, roasted pistachio, roasted chasew, roasted macademia, roasted pumpkin seeds, roasted hazelnut, raw cashew, dan macam-macam laaaa


Nougat. I love thissss





Fuh macam-macam ada yalls

PELBAGAI JENIS REMPAH


 Terdapat pelbagai jenis rempah di sini jadi kalau korang nak masak nasi bryani ke, nasi arab ke haa boleh la guna rempah-rempah ni!



Korang pernah dengar Black Seeds? Atau lebih popular sebagai Habbatus Sauda'? Sangat bermanfaat ye Habbatus Sauda' ni. Kalau korang nak beli, korang boleh beli jenama ALBARAKA LAND ni, bagusss!


Selain itu terdapat juga pelbagai jenis keju. Menarikk!

Selain dari membeli belah di Berkat Madinah Mart, korang juga boleh menikmati makanan dan minuman di restoran serta kafenya yang terletak bersebelahan dengan Berkat Madinah Mart.

MADINAH CAFE

Kalau korang nak tahu, kat sini pun ada restoran tau! Macam-macam makanan arab ada. Korang peminat makanan arab tak?



So antara signature yang korang wajib cuba ialah Dates Cappucino. 


Rasa dia macam cappucino, cuma untuk manis dia ada letak kurma, so ngam la rasa diaaa.



MADINAH RESTAURANT

Korang juga boleh try cafe dia, ada kebab ayam, kebab daging, shawarma, dan macam-macam! Kalay korang travel ke negara arab kan, rasa dia sebijik camniii. Rindu pulak nak travel......





Harga dia pun sangat berpatutan yallsss.. Korang boleh pilih antara nak ala carte atau set, dua-dua adaaa! 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh la hubungi....


BERKAT MADINAH

    
Berkat Madinah sdn.bhd.
                                                            
 1. Ampang: 
17&18-L1, JALAN AMPANG PUTRA 6, 
TAMAN PUTRA SULIMAN, 68000 AMPANG
Selangor MALAYSIA

2. Kajang: 
Ground Floor, Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, SDE

3. Shah Alam: 
Berkat Madinah, Seksyen U12:
No. 46, Jln Pegaga C U12/C,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

Diorang pun ada dua jenis penghantaran tau!! Haa hebat tak hebat!

Express Delivery (Same Day)
Kuala Lumpur and Klang valley 
delivery.madinah.com.my
Please login to check if your area if available for ED 

Normal Delivery (within 3-day) 
All  Malaysia
shop.madinah.com.my




Selamat bershoppinggg!!!

2 comments:

  1. Yes, I am your weekly customer, your dish is so delicious and we enjoyed to eat. Further, I am providing Local SEO Company in USA and get to know about more services related to this service.

    ReplyDelete
  2. govt jobs in telangana

    Telangana country Government has launch numerous employment notifications with the motive to offer extra task opportunities for the eligible, now Telangana Forest Department, Government of Telangana is going to be launched the TS Forest Department Recruitment 2022 for vacant positions of Forest Department, there is a great possibility for all the government task seekers, who're preparing for Forest Department jobs. As our modern-day data we come to know TSPSC Forest Department Vacancy 2022 will be emancipated to fill Forest Department posts in District smart . Candidates who were ready to get activity in Forest Department, can make use of those opportunity and follow via on line, the reputable internet site where you could observe for Telangana Forest Recruitment 2022 is https://tspsc.Gov.In.

    ReplyDelete